Chapter 6 ~ Jodoh?

72 1 0
                                    

Jam 11:45 malam. Sejuk pula kalau duduk di kampung, mungkin sebab banyak pokok sekeliling rumah dan hujan renyai-renyai. Kalau saya tahu mesti saya bawa seluar panjang extra. Takkan lah mau tidur dengan jeans. Pajamas yang sekarang pun terasa nipis betul dalam cuaca begini, tapi nda hairanlah kalau kain One Super Store. Selesa sangat-sangat, ada kartun comel lagi.

Debbie membuka Whatsapp nya. Sepanjang hari ini dia membiarkan HP nya sebab sibuk membantu di rumah bakal pengantin, malulah kalau sibuk main HP masa orang lain sibuk buat persediaan. Ada jugalah sekali dia update status whatsapp dan berselfie bersama kawan-kawan baru dari kampung Hannah.

Rupa-rupanya ada mesej dari mama untuknya.

Deb Deb, si Ron ada datang rumah. Dia tanya khabar, rindu dia bilang lama tidak jumpa. Mama harap dia cepat datang bawa family dia jumpa kami, bincang tentang kamu dua. Kami suka si Ron, Deb. Harap tahun ini kamu kasi aturlah betul2 supaya ada lagi alasan kau supaya dapat pindah.

Adui ini lagi masalah. Buat apa lagi si Ron datang rumah jumpa parents saya ni? Geram betul hati Debbie. Apa tu sundal dia tiada familykah yang boleh si Ron jumpa. Malam yang sejuk menjadi panas. Debbie membaca semula mesej dari mamanya.

Dia sedar, dia pun ada buat silap. Dia diamkan kebenaran dari mama dan papa. Sepatutnya dia bagitau parents dia awal-awal lagi yang dia dan Ron sudah break sebab si Ron simpan perempuan lain. Entah kenapa juga dia diamkan saja, si Ron enjoy dengan perempuan dia pula saturang frust.

Debbie tidak membalas mesej mamanya, biarlah, esok sajalah dia call. selalu Debbie lebih suka membaca status Whatsapp berbanding status di Facebook. Facebook nya sentiasa dibanjiri dengan jualan dari kenalan dan juga family. Banyak betul pilihan sampaikan post bukan jualan pun tengelam. Mau remove nanti terasa pula. Mau buat Facebook baru nanti kes yang sama. Yalah orang yang sama juga yang akan di -add.

Statusnya pun seperti ada pembaca baru. Cek dulu siapa peminat setia saya ni bisik Debbie.

"Hannah, Dora, Kim, Tadtaru..." tergelak sekejap Debbie selepas menyebut nama panggilan sepupunya yang paling jajal. Debbie sambung mengskrol nama-nama admirer status Whatsapp nya. Tiba-tiba matanya terbaca nama Ron. Setiap hari dia perasan, Ron akan membaca status Whatsappnya tapi tidak juga berani untuk menghubunginya.

Teringin menyakitkan hati Ron, Debbie memuatnaik dua status baru.

'Manis masa bercinta, berjanji sumpah setia, jangan bercinta dengan buaya, of course tatap merana.'

'Oh my jodoh...hati-hati ko di jalan semoga selamat sampai sini, I tunggu tau.'

Tidak lama selepas mengupdate statusnya, kedengaran bunyi mesej baru masuk. Biar betul tapi kerana sudah penat dan rasa mengantuk sudah mula kick in, Debbie membiarkan saja.

******************************************************************************************

Malam itu extra sejuk sebab hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Setelah seharian berkerja di ladang Greg terasa sangat penat dan ingin tidur tetapi setiap kali dia cuba melelapkan mata wajah sumandak itu juga yang muncul.

"Hishhh perlu kahwin sudah saya ni," Greg bermonolog sendiri. Sejak Hannah membawa Debbie balik ke kampung mereka, Debbie menjadi distraction terbesarnya. Semua kerjanya jadi tidak kena, selalunya dialah orang yang paling awal bangun sebab dia akan ke ladang, menoreh getah tapi oleh sebab hampir setiap hari termimpikan Debbie, dia selalu terlajak tidur. Nasib baiklah ada jam lonceng klasik nya membantu. Sewaktu kanak-kanak dulu, jam lonceng itulah yang dia gunakan untuk mengejutkan dirinya untuk ke sekolah. Mendiang bapa Greg yang menghadiahkan jam itu. Dia masih ingat kata-kata bapanya dulu,

" Anak, ini jam lonceng kau jaga bagus-bagus. Pakai setiap hari, bangun awal jangan lambat. rezeki itu datang awal sekali, jadi kita pun mesti awal. Kita ini bukan orang kaya, itu tanah saja bikin kasi makan kita. "

" Tapi pa, sayakan masih sekolah rendah."

"Iyalah bah, mau juga bangun awal. Kalau tidak bangun macam mana pigi sekolah? Si mama pun bukan sihat macam dulu, mau kasi bangun kau pergi sekolah jadi kena berdikari sudah."

"Bah iyalah pa, saya jaga ni jam bagus-bagus. Nanti saya tolong juga bapa kalau balik dari sekolah."

"Nah begitulah sitaring bapa. Jadi bapa kasi kuntirik lah kau jaga karabau kita ah. Lain kali berguna juga itu kalau kau sambung belajar."

" Saya mau kerja kampung saja ni bapa, saya mau tolong bapa sama mama sini kampung."

"Jangan begitu, mau kerja kampung pun boleh tapi mesti belajar betul-betul. Belajar tinggi-tinggi supaya orang tidak pandang rendah sama kau. Nanti kau mau meminang sumandak mau kasi savo pun, kau tidak malu sama keluarga dia. Mana tau kau terkahwin cikgu," usik bapanya.

" Eee tidak mau, saya tidak mau kahwin!"

Tiba-tiba Greg terjaga dari kenangan lamanya bersama mendiang bapanya. Bapanya kini sudah 6 tahun pergi menemui sang Pencipta. Mama nya pula sudah lama mendahului sewaktu dia masih di tingkatan 3. Selepas mama tiada, bapa tidak pernah berhasrat mencari ganti, besarnya cinta bapa kepada mama. Walaupun mama tidak sihat, bapa tetap setia. Ternyata ibubapanya sangat menghormati ikrar perkahwinan mereka. Melihat hubungan ibubapanya, Greg juga berharap akan menemui pasangan hidup yang sehebat mama.

"Bapa... Mama... saya mau kahwin."

Greg berbaring di atas katil bujangnya. Rumah ada, kereta ada, bini saja tiada lagi bisik Greg. Ini katil pun boleh sudah upgrade besar sikit ni. Malam semakin lewat. Greg mencapai HP nya, rindu mau cek galeri, mau tengok bidadari.

"Adui cutenya girlfriend saya. Hai darling...I love you. Bila kita kahwin?" Greg mencium skrin HPnya. Teringin betul dia mencium bibir si cantiknya ini. Kalau dia ni bad boy, confirm!

Setiap hari Hannah akan mengirimkan gambar Debbie kepadanya. Belum lagi gambar candid yang dia ambil sendiri. Kebelakangan ini Greg perasan dia cepat stim...ketara betul lama tidak bayar bil air. Si adik pun malar mau bangun. Kalau dulu awal pagi saja, sekarang...asal teringat, mengeras. Apa lagi kalau ternampak...rasa mau tertimbak terus. Sengsara betul begini walaupun nikmat.
Terbayang-bayang sudah adegan blue tapi Debbie deserves better than that. She needs a man, lelaki yang boleh menghormati dan menyayangi seorang wanita selayaknya...macam bapa mencintai mama.

"Nda apalah Greg, malam ini kita kumpul air dulu. Tahan-tahan dulu selagi boleh...".

Malam itu sekali lagi Greg tidur bermimpikan Debbie. Mereka bercinta, berkucupan hangat dan dengan renungan tajam Debbie berkata, "Greg...kenapa kau curang dengan saya?"

Cinta Harus MemilihWhere stories live. Discover now