NOTA BERDARAH

47 0 0
                                    

Budaya memberikan hadiah kepada bintang KPOP pujaan masing-masing bukanlah satu perkara baru dalam kalangan kpoppers. Malah, ada segelintir peninat KPOP yang sanggup berhabis wang demi idola kesayangan. Jangan terkejut, sekiranya anda sedang berjalan-jalan di Korea dan terlihat papan tanda ucapan 'Selamat Hari Jadi Oppa!' pada dinding- dinding bangunan mahupun perhentian bas. Para peminat yang berdedikasi sanggup menyewa ruangan iklan demi menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada artis KPOP tercinta.

Sesetengah peminat yang terdiri daripada golongan yang kaya-kaya bagaikan tidak kisah berbelanja barangan berjenama mewah untuk idola mereka. Contohnya, Suhi daripada kumpulan EXO pernah menerima dompet berjenama mewah Gucci bernilai
hampir 1,000 usd! Itulah keistimewaan peminat yang kaya-raya. Bagi peminat yang tergolong dalam kelas marhaen pula, mereka lebih cenderung memilih memberikan makanan ringan atau minuman kesihatan. Kononnya sebagai tanda mengambil berat kesihatan oppa masing-masing.

Tidak kiralah apa jenis hadiah sekalipun, ia memang sudah menjadi tabiat dalam kalangan peminat-peminat KPOP. Pun begitu, tidak semua hadiah yang dikirimkan indah-indah belaka. Jangan tidak tahu, dalam kalangan berjuta-juta peminat, ada antara mereka yang bercitarasa 'unik'. Itulah yang terjadi kepada salah seorang ahli kumpulan 2PM, iaitu Taecyeon. Memang 'unik' sungguh hadiah yang diterima olehnya.

태연

Dorm penginapan JYP Entertaiment, 8:45 pagi
"Ini Taecyeon punya... Ini Junsu... yang ini Junho punya... surat untuk Chansung dan Nickhyun. Oh, ini Taecyeon punya lagi... yang besar ini pun Taecyeon punya juga. Ada satu Wooyoung punya terselit di sini..."

Pengurus kumpulan 2PM kelihatan sibuk menyusun atur hadiah dan surat-surat daripada peminat untuk para ahli 2PM. Memang itu adalah salah satu rutin harian tugasnya selaku pengurus. Saban hari, ada sahaja hadiah dan surat yang tiba di kediaman mereka.

"Hyung! Ini surat dan hadiah untuk hari ini? Wah, banyaknya!" Wooyoung yang baru selesai bersarapan terus membelek-belek semua hadiah yang sudah disusun kemas.

"Jangan usik! Ini semua Taecyeon punya. Penat saya susun," baru sahaja tangan Wooyoung hendak
mencapai bungkusan berikat reben berwarna merah, niatnya terbantut apabila dihalang oleh pengurus.

"Taec-hyung punya? Semua ini dia punya? Habis, saya punya mana?" Wooyoung berubah cemberut. Bibir dimuncungkan bagai anak kecil merajuk.

"Ini..." pengurus 2PM terus menyerahkan sepucuk surat yang kebetulan sedang dipegang.

"Satu sahaja?" mata Wooyoung terbeliak bagaikan tidak percaya. Masakan satu sahaja? Adakah dia sebegitu tidak popular?

"Bukanlah satu sahaja! Itu yang saya longgokan di sana itu semua kami punya," pengurus 2PM terus tertawa kecil geli hati melihat reaksi Wooyoung. Lantas, ditunjukkan ke arah susunan hadiah yang dikhaskan untuknya.

Kumpulan 2PM boleh dikategorikan sebagai salah satu kumpulan pelopornyang muncul sewaktu gelombang KPOP mula merebak ke seluruh dunia. Terkenal dengan imej beast idol, 2PM sentiasa tampil dengan pakaian ranggi dan persembahan pentas yang nakal dan menggoda. Ahli-ahli kumpulan 2PM terdiri daripada JunK, Nickhyun yang merupakan warga Thailand, Taecyeon, Wooyoung, Junho dan Chansung selaku maknae, iaitu ahli yang paling muda.

Asalnya, kumpulan 2PM dianggotai oleh tujuh orang ahli. Namun, salah seorang ahli yang merupakan bekas ketua kumpulan iaitu Jaebum (kini dikenali dengan nama Jay Park) mengambil keputusan mengundurkan diri sekitar tahun 2010. Sejak itu, 2PM bergerak dengan enam orang ahli.

BAHAYA! Fanatik KPOPWhere stories live. Discover now