4

4.5K 764 148
                                    


On / Off

On / Off

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Komen dan votes sangat dihargai. ❤

100+ komen boleh? 🙈

--------------

"Comotlah eyy. Saya nak lap mulut awak kejap. Tunggu tau."tegur Ji Yoon seraya sehelai ditisu dikesat di atas dan bawah bibir lelaki itu.

Taehyung yang duduk berhadapan langsung tidak membantah. Bebola matanya berfokus tepat ke arah Ji Yoon.

Setiap sentuhan jemari halus tuan majikannya menyebabkan landasan fikiran Taehyung keluar daripada paras normal.

Dia hairan dan diusik perasaan ingin tahu. Perasaan aneh ini kerap menyinggah ke dalam hatinya sejak dirinya menjadi hak milik keluarga Park.

Keinginan mahu bertanya lebih dipendam jauh. Manusia kelas bawahan seperti dia sedar status diri sendiri.

Status yang tidak melayakkan dia merasai kebahagian mutlak daripada mana-mana orang sekalipun.

"T-terima kasih Ji Yoon. Tae sayang Yoon."dia melafazkan spontan ayat berbunga cinta tersebut tanpa sebarang emosi yang menyelit.

Telapak tangan Ji Yoon ditarik mendekati kawasan permukaan rambutnya.

Tabiat Taehyung ketika dia berasa resah. Dia cuma mahukan belaian daripada majikannya.

"Tae suka layanan macam ni. Hati gembira sangat."kepalanya dibiarkan menjadi mangsa elusan jemari Ji Yoon.

--------

Tempoh bermanja dilihat begitu pantas apabila bunyi ketukan pintu mengganggu momen manis antara mereka berdua.

Ji Yoon memaut lengannya erat pada tubuh tinggi lampai lelaki itu. Bibirnya dimuncungkan ke arah pintu.

"Saya nak kenalkan awak kepada seseorang. He's my bestfriend and your new friend. Tae, jadi budak baik?"

Wanita itu bertindak memeluk figura tubuh Taehyung. Kemarahan Taehyung perlu diredakan sebentar agar sebarang kekecohan mampu dihindarkan.

Lihatlah riak wajah tegang dan rona pipi Taehyung yang berubah merah.

Gerun hatinya tika panahan tajam mata Taehyung memberi jawapan penolakan terhadap kehadiran lelaki ke rumah Ji Yoon.

Permukaan dada Taehyung yang berombak diurut perlahan lalu bibir Ji Yoon naik mengucup kedua-dua pipi lelaki itu.

Dua kali dia terima habuan ciuman percuma, kelu terus lidah Taehyung mahu membantah lebih.

Langkah kakinya dikerah longlai menuju ke muka pintu. Saat pintu dibuka, wajah seorang lelaki menjengah ruangan mata.

"Tae, ini kawan baru awak. Nama dia Jeon Jungkook."

Ciri-ciri wajahnya mengingatkan Taehyung kepada seseorang. Dengan nafas agresif, Taehyung menyembamkan wajahnya di belakang bahu Ji Yoon.

Bunyi gelakan sinis lelaki bernama Jeon itu menjentik api kemarahan di dalam diri.

Siapa lelaki itu? Dialah saintis gila yang bekerjasama dengan Dr Seokmin bagi menghasilkan Taehyung yang baharu.

"Ji Yoon, kau nak aku ajar cara aktifkan butang on dan off dekat badan dia? Sure, i'm feel glad to help you."

Senyuman menyeringai Jeon Jungkook melemahkan segala sendi tubuh Taehyung.

Jika on/off diaktifkan, hanya neraka dunia yang bakal dilihat oleh Park Ji Yoon.

-tbc-

A/N:

Saya harap korang enjoy baca bab setakat ini.

Mood menulis saya baru pulih. Jadi, harap sangat bab tak hambar. 😭❤

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now