8

4K 671 78
                                    

On/Off

On/Off

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Plot untuk cerita ni saya dah siap rangka hingga ke penamat. Jadi,sediakan diri dengan kejutan-kejutan yang akan datang. ❤

-------------

Taktik tersembunyi aku untuk menekan butang off di bawah dagunya membawa hasil yang mengecewakan hati.

Aku cuba tekan. Taehyung lebih bijak menepis tindakanku dengan pergerakan tubuhnya yang tangkas.

Figura tubuh kecilku dikunci menggunakan lengan kekarnya. Rahangku dicengkam sehingga letusan bunyi menyeringai kesakitan mengisi ruang udara.

"Dengar baik-baik Ji Yoon-sshi, ikut telunjuk aku dan kau akan bebas nanti. Aku berjanji."

Aku memandangnya sinis. Elusan tangannya yang galak merayap di ruang leher aku tepis kuat.

Mula-mula aje tunjuk comel, sekarang taetae aku dah pandai menyetan.

"Goda Jeon Jungkook sampai dia tunduk lemah dengan kau. Selepas itu, aku muncul untuk padamkan nyawa lelaki durjana itu. Boleh?"

Dia tetap menyoal bersama wajah kekal polos walaupun aku tahu tiada jalan keluar bagiku sekarang.

Bibirnya berlaga di atas permukaan kulitku menyebabkan rentak jantungku berdegup di luar kawalan.

"Kenapa a-awak tak bunuh terus Jeon? Apa motif awak, taetae?"

Taehyung menolak tubuhku jatuh mendarat di atas katil empuk tersebut. Wajahnya disembam rapat di belakang tubuhku.

Rangkulan lengannya dan haba tubuh Taehyung membuatkan darahku menggelegak panas. Gelisah dan tidak tentu arah pendirianku disebabkan perangai meliar manusia ciptaan Dr Seokjin ini.

"Jungkook perlu faham erti derita dahulu sebelum nyawa dia aku tamatkan. Bantu aku Park Ji Yoon. Bantu aku hapuskan golongan kelas atasan yang tamak dan rakus itu, sayang."

---------

Jeon Jungkook meraup wajahnya. Rahangnya bergerak-gerak menahan gelodak perasaan marah dan geram dengan perilaku ganas Kim Taehyung.

"Cilaka punya hamba. Aku suruh kau seksa Ji Yoon bukan lupuskan Dr Seokmin!"luahnya lantang dan keras pada petang yang cukup riuh itu.

Kakinya melangkah berulang-alik di luar tempat luar kejadian. Bebola matanya memerhati lokasi berdarah yang menempatkan jasad Dr Seokmin.

Lelaki tua itu sudah tidak bernyawa. Tubuh lelaki malang itu yang dipenuhi kesan-kesan tikaman pisau.

Sepasang mata Jungkook ralit memandang kesibukan pasukan polis bertugas di tempat kejadian. Sisi dahinya diurut lembut seraya keluhan kecil melolos keluar dari bibir.

Poket seluarnya tiba-tiba bergetar. Segera telapak tangan Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya.

Skrin telefon direnung sekilas lalu panggilan wanita itu diangkat pantas.

Suara gemersik dan merdu Park Ji Yoon menerobos masuk ke dalam telinga dan seterusnya, jantung lelaki itu ligat mengepam darah.

Perasaan cinta dan kasih itu bersulam erat dengan rasa dendam kesumat terhadap keluarga Park.

"Kau...nak jumpa aku, Park Ji Yoon?"

Tawaran Ji Yoon untuk bertemu pada malam ini dilihat sebagai peluang keemasan.

Genggaman jemarinya bertambah kuat di telefon pintar. Kesudian Ji Yoon ingin menikmati makan malam bersamanya agak mencurigakan.

Wajah sinis Taehyung mengisi ruang fikiran. Lantas, kelopak matanya dipejam rapat.

Makhluk ciptaannya itu pastinya ada kaitan rapat dengan Ji Yoon.

Ingat Jungkook bodoh? Tidak, dia biarkan Taehyung menggila. Barulah gilirannya akan kunjung tiba nanti.

-tbc-

A/N:

Selesai update untuk minggu ini.

I see you next week. ❤

On/off hanya mengandungi 20 bab sahaja. Take note babyku sekalian.

[C] On/Off | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now