∆ × lapan × ∆

164 22 8
                                    

[ Jay Pov]

Setelah kejadian Syah merapu semalam, so mungkin korang semua dah tahu asal usul dan apa kitorang buat sebenarnya kan?

setakat ni rating game virtual boyfriend kami tak menurun lagi. 4.4 yehet

Beberapa hari lepas, Is sudah update aplikasi tersebut dengan menambahkan watak Hayqal.

Jadi, makin kecoh la pelajar sekolah Fountain Frite . Rata-rata sudah terpikat dengan Hayqal. Namun, diorang yang request ice boy kan. Dapat pula yang betul betul dingin, memang tak dilayan semua gadis gadis itu.

Telefon bimbit Vivo aku tiba tiba menyanyikan lagu "Sunrise" from Gfriend menandakan ada panggilan masuk.

Jangan ingat abe tak layan kpop!

Panggilan daripada Fahmi. Aku segera slide ke arah kiri, warna hijau.

"Jay! Lepak jom!"

Fahmi punya nombor, yang keluarnya suara Noah.

"Mana?"

"CatFee, ala macam biasalah cafe depan tuuuuu"

kini suara Ryan pula menyampuk. Sah, pasang speaker.

"eh, ni sekarang suruh aku telefon saja saja nak kasi habis kredit aku ke apa aku tak dapat bercakap dari tadi?"

Ha abe Fahmi dah bersuara pun. Kesian, telefon jadi mangsa. Itulah pakai iphone lagi.

"Ha, yela korang, kejap lagi aku sampai"

"Ha okay, eh tapi–"

Panggilan aku matikan, aku seera bersiap menuju ke "CatFee" , sebuah kafe yang bertemakan minimalis + kucing.

[CatFee]

Ting! Meow~

Loceng yang automatik berbunyi sebaik sahaja pintu kaca kafe dibuka oleh aku  beserta bunyi 'ngiauan' kucing.

"Hello selamat pagi cik, cik nak pesan apa?" soal cik cashier sebaik sahaja aku muncul di depan kaunter.

Aku pandang tag namanya,

Farrahin.

Aik, macam pernah dengar nama ni, nak kata nama biasa, tak juga.

Rasanya aku pernah jumpa dia ni dulu. Siapa eh?

Ah, lantakla.

"Cik?"

"Eh, ha. Kasi saya ice mocha satu"

Tangannya lincah menekan punat punat dia apa kejadah benda tu aku taktau, seperti seorang pro. Eh, dah kerja dia, memang lah dia tahu. Apelah kau ni. Lainlah kau, memang apa pun taktahu!

"Baik. Nama cik?"

"Kenapa? Nak mengorat ke?" aku mengangkat kening berkali kali.

Tidak dilupakan, senyuman nakal aku.

"Err.. Bukan cik, saya nak panggil nanti."

Muka Farrahin kelihatan tercengang dan... pelik?

"Oh ye ke , ha nama saya Jay"

Fish malu aku! Aish sjzjwjxkskxkwksksowoxkswkw.c.

"Okay, RM 6.50 . sila tunggu sebentar ye cik"

Setelah membayar, kaki aku dengan pantasnya memberi kerjasama dengan cepat cepat berlalu dari situ,mencari meja member aku.

Kepala aku terjenguk-jenguk mencari kelibat mereka.

Singlerity [OG]Where stories live. Discover now