Special - Family

99 1 0
                                    

Kata guru, sesama ahli tak boleh bergaduh.

Tapi ini, semuanya keluarga. Ada masa kita ketawa, ada masa bercanggah pendapat, ada masa kita bergaduh. Itu biasa.

Tapi kalau sudah namanya keluarga, air dicincang tak akan putus. Hubungan ini tak ubah seperti hubungan dengan keluarga kandung. Berbeza darah ibu dan bapa, tapi apa yang dipegang tetap sama.

Pegangan kita tak boleh derhaka kepada guru, tak boleh derhaka kepada ibu, tak boleh derhaka kepada bapa, jangan bergaduh sesama ahli, jangan mencaci seni silat melayu asli yang lain.

Wahai sahabat, kalau sedang gelisah khabar sahaja aku akan dengar. Kalau kau sedih, tangis saja aku akan ada. Tapi yang kumohon jangan pergi tinggalkan keluarga.

Sebab keluarga ada untuk keluarga.

- Kalau hubungan kita renggang mari kita rapatkan, jangan kita tambahkan api dalam minyak. Kelak, apa pun tak akan bawa manfaat pada kita dan keluarga kita.

Silat Cekak Pusaka Hanafi UTM tetap keluarga.

Puisi HatiWhere stories live. Discover now