☘03☘

1.4K 150 9
                                    

🌘🌘🌘

"Heejin-ah. Omma nak keluar dengan Encik Jeong. Nak jumpa keluarganya. Kamu nak ikut tak?" Soal Ommaku yang sedang bersiap.

"Heejin tak dapat ikutlah Omma..Heejin ada banya kerja sekolah nak kena buat." Bohongku.

Kenapa aku bohong?

Sebab aku tak bersedia nak jumpa dengan bakal Appa aku.

"Kalau macam tu, Heejin nak Omma belikan apa-apa tak?"

"Tak de kot.."

"Baiklah. Kamu hati-hati ye duduk dalam rumah. Jangan buka pintu melainkan orang yang Heejin kenal. Kalau ada apa-apa telefon Omma" nasihat Ommaku.

"Nae, Omma.."

Aku masuk ke dalam bilik aku dan hempaskan badan aku di atas katil aku yang tidak berapa nak empuk itu.

Apa yang aku fikirkan sekarang ni ialah...

Seriouslah aku akan ada Appa baru?

Macam tak betul je...

Adakah Omma cuma nak buat prank dekat aku?

Takkanlah...

===

☉🌦🌦

Haihhh...

Lebatnya hujan...

Macam mana aku nak pergi sekolah ni?

Aku masuk ke dalam bilik stor dan mencari payung.

Harap-harap adalah payungnya...

YES!!

Ada pun payung...

===

Aku berjalan ke sekolah dengan hujan lebatnya..

Nasib baik ada payung...

"Awak! Awak!" Aku hentikan langkah aku apabila terdengar suara yang cukup aku kenal.

Aku cari pemilik suara itu.

Suara itu datang dari arah bus stop.

Aku mengecilkan mata aku untuk melihat orang itu lebih jelas.

Disebabkan hujan terlalu lebat, jadi pemandangan aku tidak begitu jelas.

Apa yang aku nampak pada dirinya ialah..

Dia lelaki dan dia pakai baju seragam sekolah sama dengan aku.

Maknanya sekolah kami sama.

"Awak sini sekejap!" Panggilnya.

Dia panggil aku ke?

Aku pandang ke arah belakang aku.

Kot-kot dia panggil orang lain.

Tapi, dekat belakang aku tak ada orang lain.

Dekat sekeliling aku pun tak ada orang lain selain aku yang terpinga-pinga sekarang ni.

Aku dekatkan diri ke arah namja tu.

Semakin dekat aku dengan dia, semakin jelas aku dapat melihat wajahnya.

Apabila jarak kami hanya beberapa meter, aku dapat melihat mukanya sangat jelas.

Langkah aku terhenti kerana aku sangat terkejut.

Lelaki itu tersenyum ke arah aku.

"Awak, sini sekejap"

"Sa-Saya?"

STEP BROTHER || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now