(Belum edit)
My love is Mr Crazy
PART 1
“Dah siap encik. Ni bilnya,” Sumayyah menunjukkan resit pada Encik Jauhari yang datang membaiki kereta kira-kira sejam yang lalu.
Ambil sedikit masa kerana banyak kereta rosak menunggu giliran untuk diperbaiki. Namun disebabkan terdesak mahu cepat, pelanggannya ini sanggup membayar lebih.
“Apa masalahnya kereta pakcik ni sampai berasap? Ekzos pun meletup?”
Sumayyah mengesat tangannya yang sedikit kotor dengan tuala.
“Masalah sistem karburator dan fuel pump tak berfungsi. Enjin tak hidup, sebab kepanasan dah bakar gasket silinder dan minyak hitam dah naik ke ruang pembakaran dan buat plug basah. Relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung dengan ECU pun rosak.” Sedikit ternganga Encik Jauhari dengar penerangan itu. Kagum.
Selama ini, dia cuma tahu naik sahaja. Rosak saja, serah pada mekanik. Dah siap, hulur saja duit.
Encik Jauhari membelek bil tersebut. Dari tadi, dia perhati saja gadis ini membaiki keretanya. Begitu cekap dan pantas. Kagum. Wujud juga perempuan sebegini.
“Saya dah test kereta encik tadi. Tapi kalau encik nak sure kereta ni okey ke tak okey, encik boleh try bawak dulu.” Topi diterbalikkan ke belakang sambil menyungging senyum pada Encik Jauhari.
Walaupun nampak lasak, tapi masih memakai tudung. Orangnya pun, cantik.
“Takpa, saya yakin semua okey. Err ni duitnya..” beberapa not RM100 dihulurkan buat gadis itu.
Pantas Sumayyah mengira.
“Eh, ada lebih RM100 ni.”
“Tak apa, upah untuk awak. Lagipun bengkel awak ni charge murah. Selalu kalau kerosakan macam ni, mahu lebih dari ni saya kena bayar.”
“Tak payahlah encik. Ni bengkel abang saya, dia yang bayar upah saya. Encik nak sedekah, elok ke tabung masjid. Dapat pahala berpanjangan..” Sumayyah menghulur semula not RM100 pada encik Jauhari.
Encik Johari angguk senyum. Servis cepat, murah dan mesra pelanggan. Pasti dia akan datang semula ke sini.
Sumayyah menarik nafas panjang sebaik saja pelanggannya berlalu. Penat. Tapi dah minat, seronoklah jadinya.
Jack yang monyok semacam ditegur Sumayyah. Dari tadi satu kerja apa pun Jack tak bantu. Asyik mengaduh sakit-sakit.
“Woi abang? Sakit sangat ke? Teruk bebenor aku tengok. Mehlah tolong aku. Penat ni, banyak sangat kereta! Kau lah punya pasal, pelanggan datang semua kau nak ‘on’, mampunya tidak.” Sumayyah memegang pinggangnya sebelah. Berdecit.
“Sakitlah. Ingat aku gurau ke? Kuku cengkam aku dah jadi nanah tau. Tengok ni hah!” Jack tayang muka kesian. Derita sungguh.
“Alahai sikit jer...” diperhati saja ibu jari Jack, sinis.
“Nanti, satu hari kau kena kuku cengkam, baru kau tau betapa sakitnya.“
“Padan muka! Lain kali, jaga kebersihan kuku tu. Dah tu, kerja kau hari-hari macam mana.”
“Dah kena, nak buat macam mana?”
“Karang bagi aku cucuk nanah tu, biar meletop keluar. Confirm kau lega lepas ni. Menyampah aku tengok seposen kau tu, abang!”
“Tak nak sakit...”
“Habis tu lama mana kau nak tahan sakit? Kau nak tunggu ibu jari kaki kau buruk? Kena potong?”
YOU ARE READING
LOVE YOU MR. CRAZY
HumorSinopsis Sumayyah, gadis kasar yang suka buat kerja lelaki. Serba boleh. Tapi hidupnya jadi carca marba, bila dikejar seorang lelaki gila bernama Noah Zachery. Hidup Noah Zachery bagaikan tiada makna kala isteri tercinta, meninggal dunia. Hari-hari...