Chapter 2: Aku Kembali?

435 7 20
                                    


Mansion Fang

Halaman Snow Lotus

"Tidak.." jeritan seseorang berkumandang kuat dari bilik tidur utama halaman Snow Lotus. Bilik tidur yang tak lain tak bukan adalah milik satu-satunya putri Menteri Pertahanan Fang, Fang Ru Qin.

Fang Ru Qin terengah-engah. Pakaiannya habis basah dipenuhi oleh keringat dingin. Dia menatap sekelilingnya dengan liar.

"Ini...!" Fang Ru Qin membelalak. Dia berkedip selama beberapa saat. Tidak percaya dengan penglihatannya.

"Tak mungkin..!"

Fang Ru Qin dapati dirinya berada di dalam bilik besar yang serba berwarna ungu dan putih, setiap sudut dipenuhi dengan perabot mewah yang menunjukkan status pemiliknya. Bahkan beberapa buah lukisan cantik yang antik menghiasi dinding bilik, menambahkan kesan elegan yang akan membuat orang takjub.

Inilah bilik tidur yang didiaminya selama 16 tahun sebelum dia menjadi Permaisuri.

"Aku kembali?"

'B..Bagaimana? Bukankah aku dah meninggal?

Jadi.. Kenapa?'

'Deg'

'Murong Xue. Salah seorang guardianmu, Peri Kegelapan.'

'Aku akan menerangkan nanti. Untuk sementara ini, berehatlah. Jiwamu amat memerlukannya.'

'Apa mungkin..?'

'Tes.. Tes..'

Fang Ru Qin menutup wajahnya dengan kedua tangannya, tetapi dia tetap tidak dapat menghentikan air mata dari merembes melalui celah-celah jari-jarinya.

Dia berfikir bahawa semuanya sudah berakhir, tetapi dia tak dapat memahami bahawa surga akan memberinya kesempatan lagi. Apakah ini kesempatan untuk memperbaiki semua kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukannya di masa lalu?

Kerana surga memberinya kesempatan lain untuk memulai kembali, maka satu-satunya tujuan dalam kehidupan baru kali ini adalah untuk melindungi keluarganya.

'BRAK'

"Qin'er"

"Qin'er"

Fang Ru Qin  membuka matanya apabila terasa bahunya digoncang-goncang disertai suara yang begitu familiar menanyakan dirinya. Di hadapannya, ayahnya dan abangnya menatapnya penuh khawatir.

"Ayah, Ren Qing gege, usah khawatir. Qin'er tak apa-apa." Fang Ru Qin menyeka air mata dari wajahnya dan tersenyum manis kepada kedua orang yang paling dikasihinya di dunia ini.

Fang Ru Qin bersumpah pada dirinya kali ini dia akan melindungi keluarganya. Iya dia harus.

"Benaran?" soal Menteri Pertahanan Fang, Fang Nian Zhen tak yakin.

"Iya.." jawab Fang Ru Qin sambil menganggukkan kepalanya membenarkan perkataan ayahnya.

"Jadi kenapa Qin'er menangis? Adakah Qin'er masih sakit?" tanya Fang Ren Qing lalu menyentuh dahi adiknya. 'Syukurlah demam Qin'er sudah kebas'

Fang Ren Qing yang sedari tadi berdiam diri, mula membuka mulut. Soalannya straight to the point.

Fang Ru Qin menatap wajah abangnya. Wajah yang selama ini dia rindukan. "Ren Qing gege" lirihnya pelan.

Dia masih ingat dulu dia pernah demam tinggi selama beberapa hari. Kerana terlalu mengkhawatirkan dirinya, abangnya sanggup meredah badai hujan yang kian menggila di luar sana semata-mata mahu mencarikan ubat demamnya. Fang Ru Qin sangat menyesali hal ini dulu. Jikalau dia tidak demam tinggi tika itu, pasti abangnya masih lagi berada di sisinya.

Rebirth: Fang Ru QinWhere stories live. Discover now