Suatu hari seorang anak kecil duduk di atas kerusi di hadapan kedai runcit Ayahnda Jai. Usianya kira-kira 5 tahun.
Ayah Jai memerhati tingkah anak kecil itu yang kelihatan berbeda dengan anak kecil lain seusianya. "Lain macam budak ni." Getus hatinya.
Anak kecil itu seakan menyedari tingkahnya diperhatikan, dia pun berkata;
"3 perkara yang harus dijaga oleh seorang mukmin; iaitu: ibadahnya, akhlaknya, dan pandangannya. Wahai Ayahnda, berhentilah memandang ibuku yang sedang menyusukanku ini."
Ayahnda Jai tersipu malu. Pandangannya dialihkan.
Ibu anak kecil itu hanya diam, tangannya seperti bersilat mengisyaratkan sesuatu.
Ternyata... ibu budak itu bisu. Ayahnda Jai tersipu, malu.. namun mahu. Huhu