Jodoh dan kematian
Ada orang cakap jodoh itu harus dicari kerana jika tidak dicari jodoh itu tidak akan datang .
Sebaliknya , kematian itu pula tidak pernah orang mencarinya tetapi tetap hadir tepat pada waktunya .
Ramai yang terlalu sibuk mencari jodoh sedangkan siapa jodoh kita itu ianya sudah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi . Sampai masanya akan bersatu jua walaupun pelbagai halangan yang datang .
Sedangkan , kematian itu orang sentiasa lari daripadanya . Jika kita lihat di hospital , ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada doktor kerana mahu meneruskan kehidupan ini lagi .
Kesimpulannya , jodoh dan kematian itu sudah ditulis di luh mahfuz . Jodoh itu jangan terlalu mencari tetapi lebih kepada memperbaiki diri dengan agama . Dan , kematian itu jangan terlalu ditakuti tetapi lebih kepada menyediakan amalan secukupnya . Kerana , semuanya telah tertulis . Sampai masa ianya pasti berlaku , itulah dinamakan takdir atau qada dan qadar .
❝ Tuhan jika dia adalah jodohku
Jagakanlah dia ya allah ❞
- n̲̅a̲̅z̲̅i̲̅r̲̅u̲̅l̲̅ h̲̅a̲̅f̲̅i̲̅z̲̅

ANDA SEDANG MEMBACA
Jagakan Dia Untuk ku (Completed)
Short StorySeorang gadis telah jatuh cinta dengan Jejaka Yang bernama Nazirul hafiz. Kerana terleka dia melupakan-Nya, Kerana Cinta Dia melupakan yang Maha Besar. ❝ Tuhan jika dia adalah jodohku Jagakanlah dia ya allah ❞ - n̲̅a̲̅z̲̅i̲̅r̲̅u̲̅l̲̅ h̲̅a̲̅f̲̅i̲̅...