Kelihatan seorang lelaki berkepala botak sedang mundar mandir di dalam pejabatnya. Jelas kelihatan kerutan di dahinya . Di bahagian kanan dadanya jelas tertera nama Jork Dq.
“kalau projek ni berjaya aku pasti akan jadi jutawan dalam sekelip mata! Hahaha dan semua orang akan menyanjungiku seperti Tuhan Hahaha” profesor Jork tersenyum girang sambil tangannya membelek belek tabung uji berisi cecair kuning itu.
Selang beberapa minit, pintu pejabatnya diketuk oleh seseorang. Profesor jork berdehem tanda dia berada di dalam pejabat.
“Oh kau Billy, ada apa?” tanya profesor Jork sambil meletak tabung uji tersebut di dalam laci mejanya.
Billy, pemuda kacukan Swedish tersebut melemparkan senyuman kepada profesor Jork sambil memberikan fail berwarna biru kepada profesor Jork.
Profesor Jork mengambil fail tersebut dan membelek dengan sekali imbas sahaja lalu meletakkan fail tersebut di atas mejanya.
“Billy, tolong informkan staf yang lain, tepat jam 2 petang ni kita adakan mesyuarat” arah profesor Jork.
Billy mengangguk tanda faham sebelum dia meninggalkan pejabat profesor Jork.
Aduhh aku baru nak minta cuti urgent
Petang itu, Billy duduk termenung di mejanya. Fikirannya menerawang jauh ke kampung halamannya, mengingatkan keadaan ibunya yang tenat di kampung.
2 Pm
Profesor Jork melangkah masuk ke dalam bilik mesyurat dengan wajah bongkaknya. Semua staf menanti dengan debar tentang perkara yang hendak dibahas oleh profesor Jork.
.
.
.“Ok itu sahaja isi mesyuarat kita hari ini. Faruk, saya nak kamu senaraikan beberapa nama staf kita dan serahkan senarai tu kepada saya malam ini” Kata profesor Jork sebelum keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.
Faruk dengan pantas mencatat nama nama staf yang dikehendakinya sambil matanya melilau melihat sekeliling. Billy yang berhadapan dengan Faruk tunduk sahaja,takut takut namanya turut disenaraikan. Baginya, jika nama tersenarai bererti dia perlu kerja lebih masa.
Faruk senyum. Senyum penuh makna melihat Billy yang sedang tertunduk.
Malam itu, Billy sedang duduk termenung di beranda apartmen miliknya sambil melihat hiruk pikuk kota yang sama seperti keadaan hatinya.hatinya meronta ronta ingin pulang ke kampung halamannya.
Tiba tiba telefonnya berdering memecahkan khayalannya menandakan ada panggilan masuk. Dengan langkah longlai Billy masuk ke dalam untuk mengambil telefonnya. Tertera nama profesor Jork.
“yess prof?”
“kau buat apa sekarang?”
“tak ada”
“bagus! Sekarang aku nak kau kau datang makmal”
Talian dimatikan.
Billy kaku. Tiada yang boleh dilakukannya selain menurut sahaja arahan majikannya itu. Billy mengambil kot miliknya di atas meja lalu melangkah keluar dari apartmen miliknya.
Punat G ditekan.
Perjalanan menuju ke makmal tempat Billy bekerja mengambil masa kira kira 50 minit perjalanan memandangkan makmal tersebut jauh di tengah hutan. Billy sendiri tidak faham kenapa profesor Jork membina makmal yang jauh dari kota. Kadangkala kecintaan profesor Jork terhadap alam sekitar sedikit menakutkan.
Sebaik tiba di makmal tersebut, Billy dengan segera berjalan menuju ke pejabat profesor Jork. Tiba tiba telefonnya berdering sekali lagi.
“Billy, kamu di mana sekarang ni?”
“nak ke pejabat prof “
YOU ARE READING
Zombie Hunter (renew)
Mystery / ThrillerSekumpulan remaja perempuan yang sedang mendaki bukit gempar apabila mereka menemukan satu makmal aneh yang tersorok jauh di dalam hutan. Cadangan gila salah satu dari mereka membuatkan mereka terjerumus ke dalam satu peristiwa yang mengerikan. Di...