Kolej Lama ( part 1 )

71 1 0
                                    

Walaupun sudah masuk ke tahun akhir semester pengajian di Uitm Lendu, kisah penampakan lembaga putih yang lengkap berjubah putih masih segar dalam ingatan. Waktu itu aku baru sahaja pindah masuk ke kolej yang baru  untuk semester ketiga pengajian diploma ku. Malang sungguh rasanya apabila ditempatkan di Kolej  yang agak lama dan  terletak jauh dari fakulti ini. Dengan cerita-cerita yang agak tidak enak didengari cuping telinga tentang persekitaran kolej ini. Ditambah dengan bilikku yang berada nun paling atas iaitu tingkat tiga.

"Fuhh.." , aku menghembus nafas kesal.

"Kesian adik jauh nak pergi kelas nanti, dah lah penat turun naik tingkat tiga", ucap ibu kepadaku dengan wajah penuh simpati.

"Nak buat macam mana bu, dah dapat yang ini. Tak apa lah, adik biasa lah lama-lama nanti. Ibu ayah jangan risau eh".

Sejurus selesai mengangkat barang masuk ke dalam bilik, aku segera bergegas ke tempat letak kereta untuk bersalaman tangan dengan kedua ibu bapaku dan juga abangku yang mahu pulang kembali ke teratak kami di Johor seusai menghantarku kesini.

"Belajar betul-betul ya dik, ayah doakan adik berjaya", ucap ayah lembut.

"Adik jaga diri dekat sini jangan main main belajar, kita bukan orang senang", ucap ibu dalam tangis.

"Ya ibu ayah, InsyaAllah. Ibu tu jaga kesihatan, jangan skip makan tau !"

Kereta Toyota Rush berwarna putih milik angah bergerak meninggalkanku bersama lambaian ibu yang mensayukan hatiku di bumi Lendu ini. Aku kembali menuju ke arah  bilikku ditingkat tiga bangunan kolej. Sebelum masuk, sempat menoleh ke arah papan tanda nombor bilik.

"333, cantik nombor bilik aku", bisikku sendirian bersama sedikit senyuman dibibir.

Petang itu aku dan rakan sebilik sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan menyusun barangan. Disebalik rasa kesal ada juga rasa syukur dalam hati kerana masih ditempatkan dalam bilik yang sama bersama-sama rakan sebilik semester lepas. Almaklumlah, sudah selesa dengan mereka.

Menjelang tengah malam, tiada apa yang dibualkan antara kami berdua. Mataku kian layu tatkala jam menunjukkan pukul 10 malam. Penggera telefon bimbit sudah siap di set tepat waktu subuh di Lendu. Selepas itu barulah aku dapat melayan mata yang mengantuk ini, mungkin terlalu lelah kerana mengemas bilik pada petang tadi.

Tiba tengah malam...
Aku tersedar dari tidur dek kerana terdengar bisikan bacaan surah-surah suci Al - Quran yang dialunkan oleh seseorang. Perlahan sahaja dibaca namun masih bisa didengar cuping telingaku. Aku yang ditempatkan di katil atas double decker waktu itu sedang tidur menghadap dinding. Apabila terdengar bisikan itu, aku segera memalingkan badan ke arah bawah katil.

Allahuakhbar...!!!!!!

Lembaga perempuan berjubah putih seakan telekung sedang khusyuk solat di ruang tengah bilik kami. Terasa mahu luruh jantungku saat ini. Walaupun penglihatan aku agak kabur untuk melihat wajah entiti tersebut. Namun aku yakin itu bukan rakan sebilikku. Kerana aku dapat lihat Wida sedang nyenyak tidur di katil single bed miliknya. Ira pula dalam keadaan tidak suci untuk solat sama sepertiku. Ya Allah, siapa yang tengah solat ni ? Hati sudah mula tak tenteram memikirkan siapakah atau lebih tepatnya apakah yang aku lihat ini ? Jantung berdegup kencang kerana ketakutan lalu aku kembali memalingkan badanku kearah dinding seperti awal tadi. Mulut terkumat kamit membaca ayat kursi.

" Bismillahirrahmannirrahim.. Allahula Ila..." Baru sahaja aku mahu membaca ayat pertama, aku terdengar........

Kolej lama .Where stories live. Discover now