PART 9

390 8 0
                                    

PART 9

 

SUMAYYAH dan Noah selamat diijabqabulkan dan diraikan dalam majlis perkahwinan yang meriah. Puan Latifah dan Encik Jauhari rasa sungguh lega, Noah akhirnya berkahwin semula. Dari tadi mereka perhati saja Noah yang sengih tak berhenti itu. Kacak mengenakan busana pengantin berwarna biru laut, sedondon dengan Sumayyah hasil rekaan pereka terkenal, Zulfahazli.

Majlis perarakan masuk pengantin,  menarik perhatian semua tetamu yang hadir di balai raya kampung. Rombongan dari pihak lelaki sedang menanti pengantin perempuan di gerbang perkahwinan.

Pengapit Noah, menutup mukanya dengan kipas. Mujurlah, ada kipas ni. Malu pula Noah nak bertentang mata dengan Sumayyah.

Encik Jauhari perasaan ada yang pelik pada bulu kening isterinya itu. Lain dari biasa.

“Tu, bulu kening apasal lukis macam tu? Awak cukur ke?” Komplen Encik Jauhari pada Puan Latifah.

“Tercukur. Semalam, saya diam-diam bawak pisau cukur, nak cukur jambang Noah masa dia tidur. Sudahnya, dia mamai apa entah tertolak tangan saya terus tercukur bulu kening sendiri. Tu yang saya terpaksa lukis ni, dah tak ada bulu kening...” cerita Puan Latifah buatkan Encik Jauhari gelak.

“Yang awak tak ada kerja pergi cukur jambang dia masa tido apahal?” Puan Latifah memukul perlahan lengan suaminya. Geram diketawakan.

“Abang ni, takkan nak biar Noah tu jadi pengantin dengan jambang berserabut. Tapi itulah, nak buat macam mana usaha saya tak berhasil...” Puan Latifah kecewa. Malu pada tetamu pengantin lelaki tak terurus. Tapi nak buat macam mana, confident level Noah tinggi melangit.

“Biarlah, janji dia nak kahwin. Dah anak awak selesa berjambang macam tu. Lagipun, dia tak sihat lagi, belum move on dengan dunia dia, nanti dia dah okey, berubahlah dia. Okeylah tu, awak dah sikat jambang, rambut dia, nampaklah kemas sikit dah.”

Sumayyah dibawa oleh pengapitnya, ke gerbang perkahwinan menyambut ketibaan pengantin lelaki. Allah sahaja yang tahu betapa rimasnya dia dengan makeup yang melekat di wajah, busana pengantin yang menyukarkan pergerakan dengan aksesori bagai diatas kepala, kasut pula bertumit. Minta-mintalah dia tak terpeleot. Malu orang tengok.

Kebanyakan tetamu yang melihat Sumayyah rata-rata memuji kecantikan dan keanggunannya. Persis bidadari. Iyalah sebelum ini, Sumayyah tak pernah bersolek dan memakai baju yang cantik begini.

Tapi sebaik saja kipas dialihkan pengapit, mengucap panjang semua orang melihat Noah. Macam langit dengan bumi dengan Sumayyah. Beauty and the beast. Apahal pengantin berserabai dengan jambang, misai, janggut sampai ke leher? Sengih pun, dah tak nampak mana mulutnya, mana giginya? Tetamu dah mula berbisik-bisik.

Masin mulut, elok saja sampai pada Noah, kaki Sumayyah terpeleot. Mujurlah sempat Noah sambar dan memeluk pinggang Sumayyah. Noah terpesona menatap wajah Sumayyah. Wajah yang sedia cantik, bertambah indah ditatarias. Sungguh dia tak menyesal mengejar gadis ini.

“Sabarlah sayang, nak peluk dalam bilik lah baru best. Jangan terkam macam ni, malu orang tengok,” Noah mengenyitkan matanya, sambil senyum nakal.

Mahu saja Sumayyah menjawab, tapi majlis sedang berlangsung. Tak dapat nak mencelah. Terus saja pengapit menyuruh Sumayyah berdiri sebelah Noah.

“Pengantin peganglah tangan, barulah nampak mesra!” Arahan lagi! Terpaksalah Sumayyah ikut. Dia cuma merangkul lengan sahaja.

Sumayyah menarik nafas dalam-dalam. Kalau dia tahu Noah serabai macam ni, tak perlulah dia bersiap cantik-cantik. Sia-sia sahaja. Malunya pada tetamu pengantin lelaki tak serupa orang. Kecewanya.

LOVE YOU MR. CRAZYWhere stories live. Discover now