RUN! BTS! RUN!

101 2 0
                                    

" Geokjeonghaji ma love, i modeun geon uyeoni aninikka

Urin wanjeon dalla baby, unmyeongeul chajanaen durinikka...DNA!"

Bukan main lagi seronok kepala terangguk-angguk mengikut rentak lagu DNA nyanyian Bangtan Boys, kumpulan KPOP bertaraf antarabangsa. Siapa yang tidak kenal Bangtan Boys atau lebih senang dipanggil BTS? Kumpulan dari Korea Selatan yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia bermula tahun 2016 menerusi lagu Blood, Sweat and Tears. Walaupun sudah bertapak dalam industri muzik sejak 2013, namun nama BTS hanya mula meniti di bibir-bibir peminat global setelah kejayaan meraih Anugerah Top Social Artist di Billboard Music Awards, salah satu acara penghargaan muzik paling berprestij di Amerika Syarikat menewaskan nama-nama besar seperti Justin Bieber, Selena Gomez dan Shawn Mendes selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2017 dan 2018 telah membuktikan betapa pengaruh BTS begitu besar sekali di bumi Hollywood itu. Kini, ke mana sahaja BTS pergi, mereka akan sentiasa diiringi teriakan dan jeritan para peminat yang digelar ARMY.

Namun turut mengiringi populariti mereka, ada harga yang perlu dibayar. Kehilangan ruang peribadi merupakan perkara biasa buat mana-mana bintang KPOP yang mencetuskan fenomena. Kehadiran peminat fanatik yang terlampau taksub, sentiasa mambuatkan hidup bintang-bintang KPOP ini dibelenggu ketakutan. BTS juga tidak terkecuali....

방탄 소년들

Sweden, July 2016
"Semua barang sudah dibawa? Tiada yang tertinggal?" Pengarah program rancangan realiti TV BTS: Bon Voyage atau kerap dipanggil PD-nim memastikan semua ahli BTS tidak tertinggal barangan berharga sebelum mereka bergerak ke lokasi penggambaran berikutnya.

"Saya tiada masalah. Semua cukup!" Jin mengangkat ibu jari memberikan isyarat bahawa semuanya dalam keadaan baik.

"Barang-barang saya ada di dalam beg Jimin-hyung." V hanya tersenyum sambil tangan menepuk-nepuk bahu Jimin. Mereka berdua berbalas senyuman.

"Saya juga sama. Rasanya kita sudah boleh bergerak ke lokasi seterusnya." Namjoon selaku ketua kumpulan sudah menyandang beg galas dan bersedia meneruskan penggambaran. Baru sahaja mereka hendak bergerak, tiba-tiba kedengaran suara J-Hope memanggil- manggil seseorang.

"Tunggu sekejap! Yoongi hyung! Di manakah Yoongi hyung?" Semua mata kini memandang ke arah Yoongi yang sedang khayal mendengar muzik menggunakan headphone.

"Saya ada di sini. Ada apa?" Yoongi atau lebih mesra dikenali sebagai Suga hanya terkebil-kebil apabila menyedari semua mata memandang ke arahnya.

"Hyung, iPad ada ataupun tidak? Sudah bawa bersama?" J-Hope atau nama sebenarnya, Jung Hoseok bertanyakan keberadaan gajet elektronik tersebut.

"iPad? Ada di dalam beg saya. Mengapa?" Wajah Suga begitu yakin dan selamba menjawab pertanyaan Hoseok.

"Yakin? Pasti? Tidak tertinggal lagi?" Namjoon bertanya kali kedua. Sebelum ini, Suga pernah tertinggal iPad beberapa kali. Cuai betul!

"Pasti! Saya sendiri masukkan ke dalam beg... eh? Sekejap... di mana iPad saya?" wajah Suga tiba-tiba berubah. Dia pantas menggeledah segenap sisi dan ruang beg galas berjenama PUMA miliknya itu. Dua tiga kali dia membuka dan menutup setiap zip yang ada.

"Janganlah menggelabah. Carilah betul-betul. Jangan-jangan tertinggal lagi?" Jin yang sejak tadi menjadi pemerhati mula menghampiri. Turut membantu mencari iPad yang tiba-tiba hilang secara misteri.

"Tadi ada di dalam beg saya! PD-nim! Biar saya periksa beg awak juga. Jangan-jangan awak yang sembunyikan ya?" Suga segera berlari mendapatkan beg milik pengarah program dan mula menggeledah isinya.

BAHAYA! Fanatik KPOPWhere stories live. Discover now