3

4.5K 809 69
                                    


On / off

On / off

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Plot cerita ini akan bertambah interesting. Jadi, sediakan diri.

-------

Taehyung duduk berteleku di hujung sofa. Jari-jemarinya digigit resah sambil iris matanya hanya memandang aku seorang.

Kesunyian ruang tamu membuatkan suasana antara kami berdua bagaikan wujud satu dinding pemisah.

"Taehyung, awak nak makan?"

Tiada reaksi daripada si dia. Sejak beberapa jam yang lalu, kebisuan lelaki itu menyebabkan fikiran aku menjadi buntu.

Aku syak dia merajuk kerana kedegilan aku memaksa dia bersihkan diri.

Mandi pun dah susah. Bayangkan kau nak pujuk dia makan?

Aku mengatur langkah perlahan-lahan ke arah Taehyung. Susuk tubuh lelaki itu dirangkul sepasang lengan milikku dari arah belakang.

Bunyi nafas dihelanya kedengaran kasar. Jemari miliknya menggenggam erat pergelangan tanganku.

-------

"K-kau tak akan tinggalkan aku, promise?"nada suaranya mengendur tika balasan jawapan yang dinanti tidak terbalas.

Kenapa majikan barunya enggan mengiyakan permintaan kecilnya itu? Taehyung mengemam bibir. Kelopak matanya dikedip berulang kali agar tangis kecil dapat dibendung pantas.

Dia cuba untuk kuat. Dia takut Ji Yoon akan abaikan dirinya seperti tuan majikannya sebelum ini.

"A-aku tahu manusia kelas bawahan seperti aku ni tak layak merasa layanan mewah. Sekurang-kurangnya, jangan buang aku jika kau dah bosan. Aku merayu."lirihnya perlahan.

Taehyung berkira-kira ingin melepaskan diri daripada rangkulan hangat Park Ji Yoon. Namun, derap langkahnya menjadi kaku.

Tindakan wanita itu menggoyahkan sisi baiknya.

"Saya berjanji untuk sayang taetae saya seorang. Temani saya sampai bila-bila."ucapnya ringkas.

Automatik kelopak mata Taehyung terpejam rapat. Telapak tangannya mendarat di permukaan dada sebelah kiri.

Layanan Ji Yoon membuatkan fikirannya bermimpi indah. Degup jantung Kim Taehyung semakin gundah dan meliar tatkala sisi pipinya dipegang kemas oleh wanita itu.

"Taetae."

Seruan nama manja itu menyapa lembut deria pendengaran Taehyung. Ji yoon tersenyum kecil lalu pipi Taehyung dikucupnya penuh kasih.

"Yoon akan pastikan senyuman Tae sentiasa ada di sini. Jangan bersedih lagi. Awak dah bebas, Taehyung."

Hujung bibirnya dielus jemari runcing milik Park Ji Yoon. Taehyung menghela nafas gementar.

Dia bimbang jika cinta yang baru berputik kecil di dalam hati ini bakal membinasakan dirinya kelak.

Taehyung dicipta bersama sifat posesif dan agresif. Mana mungkin dia akan kekal naif?

-tbc-

A/N:

Saya menyepi lama kerana mood menulis saya merudum akibat serangan hater.

Tapi, pengalaman itu yang mendewasakan saya lagi. Saya kembali semula di wattpad dengan lebih bersemangat.

Terima kasih kepada rakan-rakan wattpad yang masih sudi menunggu update daripada saya.

Terima kasih, jumpa di update seterusnya. ❤

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now