∆ × sembilan × ∆

159 17 2
                                    

[Author Pov]

Sekolah kembali lagi, budak budak monday blues masing-masing tak mahu bangun.

Termasuklah Jay, Syah dan Hayqal.

Ape nak jadi lah tiga orang budak ni. Apa-apa pun, mereka tetap berjaya sampai ke sekolah tanpa terlewat.

"Weyh,  kau kenal ke salah seorang dari perempuan semalam tu?" Hayqal menyenggol bahu Fahmi yang duduk di sebelahnya di kelas 4 Gold itu.

"Perempuan mana pulak ni?" Fahmi masih menunduk, memandang ke arah buku latihan matematik tambahannya.

"Dekat CatFee semalam lah, Jay kata dia dengar kau dengan perempuan tu saling sebut nama sesama sendiri, macam terkejut. Siapa tu?"

Muka Fahmi berkerut-kerut cuba mengingati siapakah gerangan perempuan yang disebut sebut tu.

"Farrahin?"

satu nama terpacul keluar dari mulut Fahmi, berjaya membuatkan Hayqal tersenyum.

"Haaa siapa tuuuu awek kau eh? Ke ex?" Hayqal mengangkat kening berulang ulang kali, tanda mengejek.

"Ish, mana ada. Dia budak sekolah ni la. Dia form 5. Last year dia pernah gaduh dengan kitorang sebab Is reject kawan dia."

"Ohhh..." Hayqal mengangguk, tanda faham. Tetapi, dia masih merasakan bahawa Fahmi sedang menyembunyikan sesuatu.

"Dahtu, bukan patutnya Is yang terkejut? Kenapa kau pulak yang terkejut sangat?"

"Buat kerja Hayqal. " tegas suara Fahmi, tanda dia malas mahu melayan.

"Hishhh yelah yelahhhhhh"

×××

Kringggggg!!!

Loceng waktu rehat yang teramat membingitkan namun disukai ramai berbunyi nyaring tepat jam 10.30 a.m. masa rehat pelajar tingkatan 4, 5 dan 6.

"Pssstttt! Jay mana?" bisik Hayqal kepada Noah.

"Oh Jay dia tolong cikgu sekejap"

"Ouhhh.. Ha pasal semalam tu, kau tak rasa pelik ke?" Syah bersuara.

"Kenapa?"

"Aku ada terdengar Fahmi dengan Farrahin sebut nama masing-masing, lepastu nada suara terkejut dua dua."

"Kau pun dengar? Jay bagitahu aku semalam" balas Hayqal.

"Muka si Farrahin and the gang tu macam familiar lah. Tapi kawan dia tu rasanya tak selalu sangat, tapi tu ha Farahin tu, siapa eh?" Is menyatakan pendapatnya.

"Kan?"

Tiba-tiba Jay datang dan memeranjatkan mereka berenam.

"Ish kau ni! Terkejut aku" Noah mengurut-ngurut dadanya"

"Siapa dia, Fahmi?" kini keenam-enam pasang mata tertumpu ke arah Fahmi.

"Manalah aku tahu, ala yang last year gaduh dengan kita tu, sebab Is reject kawan dia."

"Ish tu aku tahulah, tapi macam ada something between you two. " Jay berkata selamba sambil tangannya tidak berhenti menyuap nasi ke mulut.

"Ishh mana ada. Ha tu diorang bertiga. Panjang umur..." Fahmi menunding ke tepi kafeteria, kelihatan mereka bertiga melangkah masuk.

"Form berapa diorang tu?" soal Hayqal.

"Tadi kan aku dah cakap, Form 5. Nyanyuk betullah kau ni"

"Ceh, pelupa! " Is menyumbat Mee Goreng panas yang berada dalam mangkuknya ke dalam mulut Hayqal.

"Woisjjxsk  panashabxisjwnlah!"

"Shuhhh tak baik makan sambil bercakap!"
Hayqal menjeling Is yang terkekek kekek mengetawakannya.

'Fuh, nasib diorang tak tanya dah. Kalau diorang tahu, mampus aku' bisik hati Fahmi sambil matanya menjeling tepat ke arah Farrahin.

Dalam masa yang sama, Farrahin memandang Fahmi dengan mata yang dijegilkan.

"Tch"

"Asal Fahmi?"

"Takde pape."

×××

[Farrahin Pov]

Aku menjegilkan mata ke arah Fahmi yang sedang menjeling aku dari bahagian sana.

Dasar junior tak hormat senior. Ceh.

Tapi tulah... Kalau ikutkan, pangkat dia lagi tinggi dari aku.

Dan kalaulah Mama tahu aku gaduh dengan dia tu, ish habis aku.

Kenapalah kitorang satu sekolah?!

Aku mendengus perlahan.

"Rahin? Kenapa?" Soal Qai.

"..."

"Rahin"

"...."

"Farrahin!"

"Ha ye saya?!" dek terkejut dengan terjahan Diha, aku terjerit dan terbangun dari kerusi.

Dan itu menjadikan satu kafeteria...

Memandang tepat ke arah aku. Dan selama beberapa saat kafeteria sunyi.

"Pfttttt"

"HAHAHHAHAHAHHAHAHAHA"

beberapa saat disambung dengan gelak tawa seisi kafeteria, yang dimulakan oleh 'pftt' si Fahmi.

Siap kau!!

Singlerity [OG]Where stories live. Discover now