Part 5

6 3 0
                                    

Sepanjang hari itu, Nura kerap melihat benda sama yang berlaku sekiranya dia fokus terhadap manusia. Dia sendiri tidak memahami maksud di sebalik semua ini. 

"Nura! Ada 10 orang lagi budak kita tak beri duit mereka kepada kita. Kau nak kutip ke tak?"

Nura berpaling. Dia merenung Irna dan Fara yang sedang memeluk tubuh mereka.

Saaaa...

Bayang hitam itu menutupi sebahagian badan mereka. Namun kali ini, bayang kedua-dua orang sahabatnya itu juga mempunyai kulat dan cacing yang hanya Tuhan dan Nura yang tahu betapa menjijikkan bayang hitam itu.

"KORANG JANGAN DEKAT DENGAN AKU!"

Niat Irna dan Fara untuk mendekati Nura terhenti apabila mendengar jerkahan daripada bosnya itu. "Hei, kau dah kenapa? Kau okey tak? Kau demam?" Irna mendekatkan tangan kanannya kepada dahi Nura untuk memeriksa tahap kesihatan Nura.

Nura semakin jijik. Tangan kanan Irna itu bagaikan melecur teruk akibat terbakar. Ulat-ulat tidak berhenti merayap pada tangan sahabatnya itu.

"AKU CAKAP JANGAN DEKAT!" Nura menjauhi tangan Irna. Kalau boleh, dia mahu menepis tangan sahabatnya itu. Namun, melihat sahaja tangan Irna pun membuatkan dia terasa loya!

"Nura, kau tak sihat ke? Kalau kau tak sihat, beritahu kami. Manalah tahu, kami boleh bantu." Tanya Fara yang bersikap lebih prihatin. Namun keprihatinannya itu langsung tidak memberi kesan kepada Nura. 

"Korang tak faham ke? Pergi dari sini! Tolong tinggalkan aku bersendirian!" Halau Nura. Dia dah tak sanggup melihat bayang itu lagi.

Irna dan Fara berpandangan. Nampaknya mereka tidak mempunyai pilihan lain. Kalau tidak, teruk mereka dikerjakan nanti.

Selepas ditinggalkan sahabat-sahabatnya, Nura menepuk-nepuk mukanya.

"Apa yang tak kena dengan aku?!!!"





Nisa menjeling sekilas adiknya yang sedang bermasam muka. Adiknya masih merajuk lagikah?

"Nura, pasal semalam tu... Kakak nak minta maaf. Kakak tak sepatutnya malukan kamu depan kawan-kawan kamu. Cuma, kakak nak kamu... "

"Nura minta maaf kak. "

"Hah?" Nisa terkejut. Ini kali pertama dia mendengar permohonan maaf dari Nura. Kenapa tiba-tiba...?

"Nura tahu Nura salah semalam. Nura minta maaf. " Air mata Nura jatuh. Mungkin... Inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan matanya yang asal. Walaupun terpaksa jatuhkan egonya.

"Maaf kakak cakap macam ni. Tapi, kenapa kamu tiba-tiba minta maaf? Bukankah kamu tak suka merendahkan ego kamu?" Nisa sedar, ayatnya itu sedikit pedas dan mengguris hati bagi orang yang baru ingin berubah. Namun, dia juga ingin tahu punca perubahan emosi adiknya itu.

Air mata Nura semakin laju mengalir. Dia perlu meluahkan 'kelebihannya' ini kepada seseorang. Tanpa membuang masa, dia terus menceritakan apa yang berlaku bermula daripada mimpi peliknya sehinggalah ke kejadian-kejadian pelik yang berlaku pada hari ini.

Selepas mendengar luahan Nura, Nisa beristighfar panjang. "Sabarlah, dik. Ini semua dugaan dari Tuhan."

"Tapi kenapa Nura dapat mata sebegini? Apa puncanya? Sebelum ni, mata Nura normal sahaja. Semua yang Nura nampak orang lain pun boleh nampak. Apa sebenarnya bayang hitam tu?"

Nisa memaut bahu adiknya itu. "Okey, relaks Nura. Mari kita siasat semuanya dari mula. Pertama sekali, cuba kamu tengok kakak. Kamu nampak bayang hitam tu?"

Nura merenung ke arah kakaknya. "Nampak, tapi sikit sangat. Dari hujung lengan kakak sehinggalah ke tengah dada kakak. Dan kakaklah yang paling sikit Nura nampak setakat ni. "

"Ada tak kulat dan cacing yang kamu cakap tu?"

Nura merenung lagi ke arah kakaknya. "Tak ada. Cuma bayang hitam sahaja."

Nisa mengangguk. "Kakak rasa, kakak tahu apa sebenarnya bayang hitam tu. Tapi, ini hanyalah tekaan kakak. "

Nisa memakai jaket dan tudungnya. 

"Kakak nak pergi mana?"

"Bersiap cepat. Kakak ada seorang kawan yang boleh bantu kita. "







"Betul jangkaan awak, Nisa."

Nisa terkejut. "Maksud awak... "

Ustazah Fatima mengangguk. "Adik awak dapat melihat tahap kegelapan seseorang itu kalau dia fokus. Inilah ganjaran yang Tuhan kurniakan kepada adik awak."

Nura menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Maksud ustazah? "

Ustazah Fatima tersenyum kecil. Biasalah kalau Nura tidak memahaminya. "Maksudnya, kamu boleh nampak sisi jahat orang lain. Kamu tak tahu berapa banyak dosa yang mereka lakukan, tapi kamu dapat nampak sama ada orang itu lebih ke arah kejahatan atau sebaliknya. "

Nura masih kurang jelas. "Kiranya, bayang hitam yang saya nampak tu mewakili tahap kejahilan seseorang itu? Macam mata yang terbuka hijabnya? "

Nisa mengeluh kecil. 'Bukan macam tu. '

"Lebih kurang macam tulah. " Ustazah Fatima memandang Nisa sambil tersenyum kecil,

"Tapi kenapa Tuhan anugerahkan saya mata ni? Saya tak pernah minta mata unik sebegini."

Ustazah Fatima memegang tangan kanan Nura. "Kamu pernah sakitkan hati sesiapa?"

Nura mengimbas memorinya. "Rasanya, mungkin saya pernah... Sedikit." Masih menjaga egonya. Itulah Nura.

"Kamu rasa ada tak orang yang berdendam dengan kamu?"

'Ramai sangat.' Bisik hati Nura. Namun jawapannya di luar... "Tentulah tak ramai."

Ustazah Fatima tersenyum kecil. Dia juga punya kelebihan yang dipinjamkan oleh Tuhannya, iaitu kelebihan untuk membaca orang. Jadi dia dapat mengesan penipuan Nura.

"Nura, dengar sini." Ustazah Fatima memegang kedua-dua tangan Nura. "Ustazah tak kisah kalau kamu tak mahu beritahu cerita betul pun. Apa yang ustazah nak adalah, kamu minta maaflah kepada kawan kamu tu. Bertaubatlah dan mohonlah hidayah Allah. Ustazah rasa, ini semua berpunca daripada dendam kawan kamu tu. Mungkin dia hantar sihir gelap kepada kamu?"

Dalam hati, Nura menyumpah seranah semua orang yang pernah dibulinya. Berani korang hantar sihir pada aku?!

"Berubahlah Nura. Kakak pun rasa macam tu. Mata kamu ni mungkin satu ujian daripada Yang Maha Esa."

Ustazah Fatima mengangguk. "Betul tu Nisa. Setiap ujian daripada-Nya pasti ada hikmah disebalik itu."

Nura berkira-kira. Betul juga. Selama ni dia dengan selamba membuli rakan sekelasnya dengan kejam tanpa memikirkan perasaan mereka. Sudah berapa lama dia tinggal solat? Sudah berapa lama dia tidak sujud kepada-Nya?

Mungkin, inilah hikmah Tuhan mengujinya dengan mata ini. Untuk berubah ke arah yang lebih baik.

"Insyaallah ustazah, kakak. Terima kasih berikan saya nasihat."

Now I Can See...Where stories live. Discover now