On/Off | Kim Taehyung

9K 933 256
                                    

iamyourcupcake 2019

[On/Off-Kim Taehyung]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[On/Off-Kim Taehyung]

Cek yang sudah ditandatangani oleh ayahku itu bertukar tangan. Terus melebar senyuman lelaki tinggi bertubuh tegap, gempal serta berambut potongan undercut tersebut.

"Aku serahkan hamba esklusif khas untuk Tuan Park. Dia budak baik tapi ganas sedikit. Kau minta anak perempuan kau jinakkan. Tak susah pun."ujarnya sinis.

Jari telunjuknya mengisyaratkan orang upahannya mengheret masuk seseorang masuk ke dalam bilik kebal.

"Here your handsome toy, Park Ji Yoon."

Aku segera berundur ke belakang tubuh ayahku. Aku eratkan genggaman tangan pada lengan orang tuaku sendiri tatkala bunyi besi diseret di atas lantai simen bergema kuat.

"Sssh, diam Tae. Nak aku tambah luka baru?"

Susuk tubuh tidak berbaju seorang lelaki menjamu ruangan anak mataku. Pandangan kami saling bertaut. Dengan serta-merta, nafasnya direngus kasar. Tubuhnya bergelut kecil tanda dia benci terhadap rantai-rantai besi yang melekat elok di pergelangan kaki dan tangannya.

"Ayah harap Ji Yoon suka hadiah istimewa ni. Dia bakal jadi peneman hidup Yoon sewaktu ketiadaan ayah di Seoul. Faham?"

Aku mengangguk takut. Segala sendi-sendi tubuh badanku menggigil resah tika panahan tajam iris mata coklat cair itu berhenti lama di wajahku.

"Aku letak butang 'On' jika anak kau nak bermanja dengan dia. Kalau tetiba aje dia agresif, butang 'off' ada bawah dagu dia. Have fun."

----

Lelaki bernama Kim Taehyung itu merupakan salah satu hasil eksperimen gila Dr Seokmin. Dia manusia kelas bawahan yang menjadi mangsa kerakusan kumpulan atasan.

Dijadikan barang dagangan pasaran gelap langsung tidak dijangka olehnya. Hidupnya sudah hancur berkecai. Dirinya diubah menjadi sesuatu ciptaan yang baharu.

Kejam, nakal, agresif dan manja.

Dia Kim Taehyung.

Dijual secara rasmi kepada Park Ji Yoon.

"T-taehyung mengganas. Dia hanya mahukan aku seorang. Please, help me."

Jalan penyelesaian terbaik?

Cuba kau tekan butang off jika kau berani, sayang.

Info

Karya pendek, maksimum 100 perkataan.

Genre fiksyen fantasi

Tema: Dark Romances

Had umur: 15 tahun (!)

Idea dan jalan cerita asal oleh penulis sendiri. Dilarang meniru mana-mana bahagian tanpa kebenaran dan izin penulis.

--------

Kim Taehyung feat Park Ji Yoon

Jeon Jungkook

---

Ready?

Saya baru dapat idea pelik ni today.

Hadiah sempena ulangtahun ke-6 abangtan💜

Saya tak pasti sama ada nak teruskan atau tidak.

So, pilihan di tangan korang. Hehehehe.

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now