JISUNG (1)

22 2 0
                                        

CHRONOSAURUS

Han's pov

Aku mendaki tangga apartment untuk ke rumah. Sesampai sahaja aku hadapan rumah seseorang memanggilku.

Tiba-tiba sahaja aku jadi marah kerana penat. Aku tidak boleh kawal emosi aku waktu itu. Aku menjelingnya.

"Hannie-ya chakkaman." Panggilnya.

"Bwo?"

"Eoraenmanida.. Hannie jal jinaesseo? Bogoshippeosseo jinja." Katanya lalu diakhiri dengan senyuman dan pelukan pada aku.

Aku menolaknya sehingga dia terjatuh. Aku baru perasan yang mukanya pucat sekali dan badan dia juga nampak susut tetapi dia cuba mengukir senyuman hadapan aku.

Dia cuba bangun dan datang dekat pada aku. Dia masih lagi tersenyum.

"Hara call banyak kali. Tapi Han tak angkat. Hara tunggu Han call Hara tapi Han tak call pun. Sebabtu Hara datang. Hara risau kalau apa2 berlaku pada Han." Terangnya.

"Kau tak perlu risau dengan aku. Dah pergi balik."

"Han free tak esok? Hara nak ajak Han jalan2 tengok cherry blossom dekat Gyeonggu. Dah lama kita tak keluar sama-sama."

"Aku sibuk. Hara aku tak ada masa untuk semua ni. Aku penat nak tidur." Kata aku kasar. Dia nampak terasa dengan kata-kata aku tapi aku endahkannya.

"Hara ada masak bubur abalone untuk Han, Han mesti lapar. Dan dalam ni ada teh halia dan kurma. Hara risau kalau Han kena demam. Han kan selalu demam pada musim bunga." Dia menghulurkan aku paper bag yang dia bawa.

Aku tolak dengan kasar paper bag itu sampai terkeluar isinya. Air mata dia bergelinangan. Aku terus masuk rumah dan mengunci pintu.

"Han.. kalau Hara call angkat tau." Kata Hara lemah. Dia mengambil paper beg itu lalu bawanya bersama ke keretanya.

"Apa salah Hara pada Han? Selama ni kita baik je." Kata Hara pada diri sendiri sebaik sahaja memasuki perut keretanya.

End Han's pov

Third person pov

Ianya waktu malam dan hujan pada hari itu. Hara sedang memandu kereta ke Gyeonggu berseorangan.

Banyak kali dia cuba menelefon Han. Dia asyik memerhatikan telefonnya agar-agar jika Han menelefonnya pada waktu itu.

Hara cuba menelefon Han buat kali ke 5.

"Hannie.. neo eodisseo?" Tanya Hara. Tetapi panggilan itu tidak diangkat.

Hara memegang kepalanya yang berdenyut.

"Ahh.. manhi ahpa.. ahh.." dia memicit kepalanya. Air cuba untuk dicapai. Sekejap2 dia mengalihkan pandangannya ke seat belakang utk mencapai air.

Tiba-tiba waktu itu Han menelefonnya.
Hara segera mengangkat panggilan itu.

"Mwoanya?"

"Oh, Han-" BAM!!!!

Han dapat dengar bunyi dentuman yang kuat melalui panggilan itu.

"Yahh.. Hara? Hara! Hara haebajwo!" Han cuba memanggil Hara. Tetapi tiada sahutan daripada Hara.

Dia berasa cemas yang teramat. Dahinya berpeluh-peluh. Dia cuba menelefon Hara semula tetapi panggilan itu tidak diangkat.

Dia berjalan ulang-alik di ruang tamu rumahnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 12 malam.

28 May.

'Saenggil Chukahanda uri sarang Hara-ya!' Telefon Han berbunyi.

Air matanya menitis. Risau bertukar kepada cemas dan akhirnya bertukar takut.

'Apa yang terjadi pada Hara? Adakah dia okay? Di mana dia sekarang?' Banyak soalan bermain di fikirannya.

Dia melihat ke ruang tingkap.

"Pi(hujan).. maldeo andwae. Andwae!" Nafasnya menjadi sesak.

Han mendapat panggilan daripada Hongki. Adik lelaki Hara.

"Hyung.. Noona accident teruk." Itu sahaja yang diungkapkan oleh Hongki sebelum mematikan panggilan.

"Hello? Hello? Hongki-ah! Hongki-ah!" Panggil Han. Dia tahu ianya sudah terlambat. Dia pergi hospital Hongjae iaitu hospital yang terdekat dengan kawasan kemalangan.

Dia ternampak kelibat Hongki bersama ibu bapanya.

"Hongki-ah! Hara macam mana?" Tanya Han. Hongki kelihatan marah sekali.

Dia maragut kolar baju Han.

"Kalau hyung angkat panggilan noona selalu, Kalau hyung jaga hati noona selalu dan kalau hyung ada dengan noona selalu! Perkara ni takkan terjadi pada noona!" Marah Hongki. En Lee cuba menenangkan Hongki.

"Jisung.. Hara ada dalam bilik pembedahan kecemasan. Dia ada pendarahan yang teruk dan kesan hentakan yang kuat di bahagian kepala. Harap kamu bersabar." Kata Pn Lee, cuba untuk menenangkan Han.

"Ahjumoni ini semua salah saya. Betul kata Hongki.. saya yang punca Hara jadi macam ni. Hukum lah saya!"

Guysseu! Ayien akan update dlm masa yang terdekat kay?

Stray Kids Short StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang