PART 5

346 25 2
                                    


       Saya masuk di dapur buat milo kunun . Pedahal berfikir kalau saya tidak mahu dengar sampai bila pun tidak akan tahu apa si Isya ni mahu bagitahu sebenarnya? .
Lepas saya buat milo ambil beberapa jenis biskut dan letak di atas meja . Si Sotong sama si Mina perhati saya saja . Saya tahu diorang risau pasal saya , apa lagi si sotong wajah dia tu . Boleh tahu .

Saya -" Sorry , ba teruskan .."

Isya -" soalan saya tadi ko belum jawap , tapi tidak pa la , saya pun tidak lama ni ada anak saya di rumah menunggu , sebenarnya saya tidak tahu apa si Andrian cakap sama ko sampai kamu ada ikatan pertunangan . Saya tidak salahkan ko mungkin juga dia tidak berterus terang dengan ko . Dia suami saya Ryna . Saya harap ko faham "

Menitis sudah air mata dia . APA !!!! suami ? Bergegar tangan saya masa tu seluruh badan pun sama , biar betul saya tidak menyangka begini jadi nya .

Saya -" saya tidak tahu Isya . Saya betul - betul tidak tahu jadi selama kami couple dan ada ikatan . Pasal uncle dia pula ? Apa semua ni ..saya betul - betul minta maaf saya tidak tahu sebenarnya . Astagaaa .. "

Si sotong dekat dengan saya sambil pegang bahu saya kasih sabar . . Saya kasih tunduk kepala saya di bahu si sotong sambil nangis - nangis . Sampai saya melutut di depan si Isya . Saya tidak mahu kena cakap perampas suami orang ! Saya harap si Isya juga faham , walaupun hakikatnya saya yang bersalah .

Saya -" saya yang bodoh ! Saya yang tidak selidik lebih dalam lagi . Tapi Isya ...ko ada jalan bersama dengan dia ka tadi petang? Saya betul - betul minta maaf Isya . Saya janji akan selesaikan hal ini saya tidak mahu kena cakap saya perampas . Saya bukan macam tu , saya tidak bersalah saya juga di tipu . Kalau saya tahu tentang dia sudah ada isteri pastinya saya tidak terima dia ."

Si Isya duduk dekat saya dan peluk saya . Begegar badan saya masa tu menahan sakit hati . Lama juga la kami bertenang sampai la kami dua - dua sudah siap nangis . Kami duduk semula , 

Zo -" Isya jangan la balik late sudah ni . Bahaya ko balik macam ni esok saja la . Tidur sini saja ."

Saya " Eya Isya saya pun belum puas cerita dengan ko . Tidur di sini saja la ."

Saya sama si Mina kasih bersi ruang tamu dan angkat tilam keluar dari bilik kami berbaris tidur sambil cerita . Dan di sana juga la saya tahu pasal si Rian , patut la dia cakap masa pertunangan kami masa tu ayah dia tidak dapat datang sebap ayah dia sakit rupanya takut keluarga dia tahu . Saya tunjukkan gambar uncle yang si Rian maksud kan . Rupanya itu pun semua rancangan si Rian ! Dan bukan itu saja . Mala bukan kami berdua saja , jadi yang saya nampak tadi juga perempuan lain .
Sebenarnya saya ada tanya si Isya kenapa tidak ambil keputusan untuk bercerai saja . Tapi si Rian mengugut untuk bunuh diri . Lagipun anak - anak si Isya masa tu masih lagi kecil . Kesihan bei dia sangup lakukan apa saja demi anak dia . Memaki hamun kami malam tu sama si Rian , si Sotong pun tidak puas hati ba . Balik - balik dia mengamuk [ marah ] ni .
Malam tu kami tidur , tapi saya mana la dapat tidur sebap terlalu sakit hati . Tapi , sekurang - kurang nya saya belum lagi menyerahkan segala nya pada dia . Syukur la si Isya datang berjumpa dengan saya lebih awal .
Saya bangun jam tiga subuh sudah saya masuk di dapur dan menangis macam orang gila .

Saya -" kenapa la saya boleh buat benda ni macam .. "

Saya perasaan ada orang sentuh belakang saya . Saya tahu itu si sotong .

Zo -" jangan la fikir macam tu ba , ko pun mana tahu syukur la si Isya tidak bertindak bukan - bukan . Syukur la ..saya harap tiada apa pun berlaku di antara kamu dua si Rian tu . "

Saya -" Jangan risau pasal tu saya ingat kata - kata ko tu . Saya tidak akan lupa . Betul juga apa ko cakap sebelum ni . Saya kesihan dengan dia ba Zo .. apalah nasip si Isya lepas ni . Tadi saya tidak silap nampak yang si Rian ada perempuan lain . Sampai hati juga dia buat macam tu . "

Zo -" shutt ... sudah la , apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur . Kena hati - hati saja la lepas ni arh . Macam biasa beii terus - terus move on untuk terus lupakan lelaki yang ko sayang dan sakit kan hati ko . Saya tahu ko seorang penyabar . Jum tidur . "

Saya -" Zo , tolong bagitahu bos yang saya tidak turun esok . Saya mahu bawa si Isya balik dan saya mahu berjumpa dengan si Rian face to face dan mahu minta putus hubungan dengan cara baik "

Zo -" Bagus la , jahat macam mana pun perbuatan dia . Doakan saja la dia berubah . Tidak paya kita hukum dia Tuhan sudah kasih rencana apa hukuman dia dan apa karma dia . "

Saya anguk - anguk saja . Walaupun saya sudah benci dia . Tapi , masih ada yang berhak lebih 100% membenci si Andrian .. harap saja la dia berubah dan tidak menyakiti perasaan seorang perempuan .
Saya tertidur subuh tu pun sudah pukul empat ,  so niat saya memang tidak mahu cari gadu la sebap mahu gadu - gadu pun tidak guna apa lagi dalam masalah ni macam . Saya kena juga la bertimbang rasa dengan si Isya apa lagi dalam keadaan sarat mengandung . Saya sangup undur diri dari dia . Walaupun sayang dan cinta saya pada si  Rian sudah mendalam . Tapi saya tidak juga la tamak dan tidak mahu masalah ini akan jadi masalah masa depan rumah tangga kami nanti . Sedang kan baru ada ikatan pertunangan tapi suda kena tipu . Apa lagi sudah berkawin .

Skip

Awal pagi lagi sudah si Isya bangun dan mahu balik . Tapi , saya menghalang nya sebap saya mahu ikut dan jumpa sendiri sama si Rian . Saya juga sudah bagitahu si Isya apa niat saya .  Saya malas mahu bergadu dan thingking positif pasal sakit hati memang sakit teramat sangat . Tapi apa yang saya boleh buat benda sudah jadi kan . tekan pula saya yang berabis mahu tamak ambil si Rian tu . Sedangkan masih ada yang betul - betul memerlukan kasih sayang dari dia . Memang silaka la ba sebap dia buat macam tu . Ingat penipuan dia itu akan kekal la .. puik punya lelaki !! So plan saya masa tu memang mahu berjumpa face to face sama si Rian , seperti apa yang dirancangkan . Si Mina pinjamkan saya kereta viva dia untuk pulang ke kampung si Isya . Keputusan saya muktamad untuk lepaskan dia dan bersemuka dengan keluarganya . Saya juga punya perasaan , saya tahu bagaimana sakitnya di tipu . Apatah lagi dalam keadaan seperti si Isya .

Selesai kami sarapan pagi itu . Saya dan si Isya keluar dari rumah dan bertolak ke kampung si Isya . Dari awal lagi saya tidak bagitahu si Rian pasal saya datang dirumahnya nanti takut dia melarikan diri .
Si Isya tua tiga tahun dari saya . Walaupun keadaannya yang agak stress dia bukan seperti perempuan yang meroyan tidak tentu pasal . Mungkin juga dia sudah perna mengalami situasi seperti ini . Kasihan si Isya , saya turut bersimpati walaupun hati saya yang sakit . Siapa tidak sakit bila hubungan sudah serius sampai ada ikatan pertunangan kan . Saya juga masih berfikir bagaimana nanti saya akan jelaskan pada keluarga saya .

Kami singga ke pekan sebelum meneruskan perjalanan ke kampung si Isya . Dalam tigapuluh minit akhirnya kami sampai di depan rumah si Isya . Tenang saja si Isya bagi petunjuk jalan ke rumahnya , kalau la saya ditempat dia pasti saya sudah meroyan bila tahu suami curang dibelakang apatah lagi dalam keadaan sarat mengandung .

Isya -" Ryna jum la turun . "

Saya mengangukkan kepala dan mengambil barang - barang dibelakang bonet kereta , ada yang saya beli untuk anak - anak si Isya masa singga di pekan tadi . Selesai itu , saya mengikuti si Isya . Tapi , bila saja si Isya masuk ke dalam rumah . Kedengaran suara seorang lelaki yang sedang marah .

Lelaki -" ko ni memang la perempuan gila ! Sundal ,,, ada anak tapi ko pergi berfoya - foya . Memang sah la anak dalam perut ko tu bukan anak saya . Bodoh ."

Ya , saya kenal sangat suara siapa itu . Andrian ! Lelaki yang saya kenal punya sifat penyayang , penyabar , lemah lembut bila melayan kerena saya sewaktu dalam keadaan marah dan merajuk ! Tapi ,

Isya -" sudah habis cakap , tunggu tetamu saya pulang baru la ko marah saya macam biasa . Ryna masuk la buat saja macam rumah sendiri arg ."

Saya masuk ke dalam rumah bila dengar bunyi seperti tamparan . ' gila apa lelaki ini sangup menampar isterinya yang sarat mengandung .' Si Andrian yang baru sedar dan memandang ke arah saya . Matanya yang terbeliak kerna melihat saya ada di sana kali ' pasti dia terkejut ' , dia memandang saya dari atas sampai kebawa . Andrian ! Lelaki yang hancurkan hidup saya  . Kasihan si Isya diangap seperti patung . Lelaki dayus !
Tidak menyangka lelali ini seorang penipu  ! Pandai sangat berkata - kata manis sampai penipuannya tidak diketahui ! Anak - anak si Isya berlari ke arah si isya yang sudah masuk ke dapur kali .
Manakala saya sama si Andrian masih bertentang mata . Syukur la saya kuat kan hati dan semangat saya untuk berdepan dengan lelaki ini .

BERSAMBUNG

Mr. SOTONG 🐙🐙 COMPLETEWhere stories live. Discover now