Bab 1

12.3K 488 23
                                    

"Lya ! Kutiplah sampah tu. Ni sepah-sepah ni. Apa ni ?" Faqira merengus kecil. Sakit matanya melihat ketulan-ketulan cebisan kertas yang dikoyak berada di atas meja. Bukannya nak dibuang lagi dibuat main.

Iylia menjeling."Biarlah kat sini. Nanti aku buang lah."

"Sementara tak ada cikgu ni pergi lah buang dulu !"

"Ya Allah ya tuhanku. Aku lagakan juga kepala korang ni. Apa masalah korang ni ?" Marah Aisyah tak tertahan. Barangkali geram dan sakit telinga dengar dua dara itu asyik bertekak mulut.

Faqira menoleh."Ilya ni hah. Bukannya nak buang sampah. Nanti sampahnya letak kat meja aku." Pandangan dialih memandang Iylia yang tak beriak di sebelah.

"Aku sumbat sampah ni tahu lah. Pergi buang."

"Hesy-"

"Ya Allah ya rabbi !" Ucap Aisyah geram mematikan pertelingkahan mereka berdua. Masing-masing tak nak kalah sebelum disapa dengan suara lain.

"Rabi ? Siapa panggil aku ?" Rabiatul dari jauh dah berdiri. Memandang Faqira,Iylia dan Aisyah silih ganti. Rasa macam ada dengar orang panggil nama dia. Ke khayalan je ?

Cik Zul yang menjadi pemerhati tergelak. Bahu Rabiatul ditepuk."Bukan awaklah Rabi. Ni hah Aisyah tengah mengucap tadi. Geram dengan budak-budak ni." Jari telunjuk diunjuk pada Faqira dan Iylia.

"Ouh ye ke..Ingat mengata aku. Kalau aku dengaq korang mengata aku seko-seko kepala korang aku seligi." Rabiatul memberi amaran sebelum tergelak kecil. Tahulah bahawa dia sedang bergurau. Takkanlah sanggup nak kerjakan kepala member dia ni haa.

Faqira memandang Iylia sebelum tangan kirinya diangkat. Jarum jam sudah menginjak pukul 7.45 pagi. Bermakna dia harus ke bilik SPBT sekarang juga.

"Aisyah.." Punggung diangkat. Buku-buku diatas meja dikemas. Pantang tengok meja bersepah. Bukan tu je,takut barang hilang.

" Aku nak pergi dah ni. Nanti lepas rehat aku masuk balik." Aisyah yang sedang meneguk air botol mengangguk.

Faqira menapak keluar. Langkah diatur kemas menuju ke bilik Spbt yang terletak tak berapa jauh dari bangunan kelasnya. Sambil-sambil pandangannya diliarkan ke sekeliling. Rindu betul dengan panorama sekolah. Nanti dah stable sikit jadual sekolah dia nak merayau sepuasnya !

"Assalamualaikum.." Faqira menghadiahkan senyuman saat dia berdiri di muka pintu. Wajah-wajah rakannya yang sedang berkumpul menoleh. Ada yang sedang mengunyah. Ada yang sedang minum.

"Hai Qira !" Sambut mereka mesra sambil melambai tangan. Sapaan selalu yang diterimanya setiap kali datang bertugas.

"Awalnya korang sampai."

"Of course lah. Kitaorang kan punctual. Tak macam kau janji 7:30 sampai 7:45. Apa ni Qira ?" Bebel Amirul tak puas hati. Seketul karipap disumbat dalam mulut.

Faqira yang mendengar melopong."Kau nak kata aku tak punctual lah ni ? Eh hello ! Aku masuk kelas dulu okay ambil kehadiran."

"Qira !" Pandangan beralih pada Dina yang sedang menyusun set-set buku baru. Sebentar lagi sesi pengagihan buku pada pelajar -pelajar tingkatan 3 akan bermula. Hilang pertelingkahan antara Faqira dengan Amirul. Pantang berjumpa !

"Ye Dina ?"

"Tadi ada senior cari kau."

Dahi Faqira berkerut serta-merta. Buku-buku yang sudah disusun tinggi dan hampir jatuh pantas ditahannya. Nanti tak pasal-pasal kena susun balik.

Tak kuasa I !

"Senior ? Siapa ?" Dina menjongket bahu.

"Dia ada pakai nametag ?" Dina menggeleng.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now