cɦαρƭεɾ ƒσµɾƭεεɳ

29 6 6
                                    

Jalankan misi kita - Momo

" Hani! " Sergah Michelle

" Eh? Korang pun sekolah dekat sini ke? " Tanya Hani. Nad , Airenne dan Michelle mengangguk

" Jom balik " Yugyeom menarik beg Hani , dia menjeling tajam ke arah mereka bertiga

" Bye korang! Hani balik dulu " Hani melambai-lambaikan tangan kepada mereka

Airenne smirk " This game makin lama makin interesting dowh " kata Airenne

" Yaaa , maybe kita patut enjoy after this game habis an? " Kata Michelle

" Tak kisah lah , asalkan Momo sanggup korbankan moneynya dekat kita " kata Nad.

" Hari ni lima haribulan Julai , bersamaan dengan hari lahir Kwon Hani " kata Yugyeom kepada Hani yang sedang memimpin erat tangannya

Hani menyandarkan kepalanya di bahu Yugyeom lalu berkata " Kalau hani nak tanya boleh tak? "

" Tanyalah " balas Yugyeom

" Sebenarnya apa hubungan oppa dengan Park Hani tu? "

Yugyeom memejamkan matanya mengumpul semangat untuk menceritakan memori yang paling pahit di dalam hidupnya. " Sebenarnya... Park Hani tu adik Jin Young hyung. Masatu gyeom best friend dengan hani. Tanpa gyeom sedar Gyeom tercrush on dia. And one day tu gyeom membuat keputusan untuk berterus terang dengan dia tentang perasaan gyeom tapi... Gyeom nampak dia tengah berpelukan dengan lelaki lain. Gyeom marah dan kecewa sangat. Gyeom buat keputusan untuk belajar di Amerika. Hari gyeom nak naik flight tu hani datang jumpa gyeom. Masatu dekat jalan raya, hani tak bagi gyeom pergi tapi gyeom degilkan diri. Gyeom tinggalkan dia yang tengah teresak-esak dekat belakang. Dan tiba tiba dia meluru ke arau gyeom dan menarik beg Gyeom. Masatu lah ada kereta meluru dengan laju ke arah hani dan merempuh hani. Hani meninggal dekat tempat kejadian kerana injured teruk dekat bahagian kepala. " Air mata Yugyeom mula bergenang. Dia menyeka air matanya agar tidak dapat dilihat oleh Hani. Yugyeom pun menarik tangan Hani , mereka berjalan ke arah satu pokok besar.

" Kenapa ngan pokok ni? " Tanya Hani

" Enam tahun lepas gyeom dan adik Jin Young hyung pernah tanam benda dekat sini. Hani dah janji nanti bila kami dah lapan belas tahun kitorang akan datang balik sini dan keluarkan benda tu sama sama. Tapi nampaknya sekarang.... " Nada Yugyeom mula menjadi hampa

" Tak pe, meh Hani je tolong gantikan adik Jin Young oppa " kata Hani dengan suara budak budak. Yugyeom tersenyum hambar lalu mengangguk

A few moment later

" Kotak kecil ni ke? " Hani memegang satu kotak baldu berwarna biru

" Ada satu lagi. Yang Hani pegang tu gyeom punya , kita kena cari yang warna merah " kata Yugyeom. Dia tekun mencari kotak tersebut

" Ni " Hani memegang kotak baldu yang berwarna merah tersebut

Terpancar riak gembira di muka Yugyeom. Dia mengambil kotak tersebut dari tangan Hani " Thanks Hani " kata Yugyeom lalu mencubit pipi Hani

Yugyeom berbaring di atas katilnya. Matanya leka dengan kotak baldu yang berwarna merah milik Park Hani

" Oppa ape dalam kotak tu? " Tanya Hani yang baru keluar dari bilik mandi

" Entah , gyeom pun belum buka " kata Yugyeom

" Mana yang lain? Sunyi je " tanya Hani

" Gyeom pun tak tahu. Cuba Hani call Jaebum hyung " kata Yugyeom

Jaebum oppa pergi mana? Kenapa sunyi je rumah ni?

Oppa pergi JYP building , JYP tiba tiba nak jumpa kitorang. Kami dah bagitau yang Yugyeom tak dapat hadir sebab Yugyeom demam

Ouh okei. Kalau camtu Hani tak nak ganggu Jaebum oppa lah. Bye    

Hani terus memutuskan talian

" Gyeom nak pergi shower jap. Kalau Hani lapar Hani pesan je McD " kata Yugyeom dan terus menghilang

" Hampeh , asyik bagi aku makan fast food je " Hani membuat muka fedup dia

" Tapi.... Apa dalam kotak ni ek? " Hani bermonolog. Dia memegang kedua dua kotak tersebut.

" Gyeom Hani bukak tau kotak ni " laung Hani

" Jangan rosakkan benda kat dalam tu! " Balas Yugyeom. Hani pun membuka kotak milik Yugyeom dulu. Erm dekat dalam ada satu patung Spongebob yang kecil dan satu nota. Hani membuka nota tersebut

Hani ,

  Sebenarnya Gyeom dah lama nak luahkan perasaan gyeom terhadap Hani. Sebenarnya gyeom takut untuk beritahu sebab gyeom takut persahabatan kita tak sama macam dulu. Tapi kali ni gyeom nak jujur. Gyeom tak nak tengok Hani dikejar dan dikerumuni oleh lelaki yang spesis ulat bulu. Sebenarnya Gyeom dah lama crush on Hani. Tapi Gyeom tahu Hani suka Youngjae hyung so it's okay , demi kebahagiaan Hani , Gyeom sanggup berundur. Mungkin ketika Hani baca surat ni Gyeom dah tak ada dalam Seoul. Tapi Gyeom harap Hani boleh teruskan hidup tanpa temanmu yang gila ini.

Sincerely from Yugyeommie

" Mwo? Dia confess? " Hani dah membuat muka blur

Dia buka pula kotak milik Park Hani. Di dalamnya terdapat satu patung Patrick dan satu nota kecil

Gyeommie ,

  Hai Yugyeom yang berumur 19 , apa khabar anda? Adakah anda masih pendek dan nerd seperti dulu? Atau dah berubah jadi oppa yang ensem tak boleh bawak bincang?
Hani nak mintak maaf. Hani tahu gyeom marahkan hani disebabkan hani couple dengan Yoongi. Tapi...  Sebenarnya Hani buat macam tu sebab Hani nak tutup perasaan Hani terhadap Gyeom. Mungkin disebabkan hal tu gyeom akan marahkan Hani but it's okay. Lagipun Gyeom kan suka Jennie... Daripada Hani bertepuk sebelah tangan , why don't Hani terima je Yoongi kan.
Ketika gyeom baca surat ni mungkin kita dah tak macam dulu. Tapi Hani hope yang Gyeom akan bahagia dengan keputusan yang Gyeom buat dan Hani tetap akan menyokong apapun keputusan Gyeom

Tak ikhlas daripada Hani( ◜‿◝ )♡

Hani melipat surat tersebut" Haih... Manusia manusia , padahal suka sama suka tapi kenapa tak berani nak confess " Hani menggelengkan kepalanya. Dan tiba-tiba kepalanya sakit. Pandangannya kabur dan dia terus tidak menyedarkan diri

……

SᴀʟᴊᴜWhere stories live. Discover now