Part 2

2 0 0
                                    

“ Shey cuba call dorang lagi” kata seorang gadis berbaju hijau.

Gadis yang bernama Shey mengangguk tanda faham lau menekan punat telefonnya.

“ weh korang kat mana ni?” tanyanya separuh mengeluh.

“ha’ah dah berkulat kami tunggu kat sini. Batang hidung pun tak nampk lagi err” Gadis berbaju hijau cuba untuk menyampuk.
.
.
.
Tidak berapa lama kemudian sebuah kereta perodua alza biru berhenti di hadapan dua orang gadis tersebut.

Setelah semua orang keluar dari perut kereta tersebut, kawasan perhentian itu kini riuh dengan suara suara mereka mengalahkan kicauan burung.

“ excited giler weh” jerit Jenni menyebabkan dua orang rakannya iaitu Iza dan Hani memandangnya dengan pandangan serong. Jenni tersengih menampakkan barisan giginya yang rata.

“ Excited tapi datang tak tepati masa” Shey mencebik.

Semua orang tertawa memandang reaksi Shey.

“ err guys, patut ke kita hiking kat sini.nampak seram je” kata Maya menampakkan wajah gusarnya.

“Apa yang seramnya? Tempat ni famous kot” jawab Tiny sambil menari nari menunjukkan keterujaan untuk berhiking.

“ Tau. Tapi kenapa harini nampak suram je. Jomlah kita balik, aku tak sedap hatilah guys” Maya cuba meyakinkan rakan rakannya.

“ Alah May, hari ni je kita dapat berkumpul bersama. Wat chill je la” Anne memeluk Maya.

Akhirnya Maya akur melihat wajah excited rakan rakannya. Kira kira 12 minit perjalanan mereka pun tiba di satu tempat berehat yang disediakan untuk para pengunjung sebelum memulakan aktiviti hiking. Memandangkan kawasan tersebut baru sahaja dibuka, masih belum ada pembayaran dibuat namun tempat tersebut sangat famous di kalangan hikers yang suka akan pendakian sederhana memandangkan trek yang ada di sana tidak terlalu sukar dan amat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak jinak dalam dunia hiking.

Mereka berlapan pun duduk sebentar dan mengambil gambar selfie sebelum memulakan pendakian pertama mereka.

“ okay guys! Jommmm” kata Iza diikuti jeritan teruja dar rakan rakannya.

Pendakian mereka diketuai oleh iza memandangkan dia agak berpengalaman dalam aktiviti hiking. Begitu juga dengan Yna tapi dia memilih untuk berada di belakang kerana ingin mengambil video perjalanan mereka. Lebih tepat instalive memandangkan dia seorang instafamous.
.
.
.

“ Err guys, handphone korang ada signal tak?” tanya Yna di belakang.

“takde pula” jawab hani.

“ memang takde la kalau dah kat tengah hutan ni. Kat puncak mungkin ada kot “ kata Anne cuba membelek telefonnya.

“Guys berhenti jap. Aku nak cari signal ni” Kata Yna.

“wehh kalau kita berhenti kat sini memang lewatlah nak sampai puncak “ kata Tiny cuba menolak cadangan Yna.

“Ha’ah. Tunggu je la smpai puncak, bagitau je follower kau tu “ kata Iza berseloroh.

“ yela aku nak bagitau la ni tapi takde signal pula. Kejap je ye?” Yna memujuk mereka.

“Okla tapi jangan sampai tergolek sudah.” Kata Jenni. Jenni cuba untuk tidak menimbulkan pergaduhan antara rakan rakannya memandangkan dia antara member tertua di group mereka.

Zombie Hunter (renew) Where stories live. Discover now