HAJAH Munah menilik jam di tangan. Hatinya berdebar-debar pula. Teringatkan anak daranya yang sedang buat kerja potong rumput itu.
Suami yang sedang tonton TV dengan anak bujangnya, ditegur.
“Jack, apasal tak temankan Maya pergi mesin rumput tu? Betul ke, Maya boleh buat tu? Kang di mesinnya diri sendiri macam mana?” Hajah Munah dah fikirkan yang buruk-buruk.
“Sakitlah Ma, nanah dok keluar lagi. Alah ma, macam tak kenal anak dara mama tu. Dia jenis cekap buat kerja lelaki. Jangan risaulah.” Rungut Jack yang masih sibuk memicit keluar sisa nanah dengan muka berkerut.
“Astafirallahalzim. Bahayalah biar adik kau tu, sensorang kat sana.”
“Ma, adik tu sekali tengok dah serupa jantan. Kasar pulak tu. Mana ada orang berani dengan dia?”
“Jack lupa, perempuan ni sekasar mana pun dia, tetap ada lembutnya. Takkan boleh menandingi kekuatan lelaki. Tau?”
Haji Idrus menyampuk.
“Awak ni, cumalah fikir yang elok-elok pasal anak awak tu. Dia pergi cari rezeki. Dia mintak duit awak, awak bising. Biarlah dia. Nak jadi apa sangat, setakat dalam kampung ni.”
Hajah Munah mengeluh. Susah betul orang lelaki ini. Suka ambil ringan semua perkara.
“Masalahnya, dah sejam ni. Takkan tak balik-balik lagi. Saya risaulah. Abang, abang pergi tengok anak kita tu!” Riak risau ketara tergambar.
“Ma, selalu Jack potong rumput hampir 2 jam tau. Sebab halaman Villa tu luas. Adik kan perempuan, baru lagi belajar guna mesin rumput tu. Mestilah ambil masa sikit. Tapi adik tu, sekali ajar dah faham. Tak kan ada masalah punyalah!” Jack pula membalasnya malas.
Rengus Hajah Munah.
“Susah lah nak bercakap dengan korang berdua. Nama je ada lelaki dalam rumah ni, langsung tak ada sifat melindungi. Ingat ya? Kalau jadi apa-apa kat Maya, anggaplah korang kehilangan mama dia sekali.Faham?” Hajah Munah makin hilang sabar dengan sikap sambil lewa suami dan anak lelakinya.
Jack memandang Hajah Munah yang mencekak sebelah pinggangnya dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang sudip. Ngeri pula tengok sudip tu kerana pernah melayang ke kepalanya sekali.
“Iyalah, lagi 15 minit kalau Maya tak balik, Jack gi tengok dia. Kejap Jack nak buang nanah tinggal sikit lagi. Lega lah!”
“15 minit tu macam-macam boleh jadi Jack!” Hajah Munah tetap dengan pendiriannya.
~~~~~~~~~~~
“KENAPA dengan awak ni? Tak habis lagi sedih awak tu?” Jauhari memujuk isterinya yang sugul sejak tadi. Begitulah sejak menantu kesayangan mereka meninggal dunia dalam kemalangan.
“Macam mana nak senyum abang, kalau anak kita dah berputus asa nak hidup? Saya rindukan Noah yang dulu.” Jatuh juga air mata seorang ibu.
Jauhari menghela nafas dalam-dalam. Apa yang dirasai isteri, turut sama terima tempias cuma dia tak mahu menunjukkan sangat emosinya itu. Jauhari rindukan anaknya yang dulu. Komited dan rajin membantunya dalam perniagaan. Semangat dan jiwa Noah dibawa pergi bersama kematian menantu.
“Doalah. Doa seorang ibu itu makbul.”
“Dah tak larat nak berdoa. Sanggup dia tengok saya bersedih sebab fikirkan nasib dia. Dia lebih sedihkan arwah menantu yang hadir dalam hidup dia cuma beberapa tahun. Padahal, saya ibu yang melahirkan dia..” esakan kedengaran.
Jauhari yang memandu memandang isterinya sekilas.
“Kita jangan putus doa. Insha Allah, Allah tu maha Mendengar. Doa kita pasti akan termakbul juga suatu saat nanti. Kita kena yakin dengan janji Allah.”
YOU ARE READING
LOVE YOU MR. CRAZY
HumorSinopsis Sumayyah, gadis kasar yang suka buat kerja lelaki. Serba boleh. Tapi hidupnya jadi carca marba, bila dikejar seorang lelaki gila bernama Noah Zachery. Hidup Noah Zachery bagaikan tiada makna kala isteri tercinta, meninggal dunia. Hari-hari...