Land Rover berwarna putih itu dipandu perlahan oleh Amri. Melepasi semak samun di kiri kanan jalan kecil yang muat-muat saiz kenderaannya. Cabaran yang harus ditempuhi setiap kali menjengah ke rumah Nek Tijah.15 minit kemudian..
Amri berhenti seketika di jambatan kecil yang merentangi sebuah sungai yang jernih airnya. Hatinya terdetik untuk melihat ke arah kawasan sawah padi yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Kawasan sawah padi itu merupakan sempadan bagi Kampung Kelapa Parut. Pemilik sawah itu merupakan orang kaya di Kampung Kelapa Muda.
'Nenek bagitau aku tadi, ada perempuan. Mana pulak? Aku tak nampak siapa-siapa pun.. 'Bisik hati jejaka berkulit hitam manis itu.
Deruan angin tiba-tiba sahaja menyapa pipi Amri. Hutan belukar berdekatan jalan masuk ke Kampung Kelapa Parut turut terkena tempiasnya. Bergoyang-goyang belukar itu seperti ada yang menghuni di dalamnya.
Seperti memahami, Amri mengatur langkah ke arah jalan masuk kampung itu. Ditinggalkan Land Rovernya dengan kunci kenderaan yang tergantung kemas di tempatnya.
Langkah Amri terhenti. Sekujur tubuh bersaiz sederhana, langsing, berambut panjang lurus dan berbaju sekolah terbaring di hadapannya.
Wajah gadis itu terlindung dengan rambutnya. Amri duduk mencangkung mengadap tubuh gadis itu dan diselak dengan penuh hati-hati.
Sedikit terusik hatinya. Melihat seraut wajah ayu dan putih bersih. Matanya meliar ke betis bunting yang terdedah. Kesan berbirat seperti luka dipukul, membuatkan dahi lelaki itu berkerut.
Sekali lagi, terasa angin halus menyapa telinganya. Seolah-olah belaian lembut seseorang yang meminta dia untuk bertindak.
Tanpa berlengah, dicepung tubuh gadis itu dengan kedua tangannya yang kekar. Mata Amri sekali sekala mengerling wajah mulus si gadis. Leher jinjang yang berkeringat halus turut menjadi santapan mata jejaka berusia 27 tahun itu.
'Nenek pasti tahu bagaimana mahu membantu gadis ini...'bisik hati Amri.
Amri. Anak ketua kampung yang bekerja sendiri. Menjalankan perniagaan kedai runcit dan membela kambing.
20 tahun lalu, kehilangan Amri yang berusia 7 tahun ketika itu, tidak pernah pudar dalam ingatan orang kampung. Leka bermain sorok-sorok di waktu petang bersama rakan taulan, Amri didapati hilang tanpa dapat dikesan.
Pencarian selama berhari-hari di dalam hutan kecil Kampung Kepala Parut, tidak membuahkan hasil.
Ketika ini, Khatijah dan suaminya Mas Joko baru sahaja berpindah ke hujung kampung itu. Kehadiran pasangan suami isteri itu, disyaki adalah punca kehilangan Amri. Tetapi disebabkan tiada sebarang bukti, gosip liar itu hanya berlalu bagai angin lalu.
Khatijah berusia 30 tahun ketika itu, suaminya Mas Joko pula berusia 40 tahun. Memilih untuk menggunakan air telaga dan sungai sebagai air minuman serta pelita untuk menerangi tika malam, membuatkan pasangan itu sentiasa diselubungi dengan misteri.
Siapa Khatijah sebenarnya? Penulis akan bongkarkan pada chapter khas nanti.
Setelah mendapat bantuan daripada pengamal perubatan Islam, Ustaz Ihsan maka akhirnya Amri ditemui dalam keadaan letih di banir sepohon pokok besar.
Bibir anak kecil itu yang comot dengan kesan selut dan tanah yang sudah mengering, menguatkan lagi bahawa dia disorok bunian.
Tak kurang juga, cakap-cakap jembalang tanah yang menculik si anak kecil. Tanpa disedari sesiapa, anak kecil itu bukanlah disorok oleh makhluk halus itu.
Amri dilindungi oleh belaan Khatijah dengan mengaburi mata kasar manusia biasa yang tidak terbuka hijabnya.
Keinginan memiliki seorang anak, mendorong Khatijah menculik seketika si anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Amri selesa apabila bersama Khatijah. Ditimang dan disayang-sayang Amri biarpun hanya beberapa hari.
YOU ARE READING
MIMPI [18+]
Terror"Pakuk Ma Pakuk Rajuna, Pakuk Ma Perebah Kasih, Tertutup hati Razi yang gusar, Tertutup hati Razi yang kasih kepada Laila Terbuka kasih kepada aku.. " Mantera Berahi Malam dibaca dengan penuh kusyuk oleh Kelsom. Mata merah berair milik Nek Tijah...