BAB 29

12.6K 394 72
                                    

Tiara meluru ke biliknya. Badannya dihempas kasar. Raungan sayu mula kedengaran. Tiara menangis semahunya. Hatinya sakit.

Padan muka kau Tiara.. Mudah sangat percaya orang. Sekarang kau dah tahu kebenarannya bahawa harris tak cintakan kau. Apa tindakan kau sekarang? . Harris masih simpan kau sebab haikal je.. Aku yakin, lepas je harris bertunang dengan perempuan tu, muka kau pun dia tak pandang. Kau tu bukannya ada apa-apa pun!. Hati tiara mengejek.

Tiara menekup kedua-dua belah telinganya.

Sekarang tiara tahu kenapa harris tidak bercerita pasal kehidupannya bersama lelaki itu dahulu...semua ini hanyalah tipu belaka. Dia bukan riana!!. Entah-entah riana itu tidak wujud pun.Harris hanya mereka cerita kepadanya.

"arggggghhhh!!!! "

Tiara menjerit lantang. Kedua-dua belah tangan masih melekap kemas di kedua-dua belah telinga. Esakannya masih berlagu.

Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Kata-kata wanita tadi mula terngiang-ngiang dalam mindanya. Tiara bangun lalu menuju ke bilik persalinan yang menempatkan pakaiannya.Dirinya sudah memasang nekad. Dia akan pergi. Pergi dari kehidupan harris. Pemergian yang tidak akan kembali lagi.

Tiara menekan sesuatu di iphone miliknya. Kain baju miliknya diambil kemudian dimasukkan ke dalam bagasi. Selesai berkemas, dia menuju ke bilik haikal. Kelihatan anaknya sedang nyenyak dibuai mimpi.

Maafkan ibu sayang...

Tanpa sedar, air mata mengalir turun.

Tiara masuk ke dalam perut kereta mewah milik harris lalu menghidupkan enjin. Kereta mewah itu berlalu pergi.

***

Harris mendengus geram. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi tiara namun yang menjawab hanyalah peti suara. Telefon rumah, pula diangkat oleh pembantu rumahnya dan mereka memberitahu tiara belum pulang sedangkan hari sudah petang.

Pintu biliknya diketuk.

"come in..." sahut harris.

"tuan? "

Harris memandang gelangan yang memanggilnya.

"kenapa ye..tuan panggil saya ke mari?" soal hazim.

"aku nak tanya kau, tiara ada bagitahu kau tak dia nak ke mana? Aku call dia dari tadi, satu pun tak angkat."

"maaf tuan, cik tiara tiada pula bagitahu saya yang dia nak keluar. Last saya jumpa cik tiara pun waktu hantar haikal pulang."

Harris mendengus perlahan lalu bangun dari kerusi.

Tiba-tiba iphone miliknya berdering menandakan panggilan masuk.

"hello?"

"Tu es occupé?" (tuan, sibuk?)

"no, why? " jawab harris bersahaja.

"i have a bad news for you. Very-very bad. "

"say, it."

"miss tiara..Il est parti de chez lui.." beritahunya dengan nada takut.

"WHAT!!? " jerit harris.

"tell me you're joking?" tiada balasan.

"FUCK!" Harris menutup panggilan. Lalu dia berlari menuju ke pintu.

Hazim yang berada disitu terkejut melihat tuannya memaki hamun si pemanggil.

"tuan nak kemana?" suara hazim mematikan langkah Harris.

" aku nak balik. Aku nak kau tolong aku cari tiara."

TIARAWhere stories live. Discover now