" e-encikk sakittt arghhh "berkali-kali aku merayu pada jungkook agar dia lepaskan tangannya dari mencengkam rambut aku .
sudah masuk kali ke 5 dia menampar pipi aku sehingga cecair berwarna merah mula keluar di bibir .
" kau mengatal dengan jantan lain kau ingat aku senang-senang ja nak lepaskan kau hah ? "
" oh sebenarnya ni lah kerja kau bila aku takda . suka-suka hati kau nak buat dosa belakang aku huh perempuan ?!! "
" nasib baik aku nak guna kau lagi kalau tak dah lama kau mampos sekarang ni "
kasar kepala aku ditolak sehingga terhantuk ke bucu meja di ruang ruang tamu. sakit dikepala sudah tak mampu aku ungkapkan . kenapa jadi macam ni ? aku tak buat apa-apa pun tapi kenapa jungkook sanggup dera aku sampai macam ni ?
" tak..s-saya tak lakukan apa-apa pun dengan dia .. Saya berani b-bersumpah encik hikk "
" eh kau tak payah nak bersumpah-sumpah lah dengan aku . dah sekarang aku nak tidur kat luar !! "
lengan aku mula dicapai jungkook. diheretnya aku sehingga ke pintu . sebaik sahaja pintu terkuak terus badan aku ditolaknya sehingga menyebabkan aku tersungkur mencium lantai .
" dah tahu isteri orang , lain kali tak payah nak menggatal dengan orang lain . dasar perempuan murahan "
BAMMM !!
kasar pintu ditutup .
air mata yang mengalir di pipi mula aku lap dengan perlahan-lahan . dengan sedaya upaya aku cuba untuk bangun dari tertiarap diatas lantai walaupun kaki aku mula berasa sakit
badan aku sandarkan ke pintu lalu kedua-dua kaki aku peluk erat ke dada .
dengan keadaan sejuk disebabkan hujan bakal turun tak lama lagi cukup membuatkan hati aku mula diselubungi perasaan sedih dan sakit .
dapat aku rasakan titisan darah jatuh keatas tangan aku . Perlahan aku menyentuh bibir .
pedih .
" kenapa ? kenapa jungkook ? besar sangat ka salah saya sampai awak sanggup sakiti saya sampai macam ni ? kenapa awak bencikan saya sampai macam ni ? "
soalan aku dibiarkan begitu saja tanpa sebarang jawapan . langit yang kelihatan gelap tanpa dihiasi satu bintang pun aku renung .
" walaupun saya tahu saya tak bersalah namun saya takkan pernah membenci awak .. awak suami saya.."
mulut aku cekup dengan telapak tangan . tak mampu untuk aku menahan tangisan lagi . bagaikan mahu sesak nafas aku dibuatnya sekarang . bahagian kepala yang mula berdenyut sakan aku sentuh .
" Aku harap ada seseorang yang hadir untuk tolong aku .."
hanya itu yang sempat aku ucapkan sebelum penglihatan aku terus menjadi gelap. segelap hidup aku sekarang.
———— ❃ ————
bunyi guruh yang berdentum-dentam membuatkan aku terjaga dari tidur yang cukup nyenyak. pantas aku mengerling kearah jam di telefon yang terletak dibawah bantal .
YOU ARE READING
lagenda suami kapista.
Fanfictiondia bukan teman lelaki , dia bukan suami , tetapi dia , tuan aku . namun, bukan selamanya . • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • copyright © 2019 dagurichim's story ⚠ MALAY VERSION ⚠️KAPISTA BERMAKSUD JAHAT