“ Assalamualaikum!”
Senyap.
“ Hoi kau ingat ni rumah orang ke? Memang tak dengarlah. Tengok dinding ni, kalis suara kot” Izah memegang dinding konkrit itu.
“tapi apasal sunyi erk? Dah terbengkalai kot? “ Tiny bersuara.
“ Pemilik bankrup la tu” Shey tertawa kecil.
Mereka berlima mula menggeledah kawasan luar makmal tersebut manakala Yna, Maya dan Jenni hanya berdiri melihat perlakuan rakan rakannya.
“ dah la korang. Jom balik, kalau dah makmal ni terbengkalai besar kemungkinan ni tempat penagih lepak jomlahhh” Rayu Yna. Namun rayuannya tidak diendahkan.
Tiba tiba Hani menjerit memanggil rakan rakannya.
“ Guys! Ni bukan kunci ke?” katanya sambil menunjuk ke arah kotak yang berada dinding tersebut.
“ Brilliant! Ni la dia. So rasanya kita adalah orang pertama yang masuk dalam ni selepas makmal ni dikosongkan” kata izah teruja.
“ oi bodoh! Kalau dah tak ada orang kat dalam ni kita nak minta bantuan kat siapa lagi?” marah Maya pula.
“ Chill lah Maya. Mungkin kat dalam ada petunjuk jalan keluar. Kita masuk jap je ok” Hani menenangkan Maya.
“Tapi rasanya ni bukan kunci pintu utama” kata Iza.
Tiny mengambil kunci tersebut. “ klu bukn pintu utama kita cuba pintu lain pula”
Setelah puas mencari pintu yang bersesuaian dengan kunci tersebut akhirnya mereka menemui pintu itu yang berada di sebelah hujung makmal tersebut. Di atas pintu tersebut jelas tertulis ‘EMERGENCY EXIT’
“ So nak masuk tak ni?” tanya Hani.
“Gila tak masuk” kata iza sambil menepuk belakang jenni. Sengaja ingin melihat reaksi Jenni.
“ Kalau ada apa apa jadi kat korang jangan salahkan kami” kata Jenni geram. Ingin sahaja dihempuk rakan rakannya itu.
“ takpe Jen, ikutkan saja mereka, kalau ada apa apa baru mereka nak mnyesal tu” Kata Maya pula cuba menyabarkan Jenni.
Tiny mengambil langkah di hadapan untuk membuka pintu tersebut. Dengan langkah yang perlahan Tiny melangkah masuk diikuti Izah, Shey, Hani dan seterusnya yang lain lain.
Keadaan di dalam makmal tersebut gelap dan sunyi tetapi bau ubat ubatan menyengat masuk ke dalam hidung mereka seperti baru sahaja dikosongkan.“ Korang tunggu kat sini. Aku dan Tiny nak cari suis lampu “ Kata Izah sambil menutup hidungnya.
Tiny lalu membuntuti Izah. Mereka berjalan ke arah kiri bangunan.
“ Err guys jom maju ke depan. Kita tunggu dorang kat situ” arah Shey sambil menuding jari kehadapan walhal keadaan sangat gelap dan mereka hanya berbekalkan cahaya dari lampu telefon.
“ tunggu kat sini je la!” Jenni menarik Shey.
“ Depan tu je. Jom ar” Shey melepaskan tangan Jenni.
Hani dan Anne mengikuti langkah Shey yang terlalu berani untuk berjalan ke hadapan.
Maya, Jenni dan Yna terpaksa akur dengan kehendak si bongsu.
Tanpa mereka sedari mereka sudah jauh berjalan di dalam perut makmal.
.
.
.“ Err Za,” Tiny menpuk bah Izah yang berada di hadapannya itu. Izah berpaling menyuluh wajah Tiny.
“ Kau kenapa” tanya Izah.
“Actually, kita dah jauh dari mereka kan. Kau tak rasa kita dah sesat at dalam makmal ni tak?”
“kau pernah dengar tak lagu Sia never give up? Haa once kita dah jumpa suis tu, senang dah nak cari jalan “ kata Iza.
Mereka pun meneruskan jalan. Tidak lama, mereka menjumpai tangga makmal.
“ Now what? “ tanya Tiny menepuk dahinya.
“Kau rasa bawah ke atas?” Pertanyaan dibalas pertanyaan.
“ Aku rasa orang yang buat makmal ni memang gila doh. Jauh gile suis lampu” Omel Tiny.
Dengan langkah yang berani, Tiny segera maju untuk menuruni tangga tersebut diikuti Izah.
“Wtf. Bau apa ni?” Tiny menekup mulut dan hidungnya.
“ werk ni bau ubat bercampur dengan bau yang... aneh” Izah turut menekup hidungnya.
Setibanya mereka di bawah, kelihatan dua bilik yang menggunakan pintu besi. Kertas kertas bertaburan dan sepertinya kawasan itu baru dilanda ribut.
“ Apa benda di sebalik dua pintu ni?” tanya Tiny sambil cuba untuk membuka pintu kebal yang berada di sebelah kanan.
“ Tak tau. Nak tengok tak?” Izah dan Tiny berpandangan dan tersenyum antara satu sama lain.
“ I know what’s in your mind. Hahaha kalau Jenni kat sini kita tak boleh doh” Tiny tersengih.
Mereka segera mencari kunci pintu tersebut namun hampa apabila mereka langsung tidak menjumpai apa apa. Mereka pun akhirnya duduk di tepi tangga untuk melepaskan lelah.
Tiba tiba mereka terdengar suara seperti menderam deram di balik pintu kebal yang berada tepat di sebelah kiri.
Izah dan Tiny berpandangan.
“ kau dengar apa yang aku dengar?” tanya Tiny. Izah mengangguk tanpa suara.
“ Aku rasa bilik kebal ni tempat eksperimen dijalankan” kata Izah berbisik.
“Like what? Mutan? Tumbuhan makan orang? “ tanya Tiny separuh teruja.
Izah Cuma mengangkat bahu lalu memberi signal kepada Tiny untuk meninggalkan tempat itu. Baru sahaja mereka memijak anak tangga yang kelima, bunyi pintu besi ditolak memecah gegendang telinga mereka. Mereka berdua terhenti lalu melihat ke bawah.
“tf. Apa benda tu sial?” tanya Tiny berbisik. Ketar di lututnya makin menjadi jadi.
Izah menggeleng. Lidahnya kaku.
Kelihatan satu lembaga keluar dari pintu itu dengan keadaan merayap menambahkan lagi ketar di tubuh mereka. Dengan sepantas kilat mereka berlari naik ke atas sambil menjerit memecahkan ‘kesunyian’ makmal tersebut.
YOU ARE READING
Zombie Hunter (renew)
Mystery / ThrillerSekumpulan remaja perempuan yang sedang mendaki bukit gempar apabila mereka menemukan satu makmal aneh yang tersorok jauh di dalam hutan. Cadangan gila salah satu dari mereka membuatkan mereka terjerumus ke dalam satu peristiwa yang mengerikan. Di...