Q & A : (4)

697 103 10
                                    

Hi. Saya berharap sesi Q & A kali ini membantu anda serba sedikit.

-----

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(A):

Hi!

Perkembangan cerita yang teratur mesti mengikut aturan plot yang saya dah cadangkan dalam bab-bab sebelum ini.

Prolog (Jika perlu), permulaan,  pertengahan, klimaks, peleraian dan penamat serta epilog(Jika perlu) dalam penyusunan jalan cerita.

-

Nak kembangkan idea tanpa mengubah jalan cerita (?)

1) Campak plot twist

2) Wujudkan konflik

-

Tips ringkas (Happy ending)

-Watak-watak utama bahagia (klise tetapi babak penamat yang penting)

-Pertemuan kembali dua insan yang saling berpisah.

- Sebelum sesuatu kegembiraan/kebahagiaan itu muncul, selitkan penderitaan atau pengorbanan yang dihadapi oleh watak.

Tips ringkas ( Sad Ending)

-Salah satu watak dimatikan/dilenyapkan.

-Bukan berakhir dengan kegembiraan. (Perpisahan semestinya).

-Biarkan watak bergelut dengan satu konflik mengejut yang akhirnya membawa kepada kebinasaan diri sendiri. Jadi, ianya akan mengheret watak tersebut masuk ke dalam penamat yang menyedihkan dan tragis.

---

(A) :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


(A) :

Wa'salam, Ochi.

Scene yang hidup tak akan lengkap tanpa penghuraian secara terperinci terhadap watak yang menjadi fokus jalan cerita.

Sewaktu watak menuturkan dialog, gambarkan perwatakan (sifat watak)  melalui gerak-geri tubuh dan emosi yang bermain di hati watak.

Contoh:

Kalau dia (watak) sedang marah,

Gambarkan keadaan riak mukanya (mungkin tegang, keruh dll), pergerakan tubuh badannya, kelantangan nada suara ketika dialog dilontarkan (sama ada dia menjerkah, herdik dalam nada jeritan kuat, berbisik, separuh berbisik), dan suasana keadaan sekeliling yang menjadi punca kemarahan watak.

---

(A):

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


(A):

Hi adik!

Iya, akak setuju dengan pendapat adik. Sebenarnya cara penulisan di atas cukup mudah untuk dipraktiskan jika kita tahu kaedah sesuai.

Pemerian hal sekeliling (in details) secara terperinci seperti yang sering saya tegaskan.

Guna aje ayat mudah untuk beri bayangan jelas kepada pembaca. Huraian ringkas seperti contoh (di atas) bukan sekadar mencipta imaginasi dalam minda pembaca. Malah, pembaca dapat turut serta merasai mesej yang ingin disampaikan penulis.

---

Kita berjumpa lagi dalam sesi Q & A yang akan sayang. Terima kasih kerana sudi melibatkan diri dalam sesi perkongsian pendapat ini.

Tips Penulisan Q & A Edisi 2 Where stories live. Discover now