Bab 54

4.3K 192 4
                                    

Nota setebal dua inci itu ditutup perlahan lalu ditolak ke tepi. Tangan naik mengurut belakang leher yang terasa lenguh kerana hampir dua jam dia mengulangkaji tanpa henti. Pandangannya terasa kabur kerana terlalu lama menghadap kertas bercetak. Penat tu adalah sikit tapi mata masih segar. Nak tidur pun tak boleh.

Besok dah lah ada kelas pagi.

"Zik.." Secawan milo suam diletakkan dihadapannya membuatkan Razif menoleh ke belakang. Hadi tersenyum sambil mengangkat cawannya lalu birai katil didudukinya. Menggamit Razif untuk memusingkan kerusi ke belakang.

"Lately ni kau selalu tidur around 2 pagi Zik. Kau tak letih ke tidur lambat lepas tu bangun subuh sampai lah kau nak gerak ke kelas ?"

Razif tersenyum kelat."Aku dah terbiasa la Di. Normallah. Kalau aku ada awek memang sekarang ni aku on the phone dengan dia tau."

"Tapi tu laa kau single."

Razif menjeling Hadi sebelum dia tertawa kecil. Milo suam yang dibancuh Hadi dicicip sedikit. Hilang sekejap rasa hausnya tadi. Baru ingat nak bancuh sendiri.

"Kurangkan lah tidur lambat. Tak elok untuk kesihatan tau Zik. Kau ni dah lah hensem tapi tak jaga kesihatan. Ke kau ada insomnia ?"

"Mana ada.." Pelik-pelik je Hadi ni. Bukan sebab dia ada sakit tu tapi sebab dia suka sangat tahan mengantuk. Kadang-kadang nak terlelap pun dia sanggup buat warm up tengah-tengah malam nak bagi segar balik.

Sebab dia terlalu akur dengan jadual harian dia. Waktu tidur adalah pukul 2 sebaik sahaja segala silibus dia dah fahamkan.

"Malam tadi,aku dengar kau on the phone dengan mak kau. Siap menangis bagai. Kau rindu dia ke ?"

Razif menjuling mata ke atas. Hadi ni kalau tak tembak dia dengan soalan cepuk cepak dia tu memang tak sah.

"Mak aku marah sebab aku tak balik bulan lepas."

"Astu? Kau ni mesti anak mak kan mak kau marah pun sampai menangis."

Razif mengeluh perlahan."Bro,tak semua lelaki yang menangis sebab mak adalah anak mak. Kalau kita rasa bersalah dengan mak kita,takkan kita nak buat tak tahu je ? Paling sakit pun adalah menangis. Tak semestinya anak mak."

Hadi mengangguk mengerti."So kenapa kau tak nak balik ?"

Razif mengetap bibir,Hadi dihadapan ditenumg dengan perasaan berbalam."Wedding adik kembar aku bulan lepas. Tu sebab mak aku marah."

"What ?!" Hadi mengusap dadanya kerana air milo suam yang dipegang hampir sahaja tertumpah terkena atas peha. Kalau tertumpah habis melecur peha dia yang mulus ni. Dah lah pakai seluar pendek je.

Hadi berdehem sekilas."Kau.. Seriouslah ada kembar ? Lelaki ?"

"Perempuan ?"

"Kahwin umur 19 ?"

"Masa sekolah dulu aku kena skip setahun so kalau nak diikutkan kitaorang memang sebaya tapi aku sekarang 19 dan dia 18 dan..Entah lah."

Hadi mengangguk mengerti. Awal betul adik dia ni kahwin. Biar betul ? Couple dari zaman sekolah ke ? Kahwin guna duit siapa ? Mak bapak ?

Uishhh..Untung laa.

"Okay memandangkan sekarang baru pukul 11 malam dan bukan waktu kau naps. So aku ada banyak soalan. Open table ?"

"Sure."

Hadi menarik selimut lalu badannya yang tak berbaju diselubungkan dengan selimut. Sejuk pulak malam-malam ni. Nak hujan agaknya.

"Okay first,there's have something fishy sampaikan kau tak nak balik masa wedding adik kau. So what's the reason ?"

Razif mengangkat kedua-dua kakinya naik bersila di atas kerusi. Segala kenangan dia bersama Rose Faqira cuba ditarik masuk ke dalam ingatan semula.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now