13 // Buat mereka

220 6 0
                                    

Salam buat mereka yang sedang patah hati.

Apa khabar hati kecil kau?
Apa elok elok saja atau hati kecil tu masih tawar rasanya?

Tenang. Sabar.
Ambil lah masa sebanyak mana yang kau mahu untuk lupakan dia.
Lupakan saja dia yang menyakiti kau.

Lupakan saja dia sampai kau lupa bagaimana rasanya cinta pada dia.
Lupakan saja dia sampai kau lupa bagaimana indahnya waktu kau bersamanya.
Lupakan saja dia sampai kau lupa bagaimana besarnya rindu kau pada dia.

Ya, lupakan dia. Ambil masa.
Ya, memang tak mudah.

Aku tak nafikan.
Mungkin perlu setahun, mungkin dua tahun atau mungkin perlu berpuluh tahun.
Tak apa.

Nanti bila kau sudah lupa padanya, mudah mudahan kau juga akan lupa sakit yang dia hadiahkan buat diri kau.

Kelak, kau juga akan jumpa bahagia kau.
Mungkin selalu orang lain kata, jodohku masih sesat mencariku.
Lucu. Tapi mungkin itu hakikatnya.

Jadi, berbahagialah. Jangan sedih. Senyum dan lupakan semuanya. Moga nanti kau ketemu bahagia.

Puisi HatiWhere stories live. Discover now