Chapter 9 🔞 ~ Kejar

138 1 0
                                    

Majlis perkahwinan sepupu Hannah berjalan dengan lancar, cuaca baik dan tiada sebarang keributan berlaku. Pengantin perempuan iaitu sepupu Hannah pun kelihatan sangat berseri, terlihat kegembiraan yang tidak terkata terpancar diwajahnya. Hannah pula tidak kurang hebat, dengan dress warna putih merah, semakin terserlah kecantikannya.

"Makin cantik oh kau hari ini" Debbie terdengar suara lelaki memuji tidak jauh dari mereka. Entah bila lelaki yang cukup menarik dengan senyuman yang sangat sweet itu berada di situ. Dia berdiri rapat di sisi Hannah. Dalam hati Debbie dia meneka pasti lelaki ini Paul.

"Hai Paul." Ringkas jawapan Hannah.

"Hai saja? Kau tidak rasa saya handsomekah hari ini?"

"Bolehlah, level Mr Cute gitew..." mata Hannah masih tertuju ke hadapan altar, senyuman manis penuh kegeraman terukir di bibir, upacara hampir selesai.

Paul menepuk manja bahu Hannah dari belakang.

"APA?"

"Tengok bah dorang, macam kita..."

Hannah memerhati pasangan pengantin yang sedang menandatangan sijil matrimony di hadapan Father.

"Apa maksud kau dorang macam kita?" Suara Hannah sedikit kehairanan.

"Macam begitulah kita nanti, sign sijil kahwin..."

Debbie tidak dapat menahan dari tidak ketawa. Nasib baik dia masih dapat mengawal diri. Malulah kalau kedengaran, rosak nanti majlis orang.

"Gila."

Tapi Debbie perasan Hannah pun geli hati dengan pick up line Paul tadi.

Tibalah masa untuk group photo. Semua ahli keluarga pengantin dipanggil untuk bergambar. Debbie menolak untuk ikut bergambar dan bergerak keluar mengambil angin sambil memeriksa mesej whatsapp.

Tiba-tiba...

"Say cheese..."

Klik.

"Greg...kenapa kau di sini? Bukan kau patut...kenapa kau ambil gambar saya? Kita?" Merah padam muka Debbie apabila dia menyedari tubuhnya dan tubuh Greg sangat rapat ketika Greg mengambil gambar mereka berdua tadi. Terasa hangat sekali. Tiba-tiba kejadian tempoh hari melintas difikiran Debbie.

"Sengaja, sebab kau tidak join group photo."

"Tapi saya bukan family."

"Tidak lama jadi orang sini juga..." jawab Greg dalam nada rendah.

"Apa kau bilang?"

"Saya bilang tidak lama boleh gerak pulang sudah."

Penampilan Greg sangat berbeza dari hari-hari biasa pada hari ini. Rambutnya disikat kemas, seluar slack potongan moden bersama baju kemeja putih yang di tuck in benar-benar menarik minat Debbie. Hatinya betul-betul tertarik dengan ketampanan Greg. Matanya tidak dapat melarikan pandangan dari terus menikmati permandangan indah yang terhidang di hadapannya. Tiba-tiba matanya melirik benjolan yang ketara di hadapan seluar Greg.

Mama Mia...so big.

"Suka apa ko nampak?" Tanya Greg.

"YES," jawab Debbie. Menyedari ketelanjurannya, Debbie cepat-cepat meninggalkan Greg dan menuju ke parkir kereta Hannah. Tangannya tidak berhenti mengipas mukanya yang terasa sangat panas kerana malu.

"Aduh...buduhh. Astaga...bikin malu."

Suara Greg ketawa mendengar statement nya masih terngia-ngia di telinga. Tidak pernah dia terlepas kata secara terang-terangan seperti itu dihadapan lelaki, apa lagi berkaitan...aduh malunya.

Cinta Harus MemilihWhere stories live. Discover now