Part 21

278 26 0
                                    

Eunha dan ommanya duduk di sofa.

Tiba-tiba appa Eunha turut duduk di situ.

" Kamu baru balik Eunha? " soal appnya.

" Ha'ah appa. "

" Siapa kawan kamu tadi tu? " soal ommanya pula.

" Kawan? " tanya appanya pelik.

" Ha'ah, kawan Eunha yang hantar dia tadi. Tengoklah dia beli barang pun agak banyak. Hah, ada cincin lagi. " kata ommanya teruja.

Eunha hanya tersenyum. Memang omma dan appanya suka bercakap macam mereka berkawan. Sejak oppanya takde ommanya dan appanya lah yang menjadi teman kepada Eunha. Oppanya sentiasa sibuk dengan pekerjaannya.

" Omma nak tahu tak siapa kawan Eunha tu? " tanya Eunha pada ommanya.

" Mestilah nak. Macam bakal jadi menantu omma jak ni. " kata ommanya.

" Klau Eunha kasitahu jangan terkejut tau. "

" Hah yalah. " kata ommanya. Ommanya tak henti tersenyum.

" Omma tau tak Eunha sekarang couple dengan idol terkenal? " kata Eunha membuatkan omma nya tertanya-tanya.

" Oh, yekeh? Siapalah? "

" Jung... Kook... Bts... " kata Eunha dengan nada gembira dan teruja.

Air muka omma dan appanya yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah couple Eunha berubah dengan serta merta menjadi sedih dan benci.

" Omma kenapa nii? Omma tak suka ke? " soal Eunha apabila melihat air muka omma nya berubah.

Omma nya tak suka.

" Omma masuk dulu ye. Omma rasa pening sikit. " kata omma Eunha seraya berdiri dan mula berjalan ke biliknya.

Appa Eunha melihatnya dengan kesian.

" Eunha, omma mungkin terkejut. Sebab kamu dengan orang terkenal. Dia idol. Kamu orang biasa. Omma takut ada apa-apa jadi dengan kamu. " jelas appanya.

" Ya, Eunha faham appa. " kata Eunha perlahan dan sedih.

Appanya pun mula berdiri dan berjalan masuk ke dalam bilik.

...

Situasi omma dan appa Eunha

" Kenapa awak terus lari dari situ? Awak buat Eunha sedih. " kata appa Eunha.

" Saya lagi sedih. "

" Saya tahu. Tapi jaga perasaan Eunha. "

" Kenapa mereka boleh berjumpa. Adakah dia tahu siapa Eunha sebenarnya? "

" Ini bukan dia tahu atau tidak. Tapi kalau mereka sudah ada jodoh mereka akan kekal bersama juga. "

Kata-kata appa Eunha membuatkan omma Eunha merenung tajam appanya.

" Saya tidak suka Jungkook dengan anak kita. Saya kena pisahkan mereka. Saya tidak setuju dengan hubungan mereka. "

Appa Eunha mengeluh. Dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Dia berpusing membelakangi isterinya. Mahu keluar dari bilik itu, malas mahu melayan isterinya.

Apabila appa Eunha membuka pintu, appanya mendapati Eunha berdirii di hadapan pintu.

" E... Eun.. Eunha... Kenapa ada di sini? Kamu mahu sesuatu ke? " soal appa Eunha sambil melihat isterinya.

" Kenapa tak terus cakap dekat Eunha? " kata Eunha kemudian berjalan masuk ke biliknya.

Appa Eunha melihat isterinya.

" Tengok apa jadi sekarang. Kesian Eunha. " selepas berkata begitu appa Eunha terus turun ke bawah.

...

Hari ini Eunha awal keluar dari rumahnya mahu ke sekolah. Dia tidak mengambil breakfast dan langsung tidak bercakap dengan omma dan appanya.

Dia pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Awal lagi jadi dia ingin menenangkan fikirannya.

Kata-kata ommanya yang tidak suka dia dengan Jungkook masih berada dalam kepalanya.

Dia sayangkan Jungkook. Dia suka dengan Jungkook sejak dia melihat Jungkook ketika dia mula sedar dari komanya.

Dia tertanya-tanya siapa kah lelaki bernama Jungkook ini dan apakah hubungannya dengan lelaki itu sehingga mempunyai banyak gambar Jungkook.

Bila ditanya pada omma dan appanya mereka berkata bahawa Jungkook merupakan idol yang amat dia minati. Dan sekarang merupakan kekasihnya. Tapi dia tidak tahu kenapa ommanya tidak suka dengan Jungkook.

Apabila dia tiba di sekolah, dia masuk ke kelas dan tiada siapa di situ. Dia yang pertama sampai. Ini pertama kali buatnya.

Dia duduk di tempatnya. Memandang tingkap yang berada di sebelah kirinya. Dia termenung.

Tiba-tiba pandangan Eunha menjadi gelap.

...


















...

Sory kalau tidak best... Please comment and vote... Thanks...

...

(COMPLETED) Dream Come TrueWhere stories live. Discover now