Kolej Lama ( part 2 )

53 3 0
                                    

Aku dengar dia mengaji ! Ya Allah ! Berderau darah. Peluh mula merambah satu badan. Mata kupejam rapat tak mahu terpandang lembaga putih itu. Walaupun suaranya agak merdu ketika melantunkan bacaan surah suci. Namun aku pasti itu bukannya manusia, tak akan sekali-kali mata ini mahu menoleh buat kali kedua untuk menatapnya. Dalam keadaan diriku yang masih kotor, fikiran kian berkecamuk.

"Agak-agak dia ada muka tak ek ? Macam mana agaknya rupa dia ?". Hati kecilku terus melontarkan pertanyaan yang hanya akan terjawab jika aku membuka mata dan memandangnya. Namun, demi Allah aku tak mampu. Andai wajahnya nanti hancur perui bak mayat mereput bagaimana ? Ha aniaya aku dibuatnya !

"Ya Allah, aku memohon perlindungan darimu daripada syaitan yang direjam", doaku perlahan.

Aku tidak sedar entah bila lembaga itu ghaib kerana aku telah pun tertidur dalam keadaan takut.

Ting Ting Tang Ting !

Jam telefon bimbit Wida kedengaran memenuhi ruang bilik tidur kami. Masing-masing bergegas bangun walaupun dalam keadaan mata yang terkulat-kulat. Hal ini kerana, masing-masing tidak mahu berebut-rebut menggunakan kamar mandi nanti. Aku memeluk tubuh tatkala berjalan ke tandas, seram-seram sejuk rasa apabila terkenangkan kejadian semalam.

Seusai mandi dan lengkap berpakaian baju kurung, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada rakan sebilikku.

"Wei korang.. erk erk..semalam korang ada bangun tengah malam tak ? Mengaji dengan solat ke ?".

"Semalam bukan semua tidur awal ke ?". Balas Ira.

"Haah wei, aku pun tak ada bangun tengah malam. Solat subuh pun lepas mandi tadi je. Kenapa ni Jiha?". Tampang wajah Wida yang sebelumnya tenang lantas mula berubah penuh tanda tanya.

"Kalau aku cerita korang jangan takut eh, semalam.. Aku nampak ada perempuan tengah solat. Aku terkejutlah sebab tengok kau dengan Ira tengah tidur. Yang buat aku meremang, dia baca ayat Al-Quran merdu sangat sampaikan aku yang takut ni jadi tertidur semula. Tapi bila bangun tidur, meremang semula tengkuk aku". Ceritaku penuh yakin pada mereka berdua.

"Adui apa ni Jiha, takutlah aku". Balas Ira.

"Mungkin dia singgah bilik kita agaknya InsyaAllah tiada apa-apa lepas ini. Wallahmualam". Ucap ku.

Lalu masing-masing bergegas mahu ke kelas dan melupakan apa yang terjadi awal pagi tadi.

...

Dua hari kemudian.

Aku membuka aplikasi whatsapp untuk melihat status yang dibuat kenalan di telefon bimbit. Mataku tertumpu ke arah status yang dimuat naik oleh kawan sekolej ku, Nadia.
Statusnya berbunyi. " Suara siapa mengaji petang-petang ni wei ? Tanya roomates semua tak dengar. Kenapa aku sorang yang dengar, seram wei".
Status miliknya menarik perhatianku kerana mungkin ini entiti yang sama. Aku dengan segera bertanya kepada Nadia untuk mengetahui perkara lanjut.

"Suara perempuan mengaji yang amat merdu. Tapi tiada seorang pun yang dengar suara tu kecuali aku. Itu yang buat aku meremang", balas Nadia.

"Wei kau nak tahu tak, aku dah kena masa malam pertama aku tidur kolej ni lagi. Dia solat dan mengaji dalam bilik aku. Suara dia merdu sangat sama macam kau cakap, tapi aku takutlah sebab itu bukan roomates aku. Kami semua tidur awal masa itu".

"Sah bukan manusia wei", balas Nadia penuh yakin.

"Itulah..", jawabku ringkas.

Perbualan antara kami berdua terhenti disitu apabila hari sudahpun menjelang senja. Walaupun ketakutan menyelubungi raga, tetap kugagahkan hati untuk tinggal di kolej lama ini. Alhamdulillah selepas kejadian itu, so far tiada lagi kejadian aneh kali kedua yang menimpa diri ini.

"Dengan nama Allah aku berlindung", bisik hati kecilku.

psst.. siapa dibelakang anda ? HAHA

- TAMAT -


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kolej lama .Where stories live. Discover now