“ABAH, dah nak masuk maghrib dah ni. Dia masih ada kat luar sana tu. Macam mana ni?” Jack mengintai ditingkap. Ingatkan tak ada orang melayan gila si Noah ni, dia balik. Rupanya masih menunggu kat luar lagi.
“Abah nak pergi masjid ni. Kamu semua duduk rumah diam-diam. Kunci pintu. Jack, jaga mama dengan adik. Kamu solat kat rumah je.” Haji Idrus yang sudah bersiap meninggalkan pesan.
Hajah Munah dah mula risau.
“Abang, tak payah ke masjid. Solat kat rumah lah. Kalau jadi apa-apa macam mana? Jack ni, bukannya boleh harap pun.”
“Tak ada apa-apalah, selagi dia tak nampak Maya. Tak akan ada masalah.”
“Habis tu, nak biar jer dia dok kat luar tu sampai bila-bila?”
“Macam nilah, abang pergi bincang dengan Penghulu. Tengok apa kami boleh buat. Penghulu mungkin ada nombor contact Puan Latifah. Rasanya budak ni dah tak makan pujuk, kena guna cara lain
Sumayyah ikut sama memerhati dari tingkap yang dibuka sedikit. Dalam pada takut, ada simpati bergantung dihati. Kesian, rindu pada arwah isteri sampai jadi gila. Tentu dia rindukan sangat arwah isteri dia kan? Sama ke, muka isteri dia dengan sumayyah sampai di kejar sebegini?
Haji Idrus dan Hajah Munah turut sama mengintai. Mengeluh.
“Abang, tak kan makbul benar doa saya. Abang ingat tak tadi saya doa, semoga anak dara kita cepat jumpa jodoh yang tergila-gilakan dia, datang mengejar sampai rumah? Tak kan secepat ni kot makbul doa saya? Abang pun satu, boleh aminkan pulak.” Hajah Munah bimbang sungguh.
Sumayyah terkesima.
“Ma doa macam tu? Patutlah, mulut Mama dah lah masin. Ini mama punya pasal. Sekali yang terkejar Maya betul-betul orang gila!” Sumayyah menghentak kaki sambil muncungkan mulut.
Jack ketawakan adiknya. Sekali mata menjegilkan mata, terus kepala Jack di tolak.
“Abang ni, ingat kelakar? Hah?”
“Agaknya memang tak laku betul Maya ni, hanya orang gila yang terkejar. Hahaha, betul lah apa mama doa tu. Hahahaha...”
Sumayyah mengancing gigi geram terus memukul lengan Jack bertalu-talu.
“Kau memang nak kena dengan aku, abang...” Jack mengelak namun terkena juga pukulan Sumayyah.
Haji Idrus dan Hajah Munah mengeleng melihat pergaduhan si anak.
“Jack, ni hal serius. Bukan perkara lawak. Macam-macam hal buruk boleh jadi kat Maya tau kalau kita biarkan. Tu lelaki kat luar tu, dah macam hilang akal. Kita kena selesaikan cepat-cepat.”
Hajah Munah memandang risau suaminya.
Haji Idrus keluar dari rumah. Mata terus tertancap pada Noah yang tidur atas pangkin kepenatan. Dengan nyamuk menghurung. Ya Allah, kesiannya.
“Nak, bangun nak...” kejut Haji Idrus buatkan Noah terjaga.
“Bapak Mertua. Isteri saya mana?” Soal Noah dalam mamai, matanya meliar.
“Kenapa tidur kat sini? Pergilah balik. Dah masuk maghrib ni. Lagipun, banyak nyamuk.” Lembut pujukan Haji Idrus.
Noah endahkan rasa gatal dan sakit kerana digigit nyamuk.
“Biarlah, hanya nyamuk saja yang sudi dekat dengan saya. Orang yang saya cinta, langsung tak nak jumpa saya. Saya cuma ada nyamuk saja buat masa ni...”
Haji Idrus mengeluh. Mana pertimbanganmu wahai anak muda? Mengapa biar takdir beraja dalam hidupmu? Mana pergi imanmu?
“Mari ke masjid, solat. Dah maghrib.”
Noah mengeleng.
“Tak nak. Dulu saya selalu solat berjemaah dengan isteri saya. Tapi kenapa Allah tarik kebahagiaan saya tu? Allah tak adil pada saya! Sekarang saya dah tak nak solat. Dah tak ada guna lagi.”
“Habis tu, dengan cara tak solat itu caranya anak memberontak dengan takdir Allah? Anak lupa, salah satu rukun iman kita, percaya pada qada dan qadar? Kita ni, semua pinjaman dari Allah. Semua akan mati. Sementara masih hidup ni, jangan kita buang masa nak menangisi takdir kita. Sebab Allah dah merancang yang baik-baik untuk kita cuma kita je, tak sabar.”
“Dah tu, bapa mertua bagilah isteri saya. Yang bapa mertua dok simpan dia buat apa dalam rumah? Kalau bapa mertua bagi, saya sekarang juga saya solat. Tak bagi, saya tak nak solat. Bapa mertua tanggunglah dosa saya tinggal solat!” Noah berkata tanpa fikir benarlah.
Haji Idrus terkedu. Astafirallahalazim, sabar sajalah. Ikut hati, mahu bersepai gigi Noah ni makan penerajang. Haji Idrus tinggalkan lelaki itu dan bergerak ke masjid.
“Bapak mertua?” Panggil Noah. Segera mendekati Haji Idrus. Hairan Haji Idrus pandang hairan.
“Nak ikut?” Noah berkata manja. Tua-tua buat suara manja, rasa nak penendang pun ada.
“Ke masjid?” Haji Idrus tanya sekali lagi.
“Ya, nanti bapa mertua benci menantu pulak. Sebab malas solat. Terus tak nak bagi isteri saya.”
Haji Idrus mengeleng. Sabar sajalah aku dengan budak ni.
“Iyalah.”
YOU ARE READING
LOVE YOU MR. CRAZY
HumorSinopsis Sumayyah, gadis kasar yang suka buat kerja lelaki. Serba boleh. Tapi hidupnya jadi carca marba, bila dikejar seorang lelaki gila bernama Noah Zachery. Hidup Noah Zachery bagaikan tiada makna kala isteri tercinta, meninggal dunia. Hari-hari...