Ara melihat langkah kaki Tiaz meninggalkannya. Bahunya dipeluk dari belakang. Ara memusingkan badan menghadap suaminya. Senyuman dihadiahkan. Ara bersyukur dijodohkan dengan lelaki sebaik Firdaus. Walaupun terpaksa menempuhi perkahwinan ketika umurnya baru sahaja menginjak 22 tahun ketika itu, dia menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka. Kini sudah hampir 7 tahun perkahwinan mereka, rumah tangga itu semakin bahagia. Jauh dilubuk atinya, Fadhiah menyimpan azam, semoga cerita tentang dirinya yang disampaikan tadi menjadi pengajaran buat Tiaz dan sahabatnya yang lain."Lama tunggu abang?" Tanya Firdaus sambil membalas senyuman isterinya.
"Tak lah. Jom, kesian mama dengan ayah kat rumah, terpaksa layan kerenah Humaira." Firdaus ketawa. Dia tahu sangat perangai manja anak kedua mereka yang baru sahaja berumur 3 tahun. Pasti penat ibu dan ayah mertuanya melayan si kecil itu.
Nazirul melihat lama skrin telefon pintarnya. Sudah hampir tiga bulan hari-harinya tidak dipenuhi dengan pesanan ringkas daripada Aral. Jika dahulu, mereka selalu berbalas pesanan tetapi sekarang tidak. Sudah banyak pesanan dihantar oleh Nazirull kepada Tiaz melalui laman sosial dan juga melalui teman-teman rapat Tiaz seperti Airin, Laila dan Risha. Semuanya tiada balasan dari Tiaz.
Ada salahkah yang dilakukannya? Kalau ada, kenapa Tiaz tidak berkata apa-apa? Syafiq menggeleng kepala melihat keadaan Nazirul. Sejak Tiaz menjauhkan diri daripada Nazirul, sahabatnya itu banyak berubah. 'Haih naz. Sampai bila nak macam ni?' Ujar Syafiq, bertanya kepada dirinya sendiri.
"Kau ni dah macam tiada harapan hidup aku tengok Naz . Kau tak boleh terus macam ni. Tiaz pun ada kehidupan sendiri. Kau kena faham dia."
"Aku....Aku tak tahu fiq. Aku takut dengan perasaan aku sendiri. Betulkah aku sayangkan dia? Lagipun sepatutnya kalau aku menganggu dia, sekurang-kurangnya, beritahulah aku. Ini tidak, menghilangkan diri tanpa khabar berita." Nazirul meraup wajahnya. Kaca mata ditanggalkan dan diletakkan keatas meja diantara dirinya dan Huzaifah.
"Aku nak beritahu sesuatu ni. Tadi aku terjumpa Tiaz masa temankan adik aku beli buku di MPH." Nazirul memandang wajah Syafiq, meminta kepastian.
"Aku tak tipu. Tadi aku terjumpa dia. Aku ada jugalah risik dia, tanya kemana menghilang, kenapa dia jauhkan diri daripada kau. Muka dia pun sedih juga bila aku tanya macam tu. Tengah-tengah kami bercakap sambil tengok buku-buku kat rak, dia berhenti. Dia ambil satu buku dan terus pergi kaunter. Masa aku nak keluar dia beri aku buku tu, minta tolong aku sampaikan dekat kau. Jadi, sebelum sampai sini, aku sempat juga lah baca sinopsis kat belakang buku tu. Memang sentap juga lah hati aku. Buku tu ada cerita pasal zina. Zina hati." Syafiq menghulurkan satu beg plastik tertulis MPH kepada Nazirul. Teragak-agak Nazirul menyambut pemberan tersebut.
"Aku rasa aku faham apa dia nak sampaikan pada kau Nazirul. Ni aku nak tanya kau sesuatu. Selama kau berhubung dengan Tiaz, berapa kali tahajjud dah kau tinggal? Memang aku tahu, kau selalu ingatkan dia dhuha dan sebagainya, tetapi cuba kau ingat balik. Kau solat sunat tu ikhlas untuk Yang Maha-Esa atau sekadar untuk memuaskan hati Tiaz?" Nazirul tertunduk mendengar nasihat Syafiq.
"Aku teruskan boleh?"Tanya Syafiq. Dia perasan ada mutiara-mutiara jernih ditubir mata Faizal.
"Teruskan. Aku nak dengar."
Nazirul menarik dalam-dalam nafasnya sebelum meneruskan bicara. "Aku pun salah juga selama ni Naz. Aku tak tegur kau walaupun aku tahu masa tu kau mungkin bersalah. Aku tengok kau leka senyum seorang diri pukul 3, 4 pagi balas mesej dan pesanan ringkas dari Tiaz sampai tinggalkan tahajjud dan ibadah yang selalu kau buat, aku diam sahaja. Sampailah hari ni, bila Tiaz tunjuk buku tu dekat aku baru aku sedar. Zina ni bukan buat benda yang kita selalu dengar tu sahaja. Tapi, zina hati pun ada. Kau asyik fikirkan Tiaz 24 jam sampai lupa ibadah, lupa Allah. Tak baik tu Naz."Akhirnya, air mata Nazirul jatuh. Kali ini, penyesalan mengisi ruang hatinya. Rasa keinsafan dan berdosa terhadap Allah menyapa pemuda itu. Dia akui, sudah lama tahajjud dia tinggalkan. Kalau adapun, solatnya tidak khusyuk kerana fikirannya asyik memikirkan Tiaz . Sudah solatkah Tiaz? Sudah baca Al-Quran kah Tiaz?
"Naz, aku cuma ada satu benda nak kongsi. Jodoh itu seperti marathon. Kalau kau bermula di A dan Tiaz bermula di B, kalian akan berhenti di garisan penamat yang sama. Maksudnya, kalau memang sudah Allah tulis jodoh kau adalah Tiaz, kau akan bersama dia juga suatu hari nanti. Tetapi jika bukan, maksudnya, ada yang lebih baik untuk Tiaz dan juga untuk kau. Yakinlah pada Allah, kembali pada Dia, berdoa dan memohon pada Dia sebab kita manusia ni Naz hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kalau betul kau sayang dia, biar dia kejar cita-cita dahulu. Kita ni muda lagi. Jumpa baik-baik ibu bapa dia, buat ikut cara betul Naz." Syafiq menepuk bahu Nazirul.
Nazirul mengangguk lalu dengan perlahan bangkit dari dudukya dan memeluk sahabat baiknya itu.
"Terima kasih Fiq. Terima kasih sebab sedarkan aku yang dah jauh lari dari jalan Allah." Syafiq tersenyum mendengar ucapan terima kasih daripada Nazirul.
"Tak payah terima kasih. Memang tugas aku sebagai sahabat. Ingatkan apa yang patut dan tegur apa yang salah. Lagipun, aku tak nak terima kasih kau tu. Aduh! Sakitlah Naz. Kau ni kan." Syafiq mengusap bahunya yang ditumbuk oleh Nazirul.
"Tu lah. Kenakan aku lagi." Nazirul ketawa melihat Syafiq yang mengaduh kesakitan Dalam hatinya, Nazirul bersyukur dikurniakan sahabat seperti Syafiq . Baginya, Syafiq bukan sekadar sahabat untuk bergembira dan bersedih, tetapi itulah teman yang sering bersamanya di jalan dakwah dan dia berharap semoga ukhwah yang dibina itu kekal ke syurga Allah.
SKIP
"Amin Ya Rabbal Alamin." Nazirul menyapu kedua-dua belah tangan ke wajahnya, mengaminkan doa yang dibaca. Malam ini menjadi saksi, air matanya jatuh membasahi tikar sejadah. Rasa berdosa tadinya sudah berganti rasa kesyukuran kerana masih diberikan oleh Allah satu peluang untuk kembali ke jalan-Nya.
'Ya Allah, sungguh aku tak kuat nak hadapi semua ini. Tapi demi agama, demi-Mu Ya Allah, aku akan cuba kuat.' Ujar Nazirul didalam hati kecilnya. Jika dulu dia takut Tiaz menjadi milik orang lain suatu hari nanti, kini perasaan takut itu sudah tiada. Bagi Nazirul, takdir Allah adalah yang terbaik. Suka atau tidak, sebenarnya Allah sudah berikan yang terbaik untuk semua hamba-Nya.
Nazirul nekad, keputusan telah dibuat. Mungkin payah pada awalnya tetapi dia redha jika itu yang terbaik. Telefon bimbit diatas katil dicapai lalu pantas tangannya mendail nombor telefon ayahnya.
"Assalammualaikum. Ayah, Achik ni."

YOU ARE READING
Jagakan Dia Untuk ku (Completed)
Cerita PendekSeorang gadis telah jatuh cinta dengan Jejaka Yang bernama Nazirul hafiz. Kerana terleka dia melupakan-Nya, Kerana Cinta Dia melupakan yang Maha Besar. ❝ Tuhan jika dia adalah jodohku Jagakanlah dia ya allah ❞ - n̲̅a̲̅z̲̅i̲̅r̲̅u̲̅l̲̅ h̲̅a̲̅f̲̅i̲̅...