Part 2

14 3 2
                                    

"Mana duit aku? "

"Ma... Maaf. Duit sa... Saya hilang. "

"Hilang? " Nura tersenyum sinis. Matanya tidak lepas-lepas merenung tajam mangsa bulinya itu. 

"Kau ingat aku percaya?! Kau fikir aku ni bodoh ke?!! " Bentak Nura. Mangsanya itu semakin ketakutan. Menggigil satu badan mendengar jerkahan Nura.

"T... Tt... Tak... "

"Belasah saja dia Nura! Biar padan dengan muka dia! " Irna, rakan 'sebuli' Nura langsung tidak menunjukkan rasa serba salah, malahan dia menggalakkan rakannya itu membuli orang!

Huh, dasar pembuli!

Nura tidak menunggu lama. Dia terus mencekik kolar baju mangsanya itu. "Ni balasan kau sebab anggap aku bodoh. " 

Paaaang! Satu tamparan hinggap di pipi mangsanya itu.

"Ini pula, balasan sebab kau tak bayar duit aku. "

Nura menolak mangsanya itu ke belakang dengan kasar.

"Dan ini, sebab kejahatan kau tinggi. "

Duuushhh! Disepaknya pula perut mangsanya itu. Mangsanya itu terduduk menahan kesakitan. Perutnya di tekan.

"Syaitan. "

Nura dan rakan-rakannya pergi meninggalkan mangsa itu. 

"Tunggulah, Nura. Tak lama lagi, kau akan dapat balasan setimpal daripada aku! Kau... Kau akan tahu siapa syaitan yang sebenar! "

Gadis itu menjerit melepaskan amarah. Dalam hatinya, dia tidak henti menyumpah seranah Nura.



"Semuanya RM 30 ya, cik. Saya jual. "

"Saya beli. Terima kasih. " Selepas membuat pembayaran, Nisa terus menuju ke arah keretanya lalu memasukkan barang-barang yang telah dibelinya tadi ke dalam bonet kereta. Dia mengerling jam tangannya. Secara drastik, dia menepuk dahinya.

"Allah! Dah pukul 3.30! Sekolah Nura tamat pada pukul 2 kan? Ya Allah... Macam mana boleh lupa ni? Hissshhh... Ni tentu sebab terlalu leka shopping! Nisa... Nisa. " Sempat  dia mengomel sendirian. Selepas menghidupkan kereta Lamborgini miliknya, dia terus memecut menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kota. Dah lambat sangat ni!



Setibanya Nisa di SMK Tengku Kota, dia berasa hairan melihat ketiadaan Nura di gazebo tempat biasa adiknya itu menunggunya. "Ehh? Bukan sekolah dah tamat ke? Mana pula perginya budak bertuah ni? "

Setelah hampir setengah jam menunggu, Nisa tidak betah lagi menunggu. Risau pula. "Di mana si Nura ni? " Dia terus mematikan kereta dan pergi mencari adik perempuannya itu.

Hampir satu sekolah di carinya. Namun, bayang Nura masih belum kelihatan. Kerisauannya semakin bertambah. "Ya Allah, mana Nura ni? Janganlah ada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya. "

Nisa hampir berputus asa. "Okey, cuba check di rooftop pula! Kalau tak ada.... Na'uzubillah... "

Satu persatu anak tangga dinaikinya dengan laju. Harapnya, Nura adalah di atas sana.

Apabila Nisa sampai di rooftop sekolah itu, alangkah terkejutnya dia melihat Nura sedang menjerkah beberapa orang gadis yang menggigil ketakutan sambil mengetuk sebatang penyapu di atas lantai. Ada di antara gadis-gadis ketakutan itu yang menangis dan berpelukan.

"Korang ni setanlah! Setan macam korang ni tak patut wujud depan aku! Pergi matilahhh!!!!!! "

Nisa sempat beristighfar dan mengucap panjang melihat adiknya berkelakuan seperti itu. Entah apalah yang telah merasuk Nura, sampai sanggup memanggil orang lain syaitan!

Sebagai seorang kakak, Nisa berjalan ke arah Nura dengan rasa marah yang teramat. Namun, dia cuba untuk menyembunyikan rasa marahnya itu.

"Nura Aisyah binti Alfi Idzham. "

Nura berpaling. Siapa yang berani memanggil nama panjangnya sebegitu?

Dia terkejut.

"Kau siapa, hah? Berani panggil nama Nura macam tu. " Fara, juga rakan sebuli Nura memandang jijik seorang gadis tinggi lampai dan bertudung labuh di hadapannya. Padanya, gadis bertudung labuh semuanya berlagak alim dan skema.

Nisa beristighfar lagi. "Nura, ikut kakak balik sekarang. "

"Kakak? " Kesemua rakan sebuli Nura terkejut. Sejak bila bosnya ini ada kakak?

Nura menjeling sekilas rakan-rakannya sebelum pergi. Kemudian dia menjeling kakaknya.

Tak guna.

Now I Can See...Where stories live. Discover now