Sejak mendengar 'ceramah percuma' daripada Ustazah Fatima dan kakaknya, Nura sedikit gementar untuk meneruskan kegiatan bulinya lagi. Setiap hari, setiap masa, dia dapat melihat pelbagai jenis sisi gelap orang ramai.
"Nura, mari sarapan. Nasi goreng dah semakin sejuk ni."
Nura perlahan-lahan keluar daripada biliknya. Yalah. Sejak dia memperoleh mata 'istimewa' ini, dia berasa lebih selamat kekal di dalam bilik tidurnya. Tiada sesiapa di dalam biliknya kecuali dia.
"Kakak masak nasi goreng?"
Nisa mengangguk. "Kan semalam kamu tak makan apa-apa? Kakak risau kalau-kalau kamu gastrik nanti."
Nura mengambil tempat di sebelah kerusi kakaknya. Dia mencedok nasi goreng itu ke dalam bekasnya.
"Eh, tak apa Nura! Biar kakak buat." Dengan pantas, Nisa mengambil pencedok itu daripada tangan Nura, lalu terus mencedok nasi itu ke dalam pinggan adiknya.
Air mata Nura mengalir, perlahan. Terkejut Nisa dibuatnya. "Nura, kenapa ni?"
Nura tertunduk. "Kalaulah Nura ikut jejak langkah kakak, tentu mata Nura tak akan jadi macam ni. Kenapalah kakak ni baik sangat? Nura dah banyak buat salah pada kakak, tapi kakak masih sabar dan layan Nura dengan baik. Nura dah buat macam-macam pada kakak, sampai panggil kakak dajjal. Kenapa kakak tak benci je Nura? Kenapa kakak masih sayangkan Nura? Kenapa kakak masih bantu Nura? Kenapa kakak, kenapa?" Air mata Nura tidak henti-henti mengeluarkan manik-manik kaca yang dipenuhi seribu penyesalan. Padanya, dialah orang yang paling berdosa diatas dunia ini.
Nisa tersenyum, sebelum memeluk Nura dengan erat. "Kamu tahu tak? Sekarang ni kakak cuma ada kamu. Ibu dan ayah tinggalkan kamu sebagai wasiat terakhir sebelum mereka tinggalakan kakak. Satu-satunya wasiat yang paling berharga pada kakak. Kakak tak boleh benci kamu, tak kiralah macam manapun kamu buat. Payah kakak nak benci kamu, sebab kamu ni adik kakak. Kamu hinalah kakak macam mana sekalipun, kakak tak akan benci kamu."
"Tentang mata kamu itu pula, baiklah kalau kamu jangan salahkan diri kamu sekarang. Perkara dah lepas, dan kita tak boleh putar balik masa. Sepatutnya, kamu jagalah masa kini. Ubahlah diri kamu, Nura. Kakak tahu berhijrah itu bukanlah suatu perkara yang mudah, tapi kakak yakin kamu boleh buat. Ubahlah sikap kamu dan layanan kamu terhadap orang lain. Allah itu Maha Pemaaf lagi Maha Penyayang. Allah suka kalau kamu nak berhijrah, insyaallah."
Nura membalas pelukan kakaknya sambil menangis.
Dalam hatinya, dia begitu bersyukur di kurniakan kakak yang baik seperti ini.
"Hei, Nura!"
Nura berpaling. Ahh... Irna rupanya. "Apa kau nak?"
Irna merenung Nura, sedikit tajam. "Semalam habis kredit aku nak telefon kau seorang! Kau buat apa, sampai tak jawab langsung panggilan aku?"
Melihatkan reaksi Nura yang seperti tiada respon, Irna menyambung lagi.
"Salah seorang budak yang kita buli kelmarin nak lapor pada cikgu hari ni. Kau tak risau ke? Cikgu disiplin pula! Kau nak aku cari budak tu dulu ke sebelum dia lapor pada cikgu hari ni?"
Nura terdiam. Dia terfikir untuk berubah hari ini, tapi Irna...
"Tak perlulah. Kita pun dah lama sangat membuli orang. Dah tiba masanya untuk kita berubah dan menerima balasan yang setimpal diatas perbuatan kita selama ni."
Dahi Irna berkerut seribu. Dia menyentuh dahi Nura. "Kau ni dah kenapa? Demam ke?" Yalah, selama ni Nura memang pantang mendengar perkataan 'lapor', tiba-tiba sahaja nak insaf? Macam pelik je.
Nura menepis tangan Irna, lembut. "Tak adalah. Aku cuma nak kurangkan kau punya..." Nura terhenti.
"Aku punya...?"
Nura meneguk air liurnya. "Tak ada apalah. Kalau aku cakap pun bukannya kau faham."
"Tapi..."
"Dah lah tu. Aku nak tidur. Cikgu datang nanti kejutkan aku tau." Nura menyembamkan kepalanya diatas meja.
Irna memandangnya pelik. Biasanya, Nura tak pernah peduli sama ada cikgu masuk atau tidak. Dia hilang mood ke?
YOU ARE READING
Now I Can See...
HorrorBiasanya kita dengar kisah mengenai orang yang boleh melihat masa depan, masa lampau atau membaca orang. Tapi, kisah gadis ini berbeza dengan kisah yang lain. Nura Aisyah. Matanya pada asalnya hanyalah mata biasa yang hijabnya tertutup. Dia hanya ma...