I WILL FOLLOW YOU, OPPA!

36 0 0
                                    

Apakah perasaan anda apabila pulang, rumah yang bersepah tiba-tiba menjadi kemas. Semua barang tersusun rapi dan pinggan mangkuk yang terkumpul di sinki juga siap dicuci. Seronok? Senangnya hidup? Fikir kembali. Anda tinggal seorang diri. Siapakah yang melakulan semua itu? Itulah yang menjadi persoalan penuh misteri.

Kejadian penginapan bintang KPOP yang diceroboh bukanlah perkara baru di Korea Selatan. Menjadi bintang KPOP yang terlihat sempurna pada pandangan mata, membuatkan para peminat ingin tahu bagaimanakah para bintang KPOP ini menjalani kehidupan sehari-harian. Perasaan ingin menjalin hubungan lebih erat dan rapat berbanding peminat lain juga menjadi salah satu punca berleluasanya tindakan melampau ini.

Beberapa kes penginapan bintang KPOP diceroboh peminat pernah dilaporkan di Korea Selatan. Kumpulan KPOP popular seperti EXO juga tidak ketinggalan dijadikan sasaran. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan EXO? Kumpulan yang asalnya dianggotai 12 orang ahli ini (kini tinggal 9 ahli) telah mencetuskan fenomena seawal hari pertama debut sebagai bintang KPOP. Mereka juga boleh dikatakan sebagai trendsetter dan pelopor kepada tercetusnya gelombang ke-3 'KPOP Wave' di seluruh dunia.

Ahli-ahli yang terdiri daripada gabungan negara Korea dan China membuatkan pengaruh peminat mereka meliputi separuh daripada penduduk dalam peta dunia. Ke mana sahaja mereka pergi... pastu tidak akan pernah terlepas daripada perhatian para peminat, paparazzi dan wartawan. Kewujudan peminat-peminat yang obses juga tidak terkira bilangannya. Siri pencerobohan kediaman dan penginapan EXO bukan sahaja berlaku di Korea, malah turut berlaku tatkala mereka menginap di luar negara. Apakah yang mereka cari?

사랑해

Dorm penginapan EXO, SM Entertainment.

"Hyung! Pulangkan seluar saya! Saya mahu gunakan untuk latihan tarian petang ini," D.O menepuk bahu Suho yang sedang khusyuk bermain permainan video.

"Seluar yang mana? Saya ada pinjam?" Suho menjawab tanpa memandang ke arah D.O. Matanya terlekat ke arah skrin televisyen kerana menumpukan sepenuh perhatian kepada permainan video yang sedang dimainkannya. Tidak mungkin dia mahu kalah dengan Sehun, si maknae yang mentah!

"Seluar yang berwarna kelabu itu! Minggu lepas Hyung pinjam ketika rakaman tarian lagu Overdose. Jangan buat-buat lupa pula ya!" D.O kembali menepuk bahu Suho sambil digoyang-goyangkan ke hadapan dan ke belakang.

"Oh! Seluar yang itu... aduh, saya masih belum hantar dobi! Masih ada dalam bilik... ambillah kalau mahu," selamba sahaja Suho menjawab sambil tersengih nakal.

"Hyung! Serius... sudah seminggu masih belum basuh? Kotornya!" D.O mendengus marah. Menyesal pula membenarkan Suho meminjam seluar kesayangannya itu. Kesemua ahli kumpulan EXO tinggal di dalam satu asrama yang sama. Setiap bilik dikongsi dengan beberapa orang ahli. Ada yang tinggal di tingkat atas, dan ada yang tinggal di tingkat bawah.

D.O segera menuju ke arah bilik Suhoyang dikongsi dengan Chen dan Sehun. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mereka, D.O terkebil-kebil melihat susun atur bilik tersebut.

"Ini bilik tidur ataupun rumah hantu?" D.O menggeleng kepala melihat keadaan bilik yang agak bersepah. Dia mencari seluar miliknya yang dipinjam oleh Suho. Sambil mencari, kaki sempat menguis barang-barang yang berselerao di atas lantai. Sepuluh minit berada di dalam bilik tersebut, D.O berputus asa. Begitu banyak timbunan baju yang belum dibasuh sekadar dilonggokkan sahaja di satu sudut di dalam bilik.

Melangkah lemah kembali ke dalam biliknya, kecewa kerana tidak dapat menggunakan seluar kesayangan bagi sesi latihan petang itu. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, mata D.O yang sedia kala besar itu menjadi semakin besar melihat keadaan yang begitu caca-merba. Kelihatan Kai sedang menyelongkar bilik seolah-olah sedang mencari sesuatu.

BAHAYA! Fanatik KPOPWhere stories live. Discover now