CHAPTER 4 🌹

3K 433 21
                                    

💦 HELENA KIM'S POV 💦

"JOM kita kahwin. Habis cerita." Pelawaku selamba. Jungkook automatik membulatkan matanya. Apa ? Salah ke apa aku cakap ? Ni untuk kebaikan dia. Jungkook meramas rambutnya. Stres.

"Gila eh ? Dengan fobia aku yang tak hilang -hilang. Lepas tu kau suruh aku kahwin dengan kau ? Helena, mengarut apa ni !" Jungkook menggelengkan kepala berkali kali tanda tidak mahu.Aku mencebik geram. Ish, orang nak tolong mujur !

"Then serve you right ! Complete it yourself. Saya doakan perempuan yang buat awak fobia tu akan menghantui awak sampai bila-bila ! Padan muka !" Aku mula bangun untuk meninggalkan diri Jungkook. Lantas beg tanganku di sambar.

"Tunggu !" Suara Jungkook menghentikan langkahku. Aku mengeluh berat. Aku berpaling memandang Jungkook. Kedua belah kening diangkat.

"Kita kahwin, hm ?" Ajakkan Jungkook yang pantas itu membuatkan dahi aku bersatu. Dahi mula berkerut seribu. Jeon ni gilakah ?

"Eh, awak ni dah kenapa ?" Soalku kembali. Pipi Jungkook ditampar perlahan supaya dia sedar dari khayalan siang. Jungkook mencebik.

"Kau sorang je yang tak buat aku fobia,kau sorang jelah yang aku boleh kahwin hm" ucap Jungkook. Pipinya dikembungkan persis budak kecil.Aku mengerutkan dahi. Perasaan apa yang rasa pun aku tak tahu. Sumpah !

"Ish, kahwin jelah ! Aku nak jauhkan diri daripada semua sasaeng tu weh. Tolonglah.I'm begging to you Helena" 

"Cara awak ajak kahwin pun tak romantik, ada hati nak kahwin. Hampeh,"

Jungkook mencebik.

🌹

"AKU dah agak ! Kau pisahkan kami ada dua sebabkan ? Kau nak pulihkan kami dan dalam satu masa kau taknak orang yang kau cinta jatuh kat tangan aku. Betulkan ?" Taehyung mula menerjah. Hampir tersembur air yang aku minum. Sial punya abang.

"Apa yang kau merepek ni? Aku kahwin dengan dia untuk pulihkan dia dan tolong dia je. Cinta ? Lepas kahwin ler. Tapi, rasa suka tu ade—"

"AKU DAH AGAK" Taehyung mengetuk meja. Asal jantan ni nak emo pulak ni ? Gila ehh ? Taehyung melangkah mendekati diri ini. Kepalaku dipeluk sebelah tangan dan didekatkan ke dadanya. Aku mengetap bibir menahan kejutan. Aduh, jangan sampai aku jatuh cinta dekat abang kandung, sudahlah !

"Adik abang dah besar. Hm, terharunya. Nanti kau ada jugak tanggungjawab. Kau dah dewasa weh. Aku tak percaya. Rasa macam baru semalam kau lahir, baru tadi aku kesat hingus meleleh kau" Mata aku automatik membulat. Dadanya ditolak geram.

"Kau ni kan, tak sah kalau tak mengarut. Lepas straight ni, makin belok pulak wayar otak kau. Ish, tepi ! Aku nak mandi lepas ni nak keluar"

"Nak pergi date dengan Jungkook ke bossku ?!"

🌹

"JUNGKOOK, biasa biasa sudahlah. Tahu lah awak banyak duit. Tapi, tempoh kita nak kahwin dah nak dekat. Mana sempat !" Bahu Jungkook aku tepuk geram apabila dia pulau aku selamba. Aku memaparkan wajah cemberut. Bro, gue tak puas hati dengan anak jeon ni.

"Kalau aku yang urus cepat punya siap. Kalau kau urus baru tak siap. Lagipun, aku nak jemput ramai orang . Kasi grand lah. Biar diorang tahu yang aku ni straight. Sebab boleh kahwin dengan perempuan." Jungkook mengangkat kedua belah keningnya.

"Tapi tak straight pun sebenarnya ! HAHAHAHAHA" meletus ketawa aku memandang wajah tak puas hati Jungkook. Aku memegang perut yang sakit akibat ketawa. Sumpah, suka gila kenakan dia !

"HELENA KETEPI" Jerkahan Jungkook mengejutkan aku. Dengan pantas, Jungkook merangkul pinggangku dan menarikku ke tepi atau lebih tepat dekat dengan dirinya. Kedua belah tangan mendarat selamat di dada bidangnya.

Mata aku memandang wajah cemas Jungkook. Lantas, badanku ditolak secara tiba tiba. Terundur ke belakang aku dibuatnya.

"Apahal wak?" Soalku.

"Gelak tu tengoklah kiri kanan. Kang nanti kau mati kena langgar dengan barisan troli aku malas nak pi lawat kubur kau." Jungkook memeluk tubuh dan menjuihkan bibirnya ke satu arah. Barisan troli yang bergerak laju kerana ditolak mesin.

Dia, selamatkan aku ?

ISH, BERANGAN !

BERSAMBUNG

idea makin kurang bossku.

 [√] Mr.Gynophobia | 정국Where stories live. Discover now