Sahabat

11 0 0
                                    

Sahabat,
Mengapa kini
Setelah sekian lama
Semua ini baru terjadi

Tiada kata-kata malah ungkapan
Tiada lagi lirik-lirik
Malahan huluran yang ikhlas
Apakah ini penghujungnya?

Tipu jikalau tidak
Aku diam dan pegun
Kerana aku tidak mahu
Hubungan ini
Dikalahkan dan dimusnah
Hanya dengan kata-kata.

Kita tidak layak
Menjadikan kisah kita sebegini
Bukannya sebentar mahupun sekejap
Tetapi bertahun lamanya
Mengapa perlu sebegini?

Aku sekalipun tidak menyangka
apatah menyesal
Kerana yakin itu ada
Ada ditangan mu
Sehinggalah aku sendiri
Datang dan pergi tanpa kembali

Sebegitu aku letakkan semua
Inikah yang aku layak
Dalam sebuah persahabatan
Adakah ini sia-sia?

Hati ini masih lagi
Berat yang teramat
Bagaimana harus lalui
Setiap kepalsuan
Diantara kita semua

Ketika itu
Adakah benar semuanya?
Apakah berlakon saja?
Sampai bila lagi
Pernipuan ini
Samada lupa
Layakkah?
Aku menerima peristiwa ini?

Keberatan yang terasa
Akukah yang tahu?
Adilkah semua ini?

Mengalah...
Perlukah ungapan untuknya?
Aku bertahan sehingga kini
Tolehlah sahabat..

Cukuplah hanya sekali
Adalah syukur pabila lebih
Tolehlah aku tanda syukur
Hargailah sahabatmu
Sekali sahaja...

SahabatWhere stories live. Discover now