Bab 5

26 2 0
                                    




Diamku adalah Cintaku


Tulisku adalah Rinduku



Menunggu waktu,


meski tak mengejar mimpi,


tapi rindu masih tetap dihati.





Tiaz tersedar dari lenanya. Jam yang tergantung di dinding menunjukkan pukul 4.23 pagi. Dia bingkas bangun dari katil lalu menuju ke bilk air.



Air matanya tidak henti-henti mengalir. Sudah hampir tiga bulan dia membiarkan dirinya menangis dihadapan Allah, memohon agar Allah menguatkan hatinya, menjadikan dirinya setabah yang boleh untuk mengelakkan diri daripada Nazirul. Tiaz tahu sukar untuk dirinya berbuat begitu tetapi dia yakin bahawa suatu hari kelak, Allah akan pertemukannya dengan seseorang yang sudah tertulis untuknya di Luh Mahfuz. Bagi Tiaz sekarang, apa-apa yang terjadi pada masa hadapan kelak kepada dia dan Nazirul, dia akan terima seadanya.



'Ya Allah, seandainya kau tentukan dia menjadi imam buat diri ini, kau jagalah kedua-dua hati kami. Seandainya kau tentukan dia buat yang lain, kau bahagiakanlah dirinya Ya Allah.'



Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang dihantar melalui WhatsApp. Tiaz mengambil telefonnya lalu membuka pesanan tersebut.



Assalammualaikum Tiaz. Maafkan saya mengganggu awak pada waktu begini. Saya cuma nak minta maaf pada awak sebab dah hampir dua tahun kita kenal dan sudah hampir setahun setengah kita berhubung. Saya minta maaf selama ni saya buai perasaan kita. Mungkin selama ini kita ingatkan Allah redha dengan cara islamik kita tetapi kita salah kan awak? Kita khilaf, terlalu mudah jatuh dengan godaan syaitan. Terima kasih untuk buku tu, saya akan simpan. Jujur saya katakan, saya memang sayangkan awak Tiaz. Tetapi, Allah Maha-Mengetahui. Dia tahu apa yang baik untuk kita. Tapi, syukurlah awak sedar dan cuba sedarkan saya. Terima kasih sekali lagi. Akhir kata, saya nak beritahu awak yang saya dah buat keputusan untuk ikut keluarga berpindah ke Seoul, Korea. Ayah saya akan bekerja di sana. Mungkin dalam 3 atau 4 tahun, baru kami berpindah kembali ke Malaysia. Semoga Allah menjaga awak. Saya sentiasa mendoakan semoga awak sentiasa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Assalammualaikum. Nazirul Hafiz.'



Tiaz mengukir senyuman dalam tangisnya. Hatinya berbisik, memanjatkan doa kepada Ilahi. Bersyukur dikurniakan kesempatan untuk kembali ke jalan yang lurus sebelum terlambat. Matanya merenung gambar Kaabah diatas tikar sejadah. Tangannya diletakkan didada lantas satu baris doa dipohon kepada Yang-Esa.







Ya Allah, Jagakan Dia untuk ku Jika itu jodoh ku .




The End


Jagakan Dia Untuk ku (Completed)Where stories live. Discover now