Chapter 2 ~ Healing

56 3 0
                                    


Hannah membiarkan Debbie dengan lamunannya. Kesian si Debbie, cantik pun kena curang. Mungkin sebab si Debbie ni kolot sikit yalah dari cerita dia kalau si Ron mau kiss pun dia elak. Kiss pipi dan pegang tangan saja. Kiranya belum diragut lagilah first kiss si Deb ni. Si Ron kan jenis open, orang bandarlah katakan, pegang-pegang, kiss tu hal biasa sudah rasanya.

Mana ada lelaki tidak geram kalau nampak si Deb ni, tinggi lampai, putih, muka pun kiut baby face. Orang selalu ingat si Debbie ni masih belasan tahun maka sudah 26 tahun. Bertuahnya badan. Satu lagi walaupun si Debbie ni sentiasa berpakaian sopan, tidak juga dapat kasi tapuk bentuk badan si Deb yang menggoda. Kalau tengok bukit si Deb, macam nasi lemak Miss Universe Malaysia, si Samantha James. Belum lagi bumper belakang.

Tit! Bunyi mesej masuk.

'Nah, cuti seminggu balik sini kampung si Luna kahwin. Ima.'

Hannah membalas.

'Mmg blk ni, lm tdk jmp si Luna. Skjp sy kol ko.'

'Bah kol sy within 10 min la. Msh mamam ni.'

'Ok boss.'

'👍'

Wah ada pula saudara mau kahwin ni. Ngam betul ni kalau bawa si Deb balik kampung, manatau boleh kasi hilang tu kesedihan dia, fikir si Hannah. Hannah pun keluar dari bilik untuk memberi ruang privasi kepada si Deb. Dia tidak mahu menganggu Debbie dengan berbualannya nanti.

Sebenarnya Hannah mau menjadi match maker, ada seseorang yang dia mahu perkenalkan kepada Debbie. Kalau ikutkan hati, niatnya itu sudah dia simpan lama tapi pada masa tu si Deb masih sibuk dengan si Ron.

Adakah ini sign untuk ku? Hannah ketawa seorang diri.

Apa-apapun tiada salah mencuba.

Perjalanan ke kampung Hannah sangat menyenangkan. Dari awal Debbie menikmati permandangan yang sangat indah dan damai. Sempat lagi dorang berhenti di tepi jalan sebab si Debbie mau berselfie sehinggakan perjalanan yang sepatutnya memgambil masa 3 jam jadi lebih lama.

Debbie memang sengaja mau ambil selfie banyak-banyak, dia mau kasi tunjuk sama si Ron yang dia boleh juga bahagia tanpa boyfriend. Walaupun dia dan si Ron sudah clash (walaupun sebenarnya dia yang walk out lepas kejadian hari tu), dorang masih friend di Facebook. Family dia pun sebenarnya belum tahu dorang sudah putus. Si Deb pun tidak tau kenapa dia tidak remove saja si Ron dari FB. Biarlah, selama si Ron berskandal luar pun tidak juga dia upload gambar lovey dovey dia dengan si Sofia.

Sebab dia tidak mau kedapatanlah bongok, bisik suara kecil di telinga Debbie.

Debbie segera membuang ingatannya tentang si Ron.

"Deb, nanti kalau kita sampai kita rest dulu di rumah ah," beritahu Hannah sambil matanya fokus ke hadapan, mengelak lubang. Sesekali Hannah melirik ke arah Debbie yang sibuk berselfie di dalam kereta.

"Okay boss, saya pun penat ni."

"Tembirang betul lah kau ni Deb, saya yang driving kau yang penat. Kau dari tadi katik-katik gambar saja. Kau taukah biarpun drive kereta auto, penat juga kaki saya ni."

"Alamak, ampun cik driver ku intan payung... Nanti saya urut kaki ko ah" pujuk si Deb sambil tunjuk jari peace sama si Hannah.

"Nda mau, nanti saya minta cousin saya urut. Kalau ko yang buat nanti bukan bebaik, tercabut tapi kau boleh tolong masak," pecah ketawa si Deb dengar sebab si Hannah memang tahu si Debbie boleh memasak.

Hannah pun ikut ketawa sebab dia gembira dengar si Deb ceria. Sejak dia beritahu mau bawa si Deb balik kampung, dia perasan si Deb sudah kurang mengelamun. Ada saja dia buat. Mungkin dia betul-betul sudah move on. Pada hari dia beritahu si Deb niat dia mau bawa si Deb balik kampung, dia risau juga kalau-kalau kena tolak.

"Deb kalau saya tanya kau jangan marah ah."

"Apa tu babe?"

"Apa yang bikin ko terbuka hati mau ikut saya balik kampung? Yalah kalau dulu saya bawa mesti ko tolak saja."

"Kan sekarang saya single, mau pigi mana-mana pun boleh. Lagipun manatau saya terjumpa tanak wagu sana," si Deb berseloroh.

Debbie sebenarnya belum planning mau mencari sebab hati dia masih belum sembuh. Baru dalam proses memcari gam kuat untuk kasi cantum balik.

"Wow single ready to mingle kah Deb? Bah awaslah Deb, ramai ni handsome boy di kampung saya."

"Amen."

"Tukoi, awas...cinta anak kampung," balas Hannah. Mereka berdua ketawa geli hati. Tapi kalau betul, apa salahnya fikir si Hannah.

Setibanya dorang di rumah si Hannah, seorang perempuan muncul. Comel petite orangnya.

"Wilma!" Hannah menjerit excited melihat perempuan itu sambil melambai-lambaikan tangannya. Laju si Wilma berlari menuruni anak tangga. Lincah macam ninja. Hannah dan Wilma berpelukan, melekat habis. Nasib baik tiada adegan cium-cium pipi. Debbie berdiri di tepi, senyum seorang diri melihat gelagat dua orang manusia ni.

"Ehem..." sengaja si Debbie berdeham.

"Ai lupa diri. Ima kenalkan nilah kawan saya si Debbie. Housemate saya merangkap rakan sekerja saya di sekolah. Deb, si Wilma. Cousin saya."
Wilma dan Debbie bersalaman.

"Hai Wilma, Debbie."

"Hai Debbie, selamat datang ke kampung kami. Nah, habislah di Deb ni kena bubut tanak wagu, alawa nokopio...kalah si unduk ngadau kampung. Goodbye lah unduk, tiadalah yang mau layan ko ni kali..."

Baru sampai sudah kena puji, terkembang juga si Deb. Jarang-jarang dia kena puji orang.

"Hahh si Unduk ada balik kah?"

"Hmm balik bah, macam kau tidak tau gaya dia. Asal ada keramaian mesti balik, mau minta pujikan." Suara si Wilma kedengaran sangat menyampah bila menyebut nama si Unduk.

"Kamurang ni nanti bah bercerita, kesian tu kawan si Hannah. Wilma tolong durang angkat bag."

Terkejut dorang bertiga tiba-tiba ada suara dari atas. Rupa-rupanya mummy si Hannah memerhati dorang dari tadi.

"Nanti kita sambung cerita. Bah mana beg-beg kamurang?" tanya si Wilma.

"Sana belakang. Sekejap Ima...Adui penat saya. Sakit kaki lagi ni, mau minta urut kaki." si Hannah membebel sambil membongkok menarik handle boot.

"Bah, tiada masalah. Ada champin mengurut kaki juga sini," relaks saja si Wilma mengangkat beg AF naik tangga.

Nasiblah beg saya satu saja bisik si Deb. Satu tapi besar. Beg dialah yang si Wilma angkat. Kuat betul ni sumandak kecil. Si Deb pula membantu si Hannah mengangkat beg lain dan beberapa plastik berisi makanan dan buah tangan. Malulah datang rumah orang minta makan free saja.

Jauh di sudut hati, Debbie mengharapkan Ron mencari dirinya tapi dalam masa yang sama dia berharap si Ron tidak muncul balik depan dia.

Cinta Harus MemilihWhere stories live. Discover now