Loceng sekolah telah pun berdering. Itu tandanya sudah tiba masanya untuk aku masuk ke kelas. Tetapi hatiku seakan berat untuk jejak ke kelas. Aku masih setia menanti ketibaan motionless aku. Bagaikan sudah menjadi aktiviti harianku.
Biarlah aku masuk lambat sekali pun. Asalkan aku dapat tengok muka dia, cukuplah walaupun sekali. Itu pun dah mampu menaikkan mood aku untuk belajar.
Aku menyandarkan belakang badanku pada dinding. Sudah hampir 20 minit aku menunggu tetapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Aku tersenyum sendiri bagaikan orang gila. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengannya, lelaki yang berjaya mencuri hatiku.
Tersedar daripada lamunan, dari jauh, mataku terlihat sekumpulan lelaki yang kelam kabut serupa anak beruk berlari menuju ke sini. Seorang demi seorang melepasi pagar pintu sekolah bersama bebelan di bibir mereka.
“Ishh, kau ah mandi serupa sloth tak pasal pasal lambat urggggghhh ! Tapi kau mandi macam mana pun badan kau tetap busuk macam kambing. ” Marah Jin
“Kau pun samalah. Duduk dalam jamban tu lama lama buat apa ?!? Buat kek ?!?” Marah Hoseok
“Sudahlah, gaduh ja kerja korang ni haih. Sakit telinga aku dengar korang menyalak pagi pagi buta.” Marah Namjoon
“Kami mintak maaf hehehe.” Hoseok & Jin menjawab dengan rasa bersalah
“Dah la dah la. Semua masuk kelas.” Taehyung
“Sah-sah aku kena diri luar kelas sat ni. Dah la sekarang kelas Mr.Blade” keluh Jungkook
Setelah itu Taehyung mengheret mereka masuk ke kelas masing masing.
Aku apa lagi di sini tak ubah ubah lagi posisi aku seperti patung lilin. Mereka langsung tidak menegur aku, malah kewujudan aku di sini langsung tidak disedari mereka. Gelabah agaknya datang sekolah lewat sebegini.
“Eh ! Asal kau tak masuk kelas lagi ?”
Aku tersentak lalu memandang suara tuan empunya. “Oh Jimin rupanya. Aku ingat siapa tadi. Ha tunggu koranglah. Asal lambat hari ni ?”
“Oh ya ka. Sorry weyh. Entahlah hari in habis kecoh satu rumah. Aku pun tak tau sebab ape diorang gaduh.” Jimin
“ Dah la jom.”
“Mane....”
“Suga ?”
Aku mengangguk
“ Tuuuu.” Jimin menunjukkan aku di arah mana Suga berada.
Segera aku melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Jimin. Bantal lehernya masih lagi tergantung di bahunya. Aku mengerutkan dahi dengan perasaan hairan.
“Tak payah nak pelik. Dia memang macam tu. Kau pun tau kan ?” Kata Jimin sambil tersenyum kecil
Pelik ? Tak dak ahhh. Kadang-kadang sifat pelik dia ni la buat aku makin suka dekat dia.
“Kau nak masuk kelas ke tak ni ?”
“Tak pe ah. Kau pergi dulu. Aku nak jalan dengan Suga jap :)”
“Okay.” lalu dia melangkah pergi.
Aku mengunggu Suga yang masih berjalan dengan longlai.
“Awak cepatlah ! Saya tunggu ni.”
Seperti biasa mukanya tiada reaksi lalu dia berjalan menuju ke kelasnya tanpa hiraukan ku.
“Tunggu saya lah awak !”
“Cepat lah ”
Laju pula mamat ni jalan. Macam hambat marathon dah aku rasa.
TBC~~~~
YOU ARE READING
Dandelion Flower || Suga
Fanfiction" Awak cintakan saya tak ?" " Mestilah aku cinta dan sayangkan kau." Suga "Walaupun saya tak boleh nampak wajah awak sekarang ni ?" "Cinta tak mengenal rupa. Aku tak kesah kau nampak ke tak aku. Janji kau sayangkan aku seperti mana aku sayangkan ka...