prologue

696 60 46
                                    



" encik tolong lepaskan sayaa arghhh "

kasar rambutnya dicengkam lalu diheret sehingga memasuki kawasan yang tiada seorang pun manusia . enam orang lelaki yang mengelilingi cukup membuatkan satu badannya mengigil sakan .

" hei perempuan. kau dah tak boleh lari kemana lagi lah omma kau sendiri yang jual kau kat sini "

sememangnya dia tahu. puas tadi dia mengejar ommanya namun langsung tidak berjaya. dia masih lagi tidak percaya tentang apa yang sanggup omma dia lakukan.

" tolong encik hiks lepaskanlah saya... s-saya merayu "

kedua telapak tangan disatukan . separuh mati dia merayu dengan tangisan di wajah .

" haha jangan mimpi... sekarang buka mulut kau! "

kedua tangan dan kakinya kini dipegang. bajunya juga mula dikoyakkan sehingga menampakkan pakaian dalam. dengan sedaya upaya dia menutup mulut daripada dipaksa minum minuman keras.

" adam... tolong akuu haaa...."

namun akhirnya dia kalah. sebotol arak telahpun memasuki rongganya. makin lama kelamaan tenaganya semakin berkurangan dan akhirnya mata dia terpejam akibat tidak dapat menahan pening lagi .

———— ❃ ————

cahaya yang terang membuatkan dia terjaga dari tidur. kepala yang pening buatkan dia susah untuk bangun. namun dia tetap cuba menahan.

kini dia pelik kerana sekarang dia sudah berada disebuah bilik . yang dia tahu semalam dia berada di sebuah club. ya, sebuah tempat yang mempunyai banyak syaitan.

perasaan pelik semakin tinggi apabila dia melihat pula seorang lelaki yang mula menyarungkan singlet dibadan malah tidak habis merenungnya.

perlahan dia cuba bangun dari pembaringan . alangkah terkejutnya dia melihat badannya yang langsung tiada seurat benang. pakaian yang berterabur diatas lantai membuatkan cecair jernih mula bergelinang didalam anak mata.

" encik...encik dah buat apa pada saya ? "

soalan tak dijawab . perlahan lelaki tersebut mendekati lalu menyentuh dagunya .

" thanks for last night .. i have fun with it babe "

sejumlah wang mula diletakkan diatas comforter oleh lelaki tersebut . bagai kehilangan kata-kata dibuatnya . sungguh dia tidak mampu mempercayai yang maruahnya sudah dirampas oleh orang yang langsung dia tidak kenal.

" ya tuhan..."

mulutnya mula dicekup kerana sudah tidak mampu menahan sebak.

" eh kau tak payah nak ya tuhan-ya tuhan sangatlah. kau tu dah pun jadi pelacur tahu tak? tuhan pun taknak terima perempuan macam kau ni lah "

balas lelaki tersebut dengan gelengan kepala . baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar dari bilik , pantas ditahan dari belakang.

" encik tolong jangan tinggalkan saya hikss.."

separuh mati dia meraung pada lelaki tersebut . hanya bunyi hembusan nafas membalas kata-katanya. kini kaki ditarik kuat sehingga perempuan tersebut jatuh menyembah lantai.

" eh kau ni lupa atau bodoh hah? kau tu pelacur. tugas pelacur bukan layan sorang lelaki tapi ramai "

rambut dikusutkan . makin serabut dibuatnya lelaki tersebut melihat gadis dihadapannya . seluar mula ditarik keatas lalu dia mula bercangkung. wajah gadis dihadapannya disentuh.

belum sempat dia ingin berkata-kata , gadis tersebut lebih pantas membuka mulut serta mencapai tangannya.

" encik tolong kahwini saya. sejujurnya saya tak pernah dengan mana-mana lelaki sebelum ni.. encik orang pertama yang tiduri saya.. tolong encik kahwini saya..."

ucapnya dengan tercungap-cungap menahan tangisan . namun kata-katanya dibalas dengan cebitan.

" apa kejadahnya sampai aku kena kahwin dengan kau ni?"

kepala gadis tersebut mula ditunjal.

" aku tak kenal kau asal aku nak kena kahwin dengan kau pula? "

diam.

" eh kau sedar tak yang kau tu pelacur.. dah tak ada dara kau tahu tak "

diam.

" aku kalau cari isteri , yang suci ja tch "

" tapi encik yang rampas maruah saya "

senyuman dibibir mula menghilang.

" masalahnya kau tu pelacur. bukan salah aku " balasnya.

" saya bukan pelacur... omma saya yang jual saya pada penjahat-penjahat tu.. encik tolonglah jangan tinggalkan saya.. s-saya betul-betul merayu "

susah untuk dia percaya apa yang dikatakan oleh gadis itu. namun kata-kata kedengaran sangat jujur disertakan tangisan yang cukup memenatkan untuk dilihat.

" Kalau aku tolong kau, apa aku akan dapat "

lama gadis tersebut berfikir. pelbagai perkara yang mula bermain difikirannya sekarang. Sejujurnya dia tidak mahu berada disini dan tidak mahu sama sekali menjadi seorang pelacur.

" saya janji saya tak akan minta encik bertanggungjawab atas apa yang dah encik buat pada saya "

kini senyuman lelaki tersebut kembali menghiasi bibirnya. sesuatu sudah dapat dia fikirkan tentang apa yang sepatutnya dia lakukan pada gadis yang berada dihadapannya sekarang.

" kalau kau nak aku kahwini kau sekalipun aku setuju cuma.."

" cuma apa encik ?"

" cuma status kau dengan aku bukan sebagai seorang isteri tapi perempuan simpanan "

amat sukar gadis tersebut ingin menerima. namun apabila dia fikir tentang keselamatan diri , dia akan tetap bersetuju dengan secara terpaksa .

" kau kena dengar segala cakap aku..."

" kau kena jadi hamba aku dan.."

" bila aku nak , kau kena bagi "

sebuah keluhan dilepaskan sebelum dia mengucapkan seuatu.

" s-saya setuju " ucapnya ringkas.





lagenda suami kapista
writer : dagurichim

lagenda suami kapista.Where stories live. Discover now