Part 19

332 29 0
                                    

Eunha dan Jungkook kembali ke arah Yuju dan BTS yang masih duduk di kantin. Muka Eunha dan Jungkook kelihatan sedih. Senyuman penuh makna yang diberikan oleh Yuju dan member BTS untuk Eunha dan Jungkook hilang selepas melihat muka Eunha dan Jungkook sedih.

Eunha terus menarik tangan Yuju untuk pergi dari situ. Jungkook pula sekadar duduk di situ. Yuju dan member BTS berasa pelik. Member BTS berasa bersalah memandang muka Eunha begitu. Jungkook sekadar menundukkan mukanya memandang meja makan. Dia cuba untuk menahan perasaan mahu ketawa.

Member BTS memandang Eunha dan Yuju pergi dari tempat mereka sehinggalah mereka berdua tidak kelihatan.

" Yah! Jungkookie. Apa kau dah buat pada Eunha hah! " Jin bercakap sedikit kuat. Geram dengan perangai Jungkook. Jin berfikir Jungkook telah melukakan hati Eunha. Sebab itu muka Eunha seperti itu.

" Jin hyung perlahan sedikit suara tu. Orang tengok kita. " kata Rap monster selepas perasan terdapat pelajar yang memandang mereka bukan sebab mereka memang popular tapi sebab suara Jin sedikit kuat tadi sehingga menarik perhatian mereka.

Jungkook mengangkat mukanya. Memandang satu-persatu muka hyung-hyungnya. Dimulai dengan Jimin di sebelahnya kemudian V disebelah Jimin diikuti oleh Rapmoster, Suga, Jin dan akhir sekali J-hope. Selepas melihat muka J-hope tawa Jungkook yang dia tahan selama ini terlepas juga.

Jungkook ketawa membuatkan hyung-hyungnya bertambah pelik.

" Baik kita tanya Eunha apa dah jadi dengan maknae kita nii. " cadang Jimin.

Yang lain mengangguk tanda setuju dengan cadangan Jimin.

" Hyung kalau lah Kook rakam muka korang tadi mesti korang takkan henti ketawa lihat muka sendiri. " kata Jungkook masih dalam ketawa.

" Apa Kook cakap ni? " soal Jin.

" Kook dah cakap dengan dia. " kata Jungkook membuatkan hyung-hyungnya bergerak mendekatkan muka ke arah Jungkook.

" Apa dia cakap? " soal Jin lagi.

" Dia terima Kook!!! " kata Jungkook teruja.

Hyung-hyungnya menepuk tangan tanda berbangga. Tanpa mereka sangkah pelajar yang berada di situ turut menepuk tangan.

" Kenapa kamu tepuk tangan? " soal V memandang pelajar-pelajar di situ.

" Entah. Kamu tepuk kami ikutlah bagi sokongan. " kata salah seorang pelajar.

BTS tersenyum. Jimin menghamburkan rambut Jungkook. Mereka semua ketawa.

...

*Di Dalam Kelas 3-2

Keadaan Yuju dan Eunha

" Kenapa kau tarik aku hah? Kau sedih ke tak di terima? " soal Yuju.

Eunha memandang Yuju dengan senyuman.

" Aikk, tadi sedih sekarang gembira. Aku pelik lah dengan kau nii. " kata Yuju.

" Dia terima aku, kau tau. Ahh, gembiranya aku. Aku couple dengan idol aku. " kata Eunha dalam keterujaan.

" Jangan happy sangat. Ingat kau couple dengan siapa. Kau couple dengan artist, mereka banyak peminat. " kata Yuju. Kegembiraan Eunha menghilang.

" Ha'ah kan. Mesti aku kena kecam ini. "

" Takpe. Kamu jaga-jaga jelah. Jangan terlalu menonjol. " nasihat Yuju.

Eunha sekadar tersenyum mendengar nasihat kawannya itu. Yuju membalas senyuman Eunha.

Yuju pun kembali ke tempat duduknya, yang berada di belakang. Tapi niatnya terhenti apabila Eunha menarik tangannya.

" Aku takut lah. " kata Eunha.

" Aikk, kau takut asal pula? Bukannya ada apa-apa pun. " kata Yuju.

' Jungkook. ' kata Eunha tanpa suara hanya pergerakan mulut. Yuju tersenyum dan berlalu pergi dari situ.

Semakin lama, semakin ramai pelajar masuk ke dalam kelas. Begitu juga dengan Jungkook. Jungkook masuk dengan senyuman memandang ke arah Eunha. Eunha tidak membalas senyuman Jungkook. Dia hanya menantikan Jungkook datang.

" Kenapa tak balas senyuman aku? " soal Jungkook selepas duduk di tempat duduknya.

" Sebab aku tak mahu. " kata Eunha.

Jungkook terus memandangnya. Eunha turut memandangnya.

" Tak mahu orang lain nampak aku tersenyum manis. Aku mau kau je yang nampak. Jadi sekarang aku boleh balas senyuman tu sebab kau dekat dengan aku. " kata-kata Eunha membuatkan senyuman di bibir Jungkook sampai ke telinga. Eunha membalas senyumannya. Jungkook terus mencubit hidung Eunha.

Banyak mata pelajar di dalam kelas itu melihat agenda itu termasuk Yuju yang berada di belakang. Ada yang tersenyum melihat, ada yang cemburu dan ada yang marah juga.

Mereka semua duduk ke tempat masing-masing selepas guru masuk ke dalam kelas mereka. Senyuman di bibir Jungkook dan Eunha masih tidak hilang.

Mereka berdua berasa gembira.

...

(COMPLETED) Dream Come TrueWhere stories live. Discover now