BAB 24

13.5K 345 28
                                    

Kedengaran alarm berbunyi. Tiara terjaga daripada tidurnya. Dia cuba bergerak tetapi payah. Barulah dia sedar, tubuhnya sedang dihimpit oleh tubuh sasa Harris. Dia mendengus geram. Teringat kembali kejadian malam tadi, selepas saja Harris memberitahu bahawa dirinya adalah riana terus lelaki itu merebahkan tubuhnya. Tidak sempat tiara ingin menanyakan semula Harris sudah lena. Perlahan-lahan, dia menolak tubuh itu. Namun tidak berjaya.

'ishhh berat betulah dia ni....!!!!'

Dengan penuh rasa geram dihati, tiara menyiku perut Harris. Terjerit Harris kesakitan.

"awww!!!''. Jerit Harris. Hilang terus mimpi indahnya. Berkerut dahinya menahan pedih di perut.

"apasal kau siku aku?" tanya Harris selamba sambil menarik tangan tiara

"sebab awak tu PERVERT." marah tiara lalu menarik kembali tangannya.

Tersentak Harris melihat tiara menghempas pintu biliknya. Dia tersenyum selepas kejadian semalam. Walaupun tiada apa-apa yang terjadi,  dia tetap puas.

"gebu juga dia punya barang." Harris ketawa kuat. Dia teringat sesuatu.

Dia bersama tiara semalaman. Tiara mencumbuinya, tiara memanggil namanya. Haihhh!!!!. Tiara...tiara kau buat aku angau...!!!!. Eh? Tiara ke riana?.. Arggg lantak la..janji orang yang sama. Setiap cumbuan yang diberi, semuanya dibalas tiara tanpa dipinta. Wanita itu seolah-olah memberi respons positif dengan setiap perlakuannya. Harris kembali tersenyum lebar.

Selesai bersarapan. Harris memandang ke arah tiara yang sedang menyuap haikal. Dia tersenyum. Macam pasangan yang dah kahwin dan mempunyai anak pula...hehehe.

"ehem, lepas habis makan nanti siap." arah Harris.

"kita nak pergi mana?" soal tiara.

"jalan-jalan. Lagipun aku dah janji dengan haikal nak bawa dia pergi Disneyland Paris."

Ouh patutlah haikal excited sangat....

Tiba-tiba tiara teringatkan sesuatu.

"awak..."

"hmm..."

"saya nak tanya ni.."

"tanya apa? Tentang kau? Riana?. Nantilah aku ceritakan, tak elok depan haikal kita cerita pasal tu."

Ishh dia ni sabar la aku tak habis tanya lagi..

"bukan pasal tu la....saya cuma nak tanya mana fone saya?...kalau pasal tu....saya tunggu awak je.."

"ouhh...kau nak buat apa dengan fone kau?"

Ehh² dia tanya pula nak buat apa...tu fone aku suka hati aku la!!!. Jerit tiara dalam hati.

"saya nak call Maya...mesti dia tengah risaukan saya...."

Harris menggaru keningnya.

"erkk fone kau dah rosak."

"what?!!!. Macam mana boleh rosak?"

"hari tu, budak-budak aku terjatuhkan fone kau. Sorrylah." sebenarnya iPhone milik tiara terletak elok sahaja di dalam laci tu. Tetapi di sebabkan ada satu unknown number ni asyik mengganggu dan pernah sekali Harris menjawab, si pemanggil tu memanggil 'sayang'. Harris apa lagi beranglah lalu menutup panggilan itu. Apa yang Harris tahu nombor itu adalah nombor Malaysia. Dia harus mencari pemilik nombor itu.

"it's okay, tapi nombor maya saya tak ingat."

"tu kau jangan risau, mayakan girlfriend si Mikhail. Jadi aku minta dekat mamat tu je. Kalau pasal fone kau tu, aku akan gantikan"

TIARAWhere stories live. Discover now