CHAPTER 22🌹

1.8K 256 64
                                    

Taehyung merenung adiknya itu dari jauh. Masih lagi sama dengan hari hari sebelumnya. Anak patung kekal ditangan dan sentiasa acah macam anak dia hidup lagi.

Nasib baik, Taehyung masih sabar dari naikkan tangan lempang dia kasi sedar.

Jungkook pun satu, terus hilang lepas hari dia marah Helena haritu. Taehyung buntu. Mengapa semua kisah cerita cinta, dia pasti menanggung derita.

Seperti kisah Who, Taehyung juga mangsanya.

"Hey, abang." Bahu Taehyung diciut dari belakang. Taehyung berpaling. Helena tersenyum tawar memandang abangnya. Taehyung tergamam. Jangan tanya soalan itu lagi, please ! Dia rasa bersalah.

"Mana Jungkook? D-dia ke mana? Dia taknak jenguk anak kami ke?" soalan itu hanya dibiarkan. Taehyung kekal diam. Sumpah, dia rasa nak meletup dengan beban ni.

"Woi, dik. Udahlah jadi gila. A-aku tak suka la kau buat macam ni. Terima hakikat, please. Yang anak kau dah takde" Ucap Taehyung perlahan. Bahu Helena dipegang. Tapi ditepis kuat.

"T-TAK ! KAU CAKAP APE NI? MANA ADA ANAK AKU TAKDE. ADE LA, APE KAU NI. KENAPA KAU ASYIK CAKAP ANAK AKU TAKDE ? ABANG JENIS APA KAU NI? ERGH, AKU BENCI KAU" Tubuh Taehyung ditolak lalu dia pergi mengatur langkah laju ke bilik.

"Jungkook, kau pasti tak suka tengok isteri kau macam ni"

_____

"Jeon Jungkook" Automatik lelaki kacak itu berpaling. Senyuman manis diberikan kepada wanita itu. Wanita itu mengambil tempat dihadapan Jungkook.

"Wow, long time no see." Ucap Jungkook. Wanita itu hanya mampu menganggukkan kepalanya. Mata Jungkook ditenung. Mata yang merindukan sesuatu.

"Let me think, you miss your wife,right ?" Soalan wanita itu membuatkan Jungkook tergamam. Pandangan dilemparkan ke luar kafe. Rindu itu ada, tapi perasaan kecewa tu lagi banyak.

"Haih, Jeon Jungkook. Dia perlukan kau"

"Jimin ada, biarlah dia dengan Jimin. Nampak tak nak dengar sangat cakap aku. Baik sangat dengan Jimin bekas kekasih dia tu" Jungkook memaparkan riak dingin.

Hish ! Pupusla manusia pendek tu dari dunia ni.

"Kook, kau tak faham dia. Kau langsung tak faham dia."

"Aku nak faham ape lagi?! Kau yang tak faham aku sekarang ni"

"Kau nak nasihat dari aku, jadi baik kau tutup mulut kau sebelum pisau ni selamat aku cucuk masuk dalam mata" Seohye mengugut. Jungkook diam. Gila pompuan ni tak pernah hilang.

Sepupu ape perangai setan cenggini.

"Ha okay, aku nak tanya. Macam mana fobia kau hilang? Bukan kau ni kalau nampak perempuan habis terketor ketor macam nampak jodoh. Ni rilek je depan aku. Ape cite?" Garfu ditayangkan diwajah Jungkook.

"Fobia aku dah pulih. A-"

"Ha sape tolong tu?"

"Haish, isteri aku la sape lagi"

"Dahtu, nampak tak lagi?"

"Nampak ape ?"

"Dia dah tolong kau dari benda macam ni. Lepas tu kau takde rasa bersalah ke?" Jungkook terdiam. Perasaan bersalah mula mengusai. Wajah Jeon Seohye dipandang.

"Jeon Jungkook, perempuan lepas gugur ni senang nak meroyan atau lebih tepat, gila. Lepas kau jerkah marah dia, kau tak rasa ke isteri kau selamat meroyan lepas kau pergi?" Sekali lagi Seohye menembak.

"Tunggu apa lagi? Pergilah balik, setan ! Yang kau menyemak kat kafe aku asal?" Dengan gaya menghalau. Seohye menolak Jungkook keluar dari kafenya.

"Aku tak tahu, macam mana aku boleh muncul tibe dalam chapter ni" Seohye menepuk dahinya.

_____

"A-anak aku tak mati. Anak aku hidup lagi. Ya, dia tak mati. D-dia hidup lagi. Anak aku tak mati. Anak aku tak mati. Anak aku hidup lagi la, haish mana ada mati ! Korang merepek apa ni?!"

Helena berdiri. Air mata yang mengalir deras langsung tidak disapu. Dia tidak faham, mengapa 'mereka' asyik menganggu dirinya. Dia yakin anaknya masih hidup. Anak patung yang terletak di atas katil ditenung.

"K-kenapa kamu tak pernah menangis?" Soal Helena. Anak patung itu direnung lama. Tiada balasan yang diberikan. Helena diam.

"Diamlah ! Anak aku hidup lagi la. Salah ke kalau dia tak nangis? Diamlah !" Helena sekali lagi menidakkan suara 'mereka' yang kedengaran di telinganya.

"Anak mama, bangunlah. Hey !"

"TAK TAK ! KENAPA ANAK MAMA TAK BERGERAK ?!"

"BANGUNLA SAYANG"

"MENANGIS CEPAT"

"J-janganlah tinggalkan mama. H-ha, takpe. Kalau kamu nak pergi, biar mama pergi sekali okay ?" Helena mula membawa anak patung itu ke bilik air. Anak patung itu diletakkan ke dalam tab mandi.

Perlahan lahan dia juga masuk ke dalam tab mandi tersebut.

"Ape sayang? Ouh, nak selam eh? Okay jom selam lama lama" Helena memeluk anak patung itu dan perlahan lahan tenggelamkan dirinya ke dalam tab mandi tersebut.

Alhamdulilah, langsung tak timbul balik.

_____

Jungkook memulas tombol pintu. Pintu terbuka. Membulat matanya kerana pintu tak berkunci. Dia mengatur langkah menaiki tangga.

"SAYANG ! OO SAYANG !" panggil Jungkook namun tiada sahutan. Jungkook mula berasa tidak sedap hati. Langkah kaki dilajukan menuju ke bilik mereka berdua. Bunyi air yang datang dibilik air membuatkan dia bertindak.

"SAYANG !" Jungkook mengangkat isterinya keluar dari tab mandi tersebut. Susuk tubuh wanita itu diletakkan di atas lantai. Perasaan sebak mula muncul.

"Sayang ! Bangun,please. I need you. Wake up for me" Dada Helena ditekan berkali kali. Air mata Jungkook jatuh mencurah curah. Dada wanita itu masih lagi ditekan berkali kali.

Bibirnya didekatkan pada bibir wanita itu untuk melakukan cpr.

Cubaan cpr pertama, tiada hasil.

"Come on sayang ! Awak kuat. Bangun demi saya, please !"

Sekali lagi, bibir mereka bersatu. Tapi tiada hasil.

"Bangun, sayang. Bangun !"

Cubaan cpr kali ketiga namun masih tiada hasil. Jungkook menangis teresak esak.

"Tak ! Kenapa saya bodoh sangat? Kenapa saya tak faham awak, sayang? S-saya bukan suami yang baik untuk awak ! Hiks"

"Ohok !"

Helena terbatuk. Air terkeluar daripada mulutnya. Jungkook memandang isterinya lama. Sekali lagi, dia menagis. Tubuh isterinya dipeluk erat.

"Saya mintak maaf, sayang"

bersambung.

eyo ending dah nak dekat oh yeah ! lepas ni korang jenguk ff aku yang lain pulak ye !

 [√] Mr.Gynophobia | 정국Where stories live. Discover now