Jangan kerana cinta kau terleka
Jangan kerana cinta kau lupa Yang Maha besar
"Dia suka kau tu. Tak percaya sudah." Dia cuma menundukkan kepalanya, perasaan geram dan malu bersarang dalam dirinya. Tawa meletus dalam kalangan anak muda itu. Kakinya pantas melangkah menuju ke bahagian dalam dewan."Suka sahaja nak mengusik aku. Nanti Nazirul dengar, mampus aku. Hish, syafiq ni kan. Tunggu dia, nanti aku kenakan. Ya la.."
"Membebel apa pula tu Tiaz?" Bebelannya terhenti tatkala ditegur suara yang amat dikenalinya itu. Rasa rindu menerpa hati.
"Nara..." Senyuman terukir di wajah kedua-dua gadis itu. Nara pantas memeluk erat tubuh kecil milik Tasnim. Rasa rindu yang selama ini disampaikan melalui media sosial dan panggilan telefon akhirnya terungkai.
"Kau makin cantik Nara." Puji Tiaz ikhlas. Wajah Nara ditenungnya. Gadis itu sememangnya cantik. Berkulit kuning langsat, Nara sentiasa tampak ayu dimata Tiaz apalagi dengan tudung litup yang sentiasa menghiasi dan melindungi mahkota seorang wanita.
"Pandang aku macam seribu tahun tak jumpa kau ni. Kau pun apa kurangnya, semakin comel dan ayu. Macam mana peperiksaan hari tu?" Usik Nara. Tasnim mengukir senyuman lantas bahu Nara ditumbuk perlahan. Nara tertawa. Gadis berkulit hitam manis dan kecil molek yang dahulunya pemalu kini sudah semakin berani tampil dikhalayak ramai. Tasnim baginya sudah lebih matang dari dirinya sendiri.
"Alhamdulillah, Allah permudahkan. Doakan aku ya Nara. Eh, kau seorang sahaja?" Tanya Tiaz sambil matanya melilau melihat sekeliling.
"Hafiz dan Yumi mungkin lewat sedikit. Aku masuk dahulu ya. Sambung sahaja lah bebelan kau tadi Tiaz.
Assalammualaikum.""Ya lah. Kau ni kan, tak berubah. Asyik nak mengusik sahaja. Waalaikumussalam. Oh! Sebelum aku terlupa, program tamat mungkin dalam pukul 12 tengah hari ya Nara." Anggukan diberikan oleh Nara kepada Tiaz.
Program yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang itu berjalan dengan lancar. Tiaz duduk diatas sofa tetamu jemputan sambil memerhatikan beberapa orang sukarelawan bagi program ceramah remaja yang dianjurkan itu mengemas kerusi penonton.
"Penat ya?" Tiaz mengangkat kepalanya mencari pemilik suara tersebut.
"Hm tak juga. Awak penat?" Senyuman terukir di wajah pemuda itu.
"Kalau ada Tiaz, mana mungkin ada orang yang lebih penat dari Tiaz." Ujar pemuda berkaca mata itu sambil turut memerhatikan sukarelawan yang sedang menjalankan tugas. Tiaz mengukirkan senyuman mendengar pujian satu-satunya lelaki yang bisa membuatkan hatinya berdebar-debar saat bertentang mata dan bertukar senyuman.
"Nazirul! Sini sekejap! Tolong kami angkat kotak-kotak ni!"
"Ya, sekejap!" Nazirul menghadiahkan senyuman kepada Tiaz lantas berkata, "Saya pergi tolong mereka dahulu ya. Nanti jumpa lagi."
Tiaz mengangguk faham. Langkah Nazirul diperhati oleh Tiaz dari hujung matanya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia mengenali Nazirul ketika mereka sama-sama menjadi fasilitator untuk program kanak-kanak islam disebuah sekolah rendah, kini pertemuan itu sudah hampir dua tahun. Pemuda itu tanpa sedarnya, telah banyak membawa perubahan dalam diari kehidupannya sebagai seorang hawa.
Dahulu, Tiaz tidak pernah kenal apa itu erti dan makna cinta. Apa sebenarnya perasaan minat dan suka dan bagaimana rasanya rindu terhadap seorang kaum adam. Setelah hampir dua tahun mengenali Nazirul, Tiaz mula sedar bahawa hatinya sudah terukir nama pemuda itu dalam masa pertemuan mereka. Dia tahu, pemuda itu juga menyimpan perasaan yang sama tetapi pemuda itu menghormati prinsip Tiaz. Saat ini, yang penting bagi Tiaz bukan cinta, tetapi hatinya cuma ada ruang untuk berjuang menegakkan agama Allah, ibu bapa dan cita-cita tingginya. Sudah setahun lebih mereka merahsiakan perasaan mereka.
Matanya melihat kearah Nazirul manakala yang lain sedang sibuk mengumpul dan mengangkat kotak untuk dikitar semula. Sahabat baik Nazirul, Syafiq yang sedar akan perbuatan Tiaz itu tersenyum lalu mencuit bahu Nazirul sambil jarinya ditudingkan kearah Tiaz.
YOU ARE READING
Jagakan Dia Untuk ku (Completed)
Short StorySeorang gadis telah jatuh cinta dengan Jejaka Yang bernama Nazirul hafiz. Kerana terleka dia melupakan-Nya, Kerana Cinta Dia melupakan yang Maha Besar. ❝ Tuhan jika dia adalah jodohku Jagakanlah dia ya allah ❞ - n̲̅a̲̅z̲̅i̲̅r̲̅u̲̅l̲̅ h̲̅a̲̅f̲̅i̲̅...